"Seseorang telah datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: 'Ya Rasulullah, sedekah yang mana yang pahalanya paling besar?' Lalu jawab Baginda: 'Sedekah yang kau lakukan saat engkau sihat, kedekut, takut tertimpa kemiskinan, dan sangat ingin menjadi kaya, lalu engkau tidak menundakannya sehingga nafas sampai dikerongkong sehingga engkau hanya mampu berkata: 'Harta ini(kuwasiatkan) untuk si fulan, harta ini(kuwasiatkan) kepada si fulan, dan harta ini(kuwasiatkan) untuk si fulan.'"
Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam kitab Riyadusolihin.
Sekadar ingin berkongsi hadith. Moga ia berguna untuk kita semua. Ketahuilah bahawa kita mempunyai kewajipan untuk mengisi 'akaun bank' akhirat kita. Ketahuialh jua bahawa harta yang dianugerahkan kepada kita ini bukan milik mutlak kita. Ianya kepunyaan Rabbul Jalil, Rabbul Alamin- Allah SWT. Ketika kita dianugerahkan sedikit rezeki, sedarlah, didalam harta itu ada hak orang lain yang perlu kita penuhkan.
'Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian Yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta)'
Az-Zariyat, 19
Az-Zariyat, 19
Perhatikan pula ayat ini, dipetik dari Surah Ali Imran ayat 3:
'Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya'
Satu lagi hadith yang menarik. Riwayat AAl-Bukhari dan Muslim:
'...Sesungguhya, tidaklah engkau menginfakkan sesuatu dengan tujuan mencari reda Allah, melainkan engkau akan mendapat pahala kerananya, bahkan makanan yang engkau suapkan kemulut isterimu sekalipun'
Jadi, marilah kita beriman dengan Ayat Allah dan juga Sunnah Rasulullah. Moga hidup kita diberkati, dilindungi Allah dari keburukan dan dimaafkan Allah atas segala maksiat dan dosa yang kita telah lakukan.....
Wassalam.
-anak.soleh-
1 comment:
betul tu....
Post a Comment