Assalamualaikum WBT. Moga rahmat Allah meliputi keseluruh umat Nabi Muhammad SAW!
Today i want to share one quranic verse taken from Surah Al-Baqarah verse number 264. Allah SWT telah berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir"
Ayat diatas membicarakan mengenai Infaq. sememangnya infaq atau sedeqah sangatlah disukai Allah. malah dalam ayat 261 surah yang sama Allah SWT telah berfirman :
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Allah SWT telah menjanjikan berlipat ganda pahala kepada mereka yang suka berinfaq dengan niat yang ikhlas kerana Allah taála. Isu yang saya nak utarakan hari ini ialah mengenai orang yang suka berinfaq tetapi niatnya tidak kerana Allah taála. Seperti yang kita lihat dalam ayat 264 tadi, Allah SWT mengumpamakan mereka yang tidak ikhlas berinfaq seperti lumpur atau kotoran diatas batu yang licin dan bila hujan turun, airnya membersihkan tanah itu. samalah seperti pahala sedekah kita, jika kita berbangga dengannya, mengungkit-ungkit mengenainya, seolah-olah pahala kta dibasuh dengan air dan hilang begitu saja. alangkah ruginya kita.kan? Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk bersedekah atau menginfaqkan harta kita (yang dipinjamkan oleh Allah) kepada mereka yang perlukan. seperti firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 19 :
"Dan pada harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta, dan untuk orang miskin yang tidak meminta"
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment