Sunday, November 07, 2010

Balhom Adol !! [Bahkan Lebih Sesat !!]


Assalamualaikum WBT kuucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian.

Agak lama berhenti menulis coz Buzy with Final exams! today just nak berkongsi sedikit pengalaman saya. maybe sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada saya untuk mengajar saya and now i would like to share with everybody. take it as something u can ponder.


Saya ke cafe human science waktu tu. jam lebih kurang pukul 12 - 1 PM. sedang makan kat satu meja ni, tiba-tiba datang satu couple. si wanita just pakai selendang menampakkan lehernya dan si jejaka berpakaian t-shirt dan seluar pendek. they sit just infront of me.


Saya pun dok perhatilah gelagat mereka. kadang-kadang tangan sijejaka tu usik-usik pinggang kekasih dia. bergurau senda beramah mesra. yang makan time tu just kekasih dia je. yang laki ni duduk teman dan sambil-sambil itu mengusik kekasih dia.


Tiba-tiba, si wanita ni suap boyfriend dia! Aduh. suap dah la pakai tangan. saya terus perhati... then lepas sekali suap, suap lagi. si laki tu pun bukan main suka. tersenyum je. then, tak semena mena, kat depan couple ni, datang 2 ekot merpati. i think merpati tu sepasang-jantan dan betina. sedang 2 orang kekasih ni berasmara, si merpati ni pun sama gak.! si jantan tu asyik nak cium je betina itu. then merpati betina tu rendahkan badannya and si jantan pun geser-geserkan badan dia kat betina tu! haha!


Saya terus terfikir masa tu, betapa darjat si couple tu dengan burung tu sama je. walaupun lelaki and wanita itu ada akal, tapi time itu, it seems that it did not functioning correctly. betul lah Allah kata dalam surah Al-A'raf ayat 179:



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)



Kalau kita perhati antara couple dan merpati tadi, tiada bezanya kan?tapi untuk merpati itu cium ciuman disitu tiada salah. burung itu tiada akal. tak seperti manusia itu..kan? sama-samalah kita renungkan kisah diatas. kepada Allah, puji-pijian untuk Mu atas petunjuk yang Kau beri..




P/S- selepas beberapa hari saya nampak pasangan kekasih itu kat cafe Education plak. nasib baik malam. kalau tak, mesti ada merpati lagi..hehe. yang lebih menyedihkan, budak lelaki itu pernah jadi imam saya dalam solat tarawih di Matrix Nilai. macam tak percaya!



-anak.soleh-

6 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

manusia boleh jd lebih mulia dpd malaikat. dan boleh jd lebih hina juga dpd binatang.

hma said...

rasanya burung tu mmg nak tunjuk kat manusia tu antara mereke takde beza pun
btw, balhom adol tu ape?

Azira Sarfaraz said...

a good, good one :)

tieya fathiyah said...

salam sahabat..

entri yg sgt2 bgus2.. real observation lg tu...keep it up.. love that burung merpati part..hehe..

*wat malu je kat burung merpati tu..kan da sama taraf..hasih...huhu

tieya fathiyah said...

btw.. balhom adol tu ape?

hakim.halim said...

Balhom Adol itu saya amk dr ayat quran tu sendiri. kan Allah kate, "ULA IKA KAL AN'AM, BALHOM ADOL" yg bermksud, mereka seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat..so, BALHOM ADOL tu mknenye, BAHKAN LEBIH SESAT.
=)