Tuesday, November 16, 2010

Seperti Utrujah...

Assalamualaikum WBT dan Salam AidilAdha kepada semua saudaraku semuslim!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Saya mahu berkongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Hadisnya berbunyi begini:


Sabda Rasulullah SAW- "Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Utrujah; baunya harum dan rasanya enak. Dan perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, enak rasanya tetapi tidak wangi baunya. dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran ialah seperti buah raihanah, baunya saja enak tetapi rasanya pahit. Dan akhirnya perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzhalah, tidak enak rasanya maupun baunya''


Apa itu buah Utrujah? saya pun kurang pasti tetapi rasanya kita boleh umpamakan seperti buah durian. durian tu kan enak rasanya (bagi yang menggemari buah durian) dan aromanya...jangan cakap! memang sedap kan? begitulah perumpamaan orang Mukmin (Rasulullah SAW cakap 'Mukmin' bukan 'Muslim') yang suka membaca Al-Quran. Tetapi, dalam Hadith tersebut, Rasulullah SAW hanya cakap, ''Orang yang baca". Jadi bagaimana pula mereka yang membaca dan memahami serta mengamalkan? Pasti perumpamaannya lebih hebat kan?

Seterusnya kita pergi pada orang Mukmin yang tidak gemar membaca Al-quran. mereka ni tetap baik sebab rasulullah SAW mengumpamakan mereka seperti Kurma. Kurmq ini, lagi-lagi yang bermadu sangatlah sedap rasanya. saya boleh menghabiskan satu kotak dalam masa 2 hari! tetapi kekurangan buah ini ialah pada baunya. kurma seperti yang kita tahu, tiada bau. Jadi begitulah orang-orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran ni, walaupun masih Mukmin (mulia disisi Allah) tetapi peringkat mulia mereka ni kurang sedikit dari orang Mukmin yang gemar membaca Al-Quran.

Jadi, marilah kita semua bersama-sama menjadi Orang Mukmin (bukan hanya Muslim) yang gemar membaca Al-Quran. kata ustaz saya, jika rindu pada ibubapa kita, lihatlah pada bajunya, surat-suratnya untuk mengubat rindu itu. tetapi jika rindu pada Allah, maka bacalah Kalam-Nya iaitu Al-Quran al-Karim. sama-sama kita mengamalkannya, bi-iznillah.

2 golongan seterusnya saya tidak mahu membicarakan. sebab saya mengarang post ni hanya untuk saudara semuslim saya. bukan untuk para munafiqun..=)

Sekian dahulu, Salam AidilAdha, Salam pengorbanan. moga Allah menerima segala pengorbanan kita Insyallah!


-anak.soleh-

No comments: