Manusia ini fitrahnya mudah lupa. Kan?
Cuba lihat dan fikirkan ayat Al-Quran ini:
"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami dalam keadaan berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan apabila Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah Dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan Yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampau batas apa yang mereka lakukan"
YUNUS; 12
Ketika insan itu didalam kesusahan, kepayahan atau kerumitan, dia terus merayu-rayu kepada Allah supaya membantunya, menghilangkan penderitaannya, memudahkan urusannya. Tetapi setelah kesusahan itu dihilangkan oleh Allah Yang Maha Esa, insan itu terus melupakan Tuhannya dan kembali menjalani hidupnya seperti dulu, seolah-oalh sebelum ini tak pernah berlaku apa2 didalam hidupnya. Itulah insan.
Saya teruskan pula dengan ayat 22-23 dari surah yang sama:
"Dia lah Yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di Dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya Dengan tiupan angin Yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut Yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari Segala penjuru, serta mereka percaya Bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah Dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu Dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan Kami dari bahaya ini, Kami tetap menjadi orang-orang Yang bersyukur"
"Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka Dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi Dengan tidak ada sebarang alasan Yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa Yang kamu telah lakukan"
Ketika mereka ditengah-tengah laut, datanglah ribut yag sangat kuat. Dalam keadaan takut itu, mereka berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya Allah membantu mereka. Mereka berjanji bahawa mereka akan menjadi hamba yang bersyukur. Tetapi, apabila Allah menghilangkan kesusahan mereka itu, mereka menderhakai Allah - melakukan maksiat diatas muka bumi Allah ini tanpa rasa malu!
Cuba kita apply situasi diatas ke dalam hidup kita. Sebagai contoh, ketika peperiksaan semakin hampir - PMR, SPM atau exam diuniversiti. Dengan serta merta kita berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah suoaya membantu kita dalam exam kita. Kita berdoa moga Allah meluluskan exam kita, memberi keputusan yang cemerlang dan sebagainya. Kita juga berjanji kita akan menjadi hamba Allah yang bersyukur dan taat akan suruhannya. Tetapi ketika keputusan exam sudah keluar dan kita berjaya?? What happen then? =) Terlupa sudahkah kita akan janji kita kepada Allah untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur dan taat.
Untuk menjadi hamba Allah yang istiqamah agak sukar, kerana jalannya penuh dengan ranjau dan cobaan. Tetapi jangan lupa habuannya jika kita berjaya. Sangat mewah hadiahnya. Mahligai tersergam indah dengan pelbagai kemudahan.
Ce tengok ayat ni, dipetik dari surah Yunus ayat 26:
"Untuk orang-orang Yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan Segala kebaikan (Syurga) serta satu tambahan Yang mulia (melihat wajah Allah) dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya"
Indahnya kehidupan syurga itu. Sentiasa ditemani dengan bunyi sungai yang mengalir, bunyi kicauan burung dan macam-macam lagi. Allah berfirman dalam surah Yunus lagi, ayat 60 pula:
"...sebenarnya Allah jualah Yang melimpahkan kurnia kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya dan hukum-hukum Syarak Yang diturunkanNya), tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur"
"kebanyakan mereka" tidak bersyukur. Itulah yang dikatakan oleh Allah didalam kitab-Nya. Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongn "kebanyakan mereka" itu. =)
Setakat itu dahulu untuk entry kali ni. Moga ianya bermanfaat utk kita semua. Before that, i would like to share one Doa.
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi)
anak.soleh ^__^
1 comment:
thanks akhi for the reminder :)
Post a Comment