Emas yang belambak-lambak ini akan Dibakar |
Assalamualaikum WBT. Mungkin entry kali ini tidak melibatkan banyak pihak. Kerana bukan semua orang mempunyai harta yang banyak serta emas yang melimpah ruah. Kan? Termasuklah saya ni, nak beli makanan pun masih bergantung kepada parents. inikan harta dan emas? ^__^
Mungkin waktu ini kita tiada harta maupun emas. Tetapi akan datang, mungkin kita akan dikurniakn dengan harta yang melimpah ruah. Siapa tahu? Baiklah, disini ada pengunguman dari Allah SWT ditujukan kepada mereka2 yang mempunyai harta, emas, intan berlian etc yang banyak tetapi kedekut. Sila baca pengunguman penting ini:
"...dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya"
"(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu Dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa Yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa Yang kamu simpan itu"
Announcement ini bukan direka-reka. Tetapi memang sudah tertulis didalam Kitab yang sememangnya benar dan suci, itulah dia kitabullah- Al-Quran Kareem. Ayat diatas dipetik dari surah At-Tawbah, 34-35.
harta yang melimpah ruah pun tak de makne kalu tk diinfaqkan =) |
Dengan bersedekah, harta kita akan membantu kita masuk ke syurga ^__^ |
Kemudian Allah juga mengatakan Harta benda yang membara itu akan diselar ke dahi mereka2 yang kedekut ini, dan akan ditusukkan ke rusuk mereka serta belakang mereka. Uish.. Peritnya. Sangatlah sakit rasanya azab Allah itu.
Kita selalu cakap, Rahmat Allah meluas. Memang benar, tetapi jangan kita lupa, Azab dari Allah jua maha hebat. Amat keras siksaan-Nya bagi mereka yang mengingkari suruhan-Nya. Sebenarnya ayat dari surah At-Taubah itu berkisar tentang kisah golongn2 munafik yang sangat teruk akhlak mereka. Mereka selalu melarikan diri dari menyertai peperangan bersama Rasulullah. Mereka lebih rela duduk di rumah mereka. Dan ada juga golongan yang kaya raya yang kedekut tidak ingin menyumbangkan sedikit pun harta mereka untuk Jalan Allah(peperangan).
Jadi kerana kedekut mereka itu, ALlah pasti akan memberi Azab yang pedih dan siksaan yang keras. Ituah janji Allah didalm surah At-Taubah. Jika anda ingin tahu bagaimana hebatnya Azab Allah itu, bacalah tafsiran surah At-Taubah. Segalanya ada disana. ^__^
Itu saja yang ingin dikongsi. Jika ada harta anda yang lebih2 tu, infakkanlah kepada mereka yang memerlukan. Jika ada orang yang desperate, bantulah mereka dengan memberi pinjam duit anda atau mungkin sedekahkan saja. Jika surau tempat anda memohon bantuan kewangan untuk diperbesarkan banggunan ke, hulurkanlah sedaya yang boleh. Moga disana ada keberkatannya yang mampu melindungi kita dari Azab api neraka ALlah SWT. =)
Sekian dahulu, moga ianya bermanfaat kepada mereka yang sudi membaca. Wassalam..=)
kecil2 sudah diasuh untuk berinfaq ^__^ |
Dengan memberi, kita mengasihi !! ^____^
anak.soleh
1 comment:
penah dga ade dulu sorg hamba allah ni ckp, islam galakkan kita mencarik harta, jadi kaya so that kita boley beribadah dgn mmbantu yg laen dlm kesusahan. :D
Post a Comment