Monday, July 11, 2011

Smile is Elims =)


Bila kita berjalan diatas dunia ini, pasti kita akan jumpa ramai orang. Pelbagai jenis orang, ada yang tua, muda, anak kecil, tuan haji, kaki rock, wanita cantik, jejaka tampan tak lupa jua mereka yang istimewa. Bila kita face mereka, apa yang kita lakukan? Buat taktau saja ke, atau senyum saja, atau senyum, bagi salam dan bertegur sapa? Mana yang selalu kita buat? Saya percaya, ramai yang buat taktau saja. Yela, bukannya kita kenal pun mereka. Kan? So buat pe nak senyum kat orang yang kita kenal? Macam tu ke?

Pernah tak anda, ketika berjalan ditengah-tengah Bandar, jumpa dengan orang dan senyum? Hanya senyum saja. Pernah tak? Apa reaksi mereka yang menerima senyuman anda? Pasti saja mereka membalas senyuman anda. Mereka pun turut akan tersenyum dan ketika itu, hati anda pasti rasa tenang je. Ada ke anda terfikir, “malunya aku senyum kat orang yang aku tak kenal”. Tak kan? Sebabnya senyuman anda itu dibalas semula dan kedua-duanya merasa hepy je. Even tak pernah jumpa, tapi setelah bertukar senyuman, kita merasai tenang. Sebab apa ya?


Sebab senyuman itu satu penawar! Penawar kepada penyakit hati dan perasaan. Bila kita senyum, hati kita pun tersenyum. Tak percaya? Cuba anda jalan2, pastu nampak orang yang mukanya berkerut je, masam betul raut wajahnya, cuba anda senyum pada mereka, pasti muka mereka akan bertukar ceria dan membalas kembali senyuman anda! Senyuman itu satu perbuatan yang sangat mudah dan simple tapi penuh dengan penawar yang mustajab! Ya, saya katakana Mustajab kerana dengan senyum, hati kita akan girang, minda kita akan cergas.

Mulakan hari anda dengan senyuman! Bila jumpa sape2, even anda tak kenal mereka, lontarkan senyuman manis anda. Tak rugi kerana Junjungan Besar kita bersabda bahawa senyuman itu satu sedekah! Mudah sangat kita nak rebut pahala itu. Pernah tak kawan2 anda cakap, “Aku ni kalau nak tegur orang payah. Kena tunggu orang tegur aku baru aku tegur orang”, “Orang yang tak kenal aku mesti cakap aku ni sombong sebab aku ni jarang nak tegur ngan orang2 yang aku tak kenal”. Kalau lah semua rakyat Malaysia macam ni, kelak semua orang akan jadi macam ikan laga lah..Takleh nak jumpa sesame mereka sebab memang tak ngam!


Macam mana nak ngam, kalau kita tak mula untuk bertegur sapa. Buat pa tunggu orang tegur kita? Kitalah tegur mereka, lepas tu, mesti kalau lain kali kita bertemu lagi dengan orang tu, orang tu pula akan mula menegur kita. Percayalah! Saya dah buat eksperimen dah! Hehe.

Jadi, pengakhiranya, Marilah kita sebarkan senyuman! Jumpa saja sape2, Senyum pada mereka! Bila masyarakat kita menjadi masyarakat yang suka senyum, pasti masyarakat itu akan menjadi kuat dan bersatu. Dengan senyuman, kita mampu mengubah singa menjadi kucing manja, Dengan senyuman kita mampu mengubah hantu menjadi malaikat, dengan senyuman jugalah kita mampu mengubah Kezaliman menjadi keadilan. =)


A Smile Can Change A Life!! =)


-anak.soleh-

1 comment:

Anonymous said...

start a day with a smile...

:-)