Assalamualaikum!
Saya nak berkongsi sesuatu yang agak berguna untuk kita semua. sila ke....
http://syfadh.blogspot.com/2010/11/electrical-usage-at-home.html
dan anda akn mengetahui lebih lanjut..=)
-anak.soleh-
Tuesday, November 30, 2010
Allah, izinkan aku memberi rezeki kepada MakhlukMu!
Assalamualaikum WBT. Didoakan semoga kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya- semestinya dari aspek keimanan dan hal-hal lainnya.
Saya ingin berkongsi satu kisah sirah yang saya dengar dalam ceramah Ustaz Zainuddin MZ. beliau merupakan penceramah terkenal dari indonesia. kalau teringin dengar ceramah-ceramahnya, sila Download dari 4shared.com and search Zainuddin MZ.
kisah ini mengenai Nabi Sulaiman. Seperti yang kita semua tahu, Nabi sulaiman merupakan Nabi yang dikurniakan Kerajaan yang hebat. Baginda boleh memerintah semua jenis makhluk sehinggakan Jin pun takut padanya. Oleh kerana kekayaannya yang melimpah ruah, satu hari baginda memohon kepada Allah SWT dengan permintaan yang tidak pernah sesiapa pun pinta.
Baginda memohon "Ya Allah, berilah aku peluang untuk memberi rezeki kepada semua makhluk Mu untuk satu hari saja". Jadi Allah pun memberi keizinanNya. So, Nabi Sulaiman pun bertungkus lumus membuat persiapan. Baginda mengarahkan tenteranya menyediakan makanan yang banyak disatu tempat.
Jadi bila dah selesai, baginda pun memberitahu Allah, "Wahai Allah, aku dah bersedia". So Allah pun start dengan hidupan dalam laut, "wahai ikan, naiklah. harini Sulaiman akan memberi rezeki kepadamu". Jadi ikan pun naiklah dan makan makanan yang disediakan oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya. sekali ikan-ikan tu makan, HABIS semua makanan yang disediakan oleh baginda. itu belum minta tambah lagi tu. So, Nabi Sulaiman pun bersujud kepada Allah dan mengakui bahawa Allah itu Maha Kaya.
Walaupun Baginda mempunyai kekayaan yang luar biasa dari kaca mata manusia, tetapi disisi Allah, itu semua tidak menggugat kedudukanNya. kan? sesungguhnya, Allah SWT yang memberi rezeki kepada nabi Sulaiman dan semua makhlukNya. bayangkan kalau ikan-ikan tu makan semua makanan yang disediakan Sulaiman tadi, agak-agak, berapa banyak ye makanan yang disediakan Allah untuk semua makhlukNya dari bawah tanah sampai langit sana? Maha Suci Allah dan MAha Kaya Allah..=)
Sebelum menutup Post kali ini, mari kita sama-sama renungkan ayat 1-2 Surah Al-Hadid:
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (2)
-anak.soleh-
Saturday, November 27, 2010
Bila mengutip hutang...
Assalamualaikum WBT kepada semua umat Muhammad Abdullah SAW..
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 280:
"Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tenggang waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkannya, itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
terfikir saya untuk menulis sedikit mengenai akhlak kita bila nak mengutip hutang. sememangnya kita sebagai student slalu gak memberi pinjam kepada kawan-kawan kita. kan?jadi bagaimanakah sikap kita bila nak mengutip balik hutang tu?
"eh man, bagi la cepat duit RM5 yang kau pimjam semalam. aku nak pakai ni! ish ko ni..."
"siti, semalam kat pasar malam ko pinjam duit aku kan?ha, taktau nak bagi balik ke?takkan nak buat harta kot kawan... aku pun nak pakai duit gak"
kasarkan bahasa2 yang digunakan dalam dialog diatas?pasti orang yang berhutang tu rasa kecil hati. mungkin dia memang tengah kesuntukan wang ke time tu, duit PT tak masuk lagi ke, JPA tak bank-in lagi ke or whatever sebab la. sebab tu, dalam surah A-Baqarah Allah dah bagi panduan pada kita macam mana nak kutip hutang kita.
1. cakaplah dengan kawan kita baik2. kalau betul kita tengah tiada duit, bagitau betul2, lembut2.
"nur nur..aritu kmu pinjam duit saya kan..boleh tak saya nak duit tu sekarang?saya tak cukup duit nak beli lnch la nur.."
"atan, semalam kat cafe ko ada pinjam duit aku kan?ha, sekarang ko ada duit tak bayar balik?kalau takde takpe, ko bagi esok pun takpe.."
macam ni la baru baik. orang yang pinjam pun rasa dihargai je. kan?
2. Kalau kita just sedekah duit tu, ha lagi bagus! kalau membe kita pinjam just RM2 ke, RM3 ke, kalau kita seekah pun alangakah baik untuk kita dan untuk dia.kn? lagipun harta yang kita bagi pinjam tu bukan milik mutlak kita. ia milik Allah juga.kan? sekian dahulu..marilah kita sama-sama beramal dengan ayat 280 surah Al-Baqarah tu ye..=)

"Seperti tanah diatas batu licin..."
Assalamualaikum WBT. Moga rahmat Allah meliputi keseluruh umat Nabi Muhammad SAW!
Today i want to share one quranic verse taken from Surah Al-Baqarah verse number 264. Allah SWT telah berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir"
Ayat diatas membicarakan mengenai Infaq. sememangnya infaq atau sedeqah sangatlah disukai Allah. malah dalam ayat 261 surah yang sama Allah SWT telah berfirman :
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Allah SWT telah menjanjikan berlipat ganda pahala kepada mereka yang suka berinfaq dengan niat yang ikhlas kerana Allah taála. Isu yang saya nak utarakan hari ini ialah mengenai orang yang suka berinfaq tetapi niatnya tidak kerana Allah taála. Seperti yang kita lihat dalam ayat 264 tadi, Allah SWT mengumpamakan mereka yang tidak ikhlas berinfaq seperti lumpur atau kotoran diatas batu yang licin dan bila hujan turun, airnya membersihkan tanah itu. samalah seperti pahala sedekah kita, jika kita berbangga dengannya, mengungkit-ungkit mengenainya, seolah-olah pahala kta dibasuh dengan air dan hilang begitu saja. alangkah ruginya kita.kan? Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk bersedekah atau menginfaqkan harta kita (yang dipinjamkan oleh Allah) kepada mereka yang perlukan. seperti firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 19 :
"Dan pada harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta, dan untuk orang miskin yang tidak meminta"

Thursday, November 18, 2010
Siapakah Orang Yang MUFLIS?
Assalamualaikum dan Salam Penghulu Hari, hari Jumaat!
Alhamdulillah tadi saya diberi kesempatan untuk menyertai solat jumaat di masjid manjung. Tajuk Khutbah tadi ialah 'kaya didunia tetapi muflis di akhirat'. So, i would like to share one hadith that read by the Imam just now.
Suatu hari, Nabi Muhammmad SAW bertanya kepada Sahabat-sahabatnya, "siapakah dia orang Muflis?" jawab sahabat-sabahatnya, "yang kami tahu, orang yang tiada harta ya Rasulullah". then Rasulullah SAW membalas, "mereka yang muflis ialah orang yang dihari akhirat nanti, mereka datang dengan membawa amalan Solat, Puasa, Zakat, Haji dan sebagainya tetapi mereka juga didunia telah
1) Memaki orang
2) Tuduh menuduh
3) Makan harta orang lain dengan zalim
4) Membunuh
5) Memukul orang sesuka hati
Dan, kemudian orang-orang yang dizalimi itu akan datang kepada mereka dan mengambil pahala-pahala mereka sebagai ganti, dan jika pahala mereka telah habis, orang-orang yang dizalimi ini akan memberi pula dosa-dosa mereka kepada orang yang muflis ini".
Astarfirullahal Azim! macam tu sekali kan.. Janganlah kita membuat zalim kepada sahabat-sahabat kita, even kepada orang yang tidak kita kenali. jika tidak, habislah kita diakhirat nanti. jika kita muflis didunia, still ada orang yang akan bersimpati menolong kita kan? ibubapa kita, sahabat-sahabat kita semua boleh bagi pertolongan seperti duit, tempat tinggal, makanan dsb. tapi bayangkan jika kita muflis diakhirat? masa itu, ibubapa kita sendiri pun tiada masa untuk menolong kita kerana semua orang akan sibuk dengan urusan masing-masing.
Saudaraku sekalian, selagi kita punyai masa ni, beringat-ingatlah. kadang-kadang ucapan kita ni tanpa kita sedari boleh melukakan saudara kita. kan? atau yang suka menyindir-nyindir orang lain di blog tu, hati-hatilah. kadang-kadang, apa yang kita tulis tu khabar angin je, nanti sia-sia kita dapat dosa menfitnah..
Setakat itulah perkongsian saya dipetang jumaat. saya sudahi dengan Puji-Pujian kepada Allah kerana memberi saya kesempatan untuk berada disolat jumaat tadi.=)
P/S- saya nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, buruk tingkah laku ini atau apa-apa saja yang telah melukakan siapa-siapa. Wassalam.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal kebaikan untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, ynag disediakan bagi orang-orang yang bertakwa - Ali Imran; 133
-anak.soleh-
Tuesday, November 16, 2010
Seperti Utrujah...
Assalamualaikum WBT dan Salam AidilAdha kepada semua saudaraku semuslim!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Saya mahu berkongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Hadisnya berbunyi begini:
Sabda Rasulullah SAW- "Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Utrujah; baunya harum dan rasanya enak. Dan perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, enak rasanya tetapi tidak wangi baunya. dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran ialah seperti buah raihanah, baunya saja enak tetapi rasanya pahit. Dan akhirnya perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzhalah, tidak enak rasanya maupun baunya''
Apa itu buah Utrujah? saya pun kurang pasti tetapi rasanya kita boleh umpamakan seperti buah durian. durian tu kan enak rasanya (bagi yang menggemari buah durian) dan aromanya...jangan cakap! memang sedap kan? begitulah perumpamaan orang Mukmin (Rasulullah SAW cakap 'Mukmin' bukan 'Muslim') yang suka membaca Al-Quran. Tetapi, dalam Hadith tersebut, Rasulullah SAW hanya cakap, ''Orang yang baca". Jadi bagaimana pula mereka yang membaca dan memahami serta mengamalkan? Pasti perumpamaannya lebih hebat kan?
Seterusnya kita pergi pada orang Mukmin yang tidak gemar membaca Al-quran. mereka ni tetap baik sebab rasulullah SAW mengumpamakan mereka seperti Kurma. Kurmq ini, lagi-lagi yang bermadu sangatlah sedap rasanya. saya boleh menghabiskan satu kotak dalam masa 2 hari! tetapi kekurangan buah ini ialah pada baunya. kurma seperti yang kita tahu, tiada bau. Jadi begitulah orang-orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran ni, walaupun masih Mukmin (mulia disisi Allah) tetapi peringkat mulia mereka ni kurang sedikit dari orang Mukmin yang gemar membaca Al-Quran.
Jadi, marilah kita semua bersama-sama menjadi Orang Mukmin (bukan hanya Muslim) yang gemar membaca Al-Quran. kata ustaz saya, jika rindu pada ibubapa kita, lihatlah pada bajunya, surat-suratnya untuk mengubat rindu itu. tetapi jika rindu pada Allah, maka bacalah Kalam-Nya iaitu Al-Quran al-Karim. sama-sama kita mengamalkannya, bi-iznillah.
2 golongan seterusnya saya tidak mahu membicarakan. sebab saya mengarang post ni hanya untuk saudara semuslim saya. bukan untuk para munafiqun..=)
Sekian dahulu, Salam AidilAdha, Salam pengorbanan. moga Allah menerima segala pengorbanan kita Insyallah!
-anak.soleh-
Friday, November 12, 2010
At-Taqwa...
"Saudaraku sekalian,
Taqwa bukan satu baju yang kita boleh pakai,
Taqwa bukan janggut yang panjang,
Taqwa bukan satu kopiah yang mahal anda beli dan pakai,
Kata Nabi Muhammad SAW,
Taqwa itu adalah didalam hati"
Taqwa bukan janggut yang panjang,
Taqwa bukan satu kopiah yang mahal anda beli dan pakai,
Kata Nabi Muhammad SAW,
Taqwa itu adalah didalam hati"
Saya petik dari khutbah jumaat tengah hari tadi. betul kata Khatib tu, Taqwa kita bukan pada baju yang kita pakai. Bukan pada Jubah kita, Serban kita, Kurta kita atau apa-apa jua pakaian 'islamic'. Taqwa juga bukan pada Janggut kita yang panjang tu. walau panjang satu meter sekalipun, ia tidak menjanjikan ketaqwaan kita. kopiah kita? orang yang sentiasa memakai kopiah ialah orang yang beriman? betul ke? Bukan juga kata khatib tu. taqwa kita tidak terletak pada pakaian, kopiah atau janggut kita, tapi sebaliknya, menurut Nabi Muhammad SAW, Taqwa itu terletak pada hati kita. dalam dada kita tu. baik hati kita, insyaallah baik juga la anggota badan kita*(Hadith Nabi SAW).
Sekadar perkongsian pendek dipetang hari. Semoga bermanfaat! =)
P/S : kata Imam Ali, Taqwa itu takut Pada Allah, Beramal dengan Al-Quran, Bersyukur dengan yang sikit dan membuat persiapan untuk Hari Pembalasan.. Wallahualam

err
Sunday, November 07, 2010
Balhom Adol !! [Bahkan Lebih Sesat !!]
Assalamualaikum WBT kuucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Agak lama berhenti menulis coz Buzy with Final exams! today just nak berkongsi sedikit pengalaman saya. maybe sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada saya untuk mengajar saya and now i would like to share with everybody. take it as something u can ponder.
Saya ke cafe human science waktu tu. jam lebih kurang pukul 12 - 1 PM. sedang makan kat satu meja ni, tiba-tiba datang satu couple. si wanita just pakai selendang menampakkan lehernya dan si jejaka berpakaian t-shirt dan seluar pendek. they sit just infront of me.
Saya pun dok perhatilah gelagat mereka. kadang-kadang tangan sijejaka tu usik-usik pinggang kekasih dia. bergurau senda beramah mesra. yang makan time tu just kekasih dia je. yang laki ni duduk teman dan sambil-sambil itu mengusik kekasih dia.
Tiba-tiba, si wanita ni suap boyfriend dia! Aduh. suap dah la pakai tangan. saya terus perhati... then lepas sekali suap, suap lagi. si laki tu pun bukan main suka. tersenyum je. then, tak semena mena, kat depan couple ni, datang 2 ekot merpati. i think merpati tu sepasang-jantan dan betina. sedang 2 orang kekasih ni berasmara, si merpati ni pun sama gak.! si jantan tu asyik nak cium je betina itu. then merpati betina tu rendahkan badannya and si jantan pun geser-geserkan badan dia kat betina tu! haha!
Saya terus terfikir masa tu, betapa darjat si couple tu dengan burung tu sama je. walaupun lelaki and wanita itu ada akal, tapi time itu, it seems that it did not functioning correctly. betul lah Allah kata dalam surah Al-A'raf ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)
Kalau kita perhati antara couple dan merpati tadi, tiada bezanya kan?tapi untuk merpati itu cium ciuman disitu tiada salah. burung itu tiada akal. tak seperti manusia itu..kan? sama-samalah kita renungkan kisah diatas. kepada Allah, puji-pijian untuk Mu atas petunjuk yang Kau beri..
P/S- selepas beberapa hari saya nampak pasangan kekasih itu kat cafe Education plak. nasib baik malam. kalau tak, mesti ada merpati lagi..hehe. yang lebih menyedihkan, budak lelaki itu pernah jadi imam saya dalam solat tarawih di Matrix Nilai. macam tak percaya!
-anak.soleh-
Subscribe to:
Posts (Atom)