Tuesday, May 03, 2011

Ikhlas


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk menulis kembali setelah sekian lama menyepi kerana sibuk bekerja di Pesta Buku. Tapi hakikatnya itu bukanlah alasan untuk kita berdakwah. aduh...

Pesta buku- satu pengalaman yang menarik dan pastinya memenatkan! keluar pagi pulang lewat malam. hal ini berterusan sehingga 10 hari. Barulah diri ini rasa bagaimana letihnya seorang ayah dan ibu yang keluar bekerja demi mencari wang buat keluarga tercinta. Alhamdulillah Allah memberi satu pengalaman yang sangat bermakna. =)

Semasa di PWTC, sempat juga berjalan ke kedai-kedai lain. Antaranya booth Alam Raya Ent., Nufairs, Telaga Biru, Pelima dan macam-macam lagi. saya ada beli satu buku yang bertajuk 'ikhlas'. Tulisan Dr Yusuf Qardhawi. Seorang ulama' yang hebat. Beliau mengupas makna Ikhlas yang merupakan rukun dakwah yang kedua Ikhwanul Muslimin. Didalam buku tersebut, menurut Imam Hasan Al-Banna, beliau mendefinasikan ikhlas sebagai berikut:

"hendaklah seorang muslim menyengajakan perkataan, perbuatan dan jihadnya semata-mata kerana Allah, mencari keredhaannya dan mengharap pahala yang baik tanpa mempedulikan harta, kemewahan, pangkat, kesulitan, kemajuan mahupun kemunduran. Dengan demikian, ia akan menjadi pejuang pemikiran dan akidah bukan pejuang kekayaan dan kesenangan"

Begitu panjang lebar Imam Hasan Al-Banna menjelaskan maksud Ikhlas. Hakikatnya ikhlas itu amat penting. sehinggakan jika suatu ibadah itu dilakukan tanpa kewujudan ikhlas, ia akan tertolak. Allah tidak akan menerima ibadah itu kerana ia tidak disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Ikhlas tu senang ke? Semudah mulut yang menyebut perkataan I K H L A S ? Hakikatnya ikhlas itu satu perkara yang sukar. Bila ditanya kepada seorang ulama apakah amalan perbuatan yang paling berat? dia menjawab amal perbuatan tersebut ialah ikhlas.

Ada ulama' yang lain pula berkata, 'suatu pekerjaan yang sulit dan berat dilakukan didunia ini adalah ikhlas. Sudah beberapa kali saya berusaha keras mematahkan riya' (lawan kepada ikhlas) dari dalam kalbu namun ia berjaya tumbuh dalam bentuk yang lain'.

Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam diwaktu malam yang kelam. Anda mesti pernah mendengar analogi ini kan? Begitu sukarnya ikhlas itu. mata manusia sukar untuk menilainya. Hanya Allah sahaja mampu menilainya.

Kesimpulannya, ikhlas itu bagi saya ibarat 'Nyawa' kepada sesuatu ibadah itu. jika nyawa itu hilang dari 'jasad' ibadah kita, maka ibadah itu dikira MATI. Tiada nilainya disisi Allah. Moga kita semua termasuk dikalangan hamba-hamba Allah yang melakukan amal perbuatan yang disertakan dengan niat ikhlas Lillahitaala. Wallahualam. =)


-anak.soleh-

No comments: