Wednesday, August 08, 2012

Tetamu dari Bumi Suci..


Bismillah Pembuka Bicara. Kalam Suci diAgung-agungkan serta diBesar-besarkan. Puji-Pujian di ulang-ulang khusus kepada-Nya, agar roh ini sentiasa terpalit dengan rasa syukur dan cinta, hanya kepada Yang Esa. Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah. Sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah Taqwa dan sesuci kalam ialah Kalamullah.

Semalam aku turut serta berjemaah di Masjid Nurul Hidayah Seri Manjung. Alhamdulillah, kami diberkahi dengan kehadiran seorang anak muda berumur 18 tahun dari Bumi Suci lagi Mulia, Bumi Palestin. Beliau dinamakan dengan Imam Yusof. Dadanya terisi dengan kesucian 30 Juzu' Al-Quran dan ditemani juga dengan hiasan 700 permata hadith yang indah dan benar. Beliau memimpin solat Tarawih kami dan turut berkesempatan untuk berkongsi sedikit cerita yang dibawa dari Bumi Palestina.

Sedih dan sayu mendengar cerita Imam Yusuf. Rumahnya yang tersergam kukuh dirobohkan dengan sewenang-wenangnya oleh Zionis Laknatullah. Lebih sadis apabila matanya sendiri menyaksikan rumah itu dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, badannya dipukul hingga menyebabkan dia sakit terluka. Dan sakit itu masih terasa hingga keharini. Allahuakbar. Itu kisah saudaraku, saudaramu, saudara kita. Dia ummat Muhammad. Dia merupakan saudara seagama kita. Kita disini bahagia bergembira, dia disana sakit terluka. Allahu, Allahu.

Satu hari aku memakai baju T-Shirt dengan bermesejkan (Gaza need our support now). Lalu aku disapa kawanku, cantik baju. Dia tulis ape tu? Lalu aku membacakan untuknya dan aku bertanya, tahu tak isu Palestin? Pernah dengar tak Name Palestin? Jawapannya agak menyedihkan. 'Pernah dengar tapi tak pasti apa yang berlaku'. Tapi aku tak menyalahkannya. Dia salah seorang orang awam yang tidak didedahkan isu ini. Jadi tugak kitalah untuk menyampaikan!


Alunan suaranya sungguh merdu dan mendayu. Ketika memasuki rakaat keempat (jika tidak salah), Imam membaca ayat ini:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;
 (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  
Al-Baqarah, 45-46

Kemudian beliau membaca juga ayat ini:

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: 

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya."

Al-Baqarah; 154-157

Mendengar ayat-ayat ini dibacakan oleh beliau, membuatkan ku terfikir, 'dia seolah-olah memujuk dirinya sendiri dengan membaca ayat-ayat ini. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Hidup dan Terpuji. Aku doakan moga beliau, dan semua kaum muslimin dan muslimat di Palestin akan terus kuat memegang Tali Allah. 

Mungkin inilah kali terakhir kita dapat berjumpa Imam Yusuf. Atau mungkin suatu hari nanti Allah akan pertemukan kita kembali. Siapa tahu? :)


4 comments:

syifa' rahiman said...

wah seronok eh dapat jd makmum imam muda gaza :)

hakim.halim said...

Alhamdulillah. Best la dpt merasa bermakmumkn imam dr palestin. deyorg tk dtg tmpt kmu ye syifa? :)

syifa' rahiman said...

ade drg datang shah alam. ayah kite jd translator :))

hakim.halim said...

wo.. mantop and osem tu :)