Assalamualaikum WBT. Apa kabar wahai Umat Muhammad SAW? Moga jasmani dan rohani kita berada didalam kondisi yang sihat walafiat, Insyaallah.
Setinggi-tinggi kesyukuran kita hadiahkan kepada Ilahi, kerana masih lagi DIa sudi memberikan nikmat "BerRamadhan". ALhamdulillah hari ini kita sudah memasuki hari ke 18 Ramadhan. Lagi 2 hari, kita akan memasuki fasa terakhir Ramadhan, Fasa yang sangat crucial kerana didalam satu hadith, diceritakan Nabi Muhammad SAW akan menggalakkan keluarga dan sahabat baginda untuk menghidupakan dan mempertingkatkan ibadah bila tiba 10 hari terakhir ini.
Didalam hadith dari Saidatina Aishah:
"Beliau berkata, Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya"
(Riwayat Muslim)
Aisyah r.a juga mengatakan,
"Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengetatkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri baginda dari berjima'), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Itu mukaddimah untuk entry pagi ini. ^__^
Kali ini. saya ingin highlight kan satu ayat Al-Quran. Dipetik dari surah Al-Anbiya' ayat 47. Firman Allah:
"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan Yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung"
Soalan saya, tahukah anda besar mana Biji Sawi tu? Lebih kurang besar lada hitam. Sangat kecil! beratnya jangan dibilang. Kalau anda ambil biji tu dan letakkan diatas penimbang, saya pasti jarum penimbang itu tidak akan bergerak! Sangatlah ringan timbangan sebiji biji sawi itu. Particular betul Allah kan? Dia tidak akan mensia-siakan amalan kita walau seberat biji sawi. Same goes untuk amalan jahat, jika ada amalan jahat kita yang mungkin nilainya sama berat dengan sebiji biji sawi, Allah pasti akan mengiranya. Mungkin kesalahan seperti membuang tisu keluar dari kenderaan? Atau kesalahan membuang plastik gula2 didalam longkang? Wallahualam-Dia lebih Mengetahui.
|
Inilah dia biji Sawi. So what say u? =) |
Didalam Surah Az-Zalzalah, ayat 7-8 juga Allah ada menyebut tentang timbangan amalan kita. Tetapi kali ini Allah menggunakan ibarat seberat Zarah. Lihat:
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
Zarah juga dikategorikan sebagai sesuatu yang sangat ringan. Tidak boleh dilihat dengan mata kasar pun. Bayangkan betapa Maha Teliti dan Maha Adilnya Allah itu. Dia tidak akan mensia-siakan amalan kita walau ianya sangat kecil dan mungkin bagi kita amalan itu tiada apa makna. Contohnya melemparkan Senyuman manis kepada sahabat kita. Perkara ini kita lakukan setiap hari dan bagi kita, ianya tiadalah apa sangat. Senyum je pun, Kan? Tetapi tunggu kejap! Cuba baca hadith Nabi ini:
“Janganlah kamu memperlekehkan kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan saudaramu” Riwayat Muslim.
|
googling gambar 'zarah' so this is the result =) |
Jadi, sahabat2 sekalian, ingatlah bahawa neraca timbangan Allah SANGATlah tepat. Extremely Sharp. tiada timbangan yang lebih tepat dari timbangan Allah SWT. Jika didunia kita menimbang berat sesuatu benda dengan ala-kadar atau 'lebih kurang' tetapi tidak timbangan ALlah nanti. Tidak akan ada istilah "lebih kurang". Segala amalan kita, kecil atau besar semuanya akan dihitung ALlah. Setiap perbuatan akan diminta dipertangungjawabkan oleh Allah. Hari itu mungkin lambat lagi, mungkin sudah dekat, hakikatnya ia pasti akan tiba.
|
Timbang Allah bukan macam ni ye. Ni just contoh gambar timbag. ^__^ |
"Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan), Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang Yang mendustakan (hari akhirat)! Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa Yang benar dan siapa Yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang Yang terdahulu (dari kamu). Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang Yang mendustakan (Apa Yang telah dijanjikan oleh Allah)!"
Dipetik dari surah Al-Mursalat ayat 35-40. Sebelum datang 'Hari Besar" itu, marilah kita mensucikan kembali jiwa kita. "Basahkan" hati kita kembali dengan Al-Quran. Lembutkanlah ia kembali dengan zikrullah. Datangkan semula keupayaannya untuk membezakan Hak Dan Batil dengan ilmu. Tadabburlah Al-Quran yang diblelimu! Atau Quran yang dijadikan hantaran kahwin itu! Bacalah ia, fahamilah ia. Ambillah permata-permata dari kitab itu dan pakailah ia dibadan-mu. Pasti dirimu akan menjadi indah dan 'mahal' disisi Allah. Jadi Akhi, Ukhti kesimpulannya - Renungilah wahai jiwa-jiwa yang tenang! =)
|
Iklan ^__^ (mesejnya, don be like this cat. Don giv-up!) |
Wassalam. Moga bermanfaat buat jiwa-jiwa yang alpa termasuk diri hamba ini
|
-anak.soleh- |