Tuesday, November 30, 2010

Allah, izinkan aku memberi rezeki kepada MakhlukMu!

Assalamualaikum WBT. Didoakan semoga kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya- semestinya dari aspek keimanan dan hal-hal lainnya.

Saya ingin berkongsi satu kisah sirah yang saya dengar dalam ceramah Ustaz Zainuddin MZ. beliau merupakan penceramah terkenal dari indonesia. kalau teringin dengar ceramah-ceramahnya, sila Download dari 4shared.com and search Zainuddin MZ.

kisah ini mengenai Nabi Sulaiman. Seperti yang kita semua tahu, Nabi sulaiman merupakan Nabi yang dikurniakan Kerajaan yang hebat. Baginda boleh memerintah semua jenis makhluk sehinggakan Jin pun takut padanya. Oleh kerana kekayaannya yang melimpah ruah, satu hari baginda memohon kepada Allah SWT dengan permintaan yang tidak pernah sesiapa pun pinta.

Baginda memohon "Ya Allah, berilah aku peluang untuk memberi rezeki kepada semua makhluk Mu untuk satu hari saja". Jadi Allah pun memberi keizinanNya. So, Nabi Sulaiman pun bertungkus lumus membuat persiapan. Baginda mengarahkan tenteranya menyediakan makanan yang banyak disatu tempat.

Jadi bila dah selesai, baginda pun memberitahu Allah, "Wahai Allah, aku dah bersedia". So Allah pun start dengan hidupan dalam laut, "wahai ikan, naiklah. harini Sulaiman akan memberi rezeki kepadamu". Jadi ikan pun naiklah dan makan makanan yang disediakan oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya. sekali ikan-ikan tu makan, HABIS semua makanan yang disediakan oleh baginda. itu belum minta tambah lagi tu. So, Nabi Sulaiman pun bersujud kepada Allah dan mengakui bahawa Allah itu Maha Kaya.

Walaupun Baginda mempunyai kekayaan yang luar biasa dari kaca mata manusia, tetapi disisi Allah, itu semua tidak menggugat kedudukanNya. kan? sesungguhnya, Allah SWT yang memberi rezeki kepada nabi Sulaiman dan semua makhlukNya. bayangkan kalau ikan-ikan tu makan semua makanan yang disediakan Sulaiman tadi, agak-agak, berapa banyak ye makanan yang disediakan Allah untuk semua makhlukNya dari bawah tanah sampai langit sana? Maha Suci Allah dan MAha Kaya Allah..=)

Sebelum menutup Post kali ini, mari kita sama-sama renungkan ayat 1-2 Surah Al-Hadid:

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (2)


-anak.soleh-

No comments: