Monday, August 23, 2010

Rapuhnya cintaku...


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

sekali lagi saya memetik bait-bait lagu Opick. Lagu ni bertajuk Rapuh. Rapuh… ertinya lemah. Mudah hancur. Tak kuat. Hmm…lagu ni membuatkan saya terfikir. Bagaimanalah hubungan dengan Ilahi, dengan Allah yang menciptakan diri saya ni, diri teman-teman dan seisi alam ini. Allah, Dia Maha Penyayang. Sangat sayang pada hamba-hambaNya. Tapi hamba-hambaNya, bagaimana? Adakah sangat sayang pada Allah, Tuhan mereka? Saya selalu cakap, “saya sayang Allah”. “Cinta tertinggi saya ialah Allah”. Tapi sejauh mana lah kan realitinya. Ibarat bercinta dalam noda. Mulut mengatakan cinta yang “Agung” kapada Allah, tapi perlakuannya tidak selari. Sedang termenung seorang diri tu, saya teringat satu hadith dari junjungan Nabi Muhammad SAW. Hadith yang dipetik dari kitab hadith 40 Imam Nawawi:


‘Allah berfirman: ‘Hai anak adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepadaku, akan Aku ampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Hai anak adam! Kalau telah sampai semua dosamu ke awan langit kemudian kau memohon keampunanKu, nescaya Aku ampuni. Hai anak adam! Sesungguhnya kalau kau datang kepadaku dengan kesalahan sepunuh bumi dan menemuiku ketika kau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku beri keampunan sepenuh bumi..’
HR At-Tirmidzi

Allahu Akram..Subhanallah. maha Suci Allah kan? Betapa Allah, tuhan kita Maha pengampun. Allah tahu, nature manusia ni macam mana. Mudah alpa. Mudah jatuh. Mudah dipengaruhi! Sebab tu Allah sentiasa bagi kita peluang untuk bertaubat kepadaNya. Tapi malangnya, ramai diantara kita, termasuk saya, mensia-sia kan peluang keemasan ni. Betul tak sahabat? Entah dimanalah kedudukan kita dimata Allah ya.hina ke kita?mulia ke kita? How we want to know the position of us in the eyes of Allah? Renungi hadith ni ye sahabat.


‘Our Prophet said, If someone want to know what position he enjoys in the eyes og God, he has only to look at what place he gives to Allah (in his heart and life). Narrated by Muslim.’


Ha, so dimana anda meletakkan cinta Allah dalam diri anda? Tanya iman anda sendiri ye..hehe.

saya ada dengar satu lagu Rossa, lagu ni jadi soundtrack dalam cerita Munajah Cinta. Saya tertarik dengan korusnya. Lagu ni pun berjaya membuat saya terfikir, betapa hubungan saya dengan Allah masih lemah dan perlu dibaiki.


terima kasihku padaMu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya diriMu yang tahu besar rasa cintaku padaMu
oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dariMu


ya! Saya takkan berpaling dariMu, Allah! Saya akan sentiasa tingkatkan usaha saya untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Saya berdoa, moga Allah thabatkan saya di jalanNya. Dan saya juga berdoa moga teman-teman semua juga sentiasa berada di atas jalanNya dan sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..ameen.
Akhir kalam, ambillah keratan hadith ni sebagai buah untuk anda fikirkan.


“..dan kenalilah Allah pada masa lapang, nescaya Dia akan kenal kamu dikala susah dan tika kamu hadapi kesukaran”

Salam Ramdhan! =)



-anak.soleh-

Friday, August 20, 2010

Saya nak jadi anak soleh. anda? =)


mama mama, besar-besar nanti kan adik boleh tidur dengan mama lagi ke? tanya si anak kepada ibunya.
eh mana boleh anakku. nanti adik dah besar adik kena tidur sendiri la dalam bilik adik. adik tak malu ke nanti dengan abang-abang?haa..
ala mama ni..adik suke tido dengan mama.adik suka dengar mama nasyid kat adik sebelum adik tido. adik rasa tenang je..adik suke dengar mama bace Lailahaillah.
hmm...kalu adik suke baguslah. nanti adik dah besar adik kene selalu bace macam tu sebelum tido. tau?
tau mama..
mama, nantikan, besar-besar nanti, adik nak selalu jaga mama.masak untuk mama.jage mama time mama sakit, bawak mama jalan-jalan..macam2 la.adik nak jadi macam ustaz adik cakap.
jadi apa anak ku? adik nak jadi anak soleh mama. ustaz cakapkan mama, anak soleh ni nanti masuk syurga. betul ke mama?
betul la tu ustaz adik cakap.nanti adik dapat banyak pahala dari Allah tau. hidup adik tenang.adik akan disayangi Allah.
eh betul ke mama?klau macam tu adik nak jadi anak soleh la mama.!adik sayaaang mama.
kalau adik nak jadi anak soleh, adik kenalah sayang Allah dulu. adik kena ikut semua suruhan Allah.adik kena solat, puasa, tolong mama kat umah, hormat orang tua, sayang papa.ha..baru lah adik boleh jadi anak soleh.faham sayang?
faham mama..besar-besar nantikan mama, adik nak selalu tolong orang.macam mama. mama selalu tolong orang susah.adik nak jadi macam mama.!!
ok2, dah sekarang adik tidur dulu ye sayang.nanti adik mengantuk di sekolah. anak soleh kena bangun awal.kena rajin belajar.dah cepat tidur sayang.
ok mama, tapi mama jangan lupa nasyid dulu tau.kalu tak adik takmau tido..
ok2..dah cepat pejam mata.mama nak nasyid ni..(sambil mengucup pipi anaknya..)

anak soleh..ha, ramai ni nak jadi anak soleh.tapi ramai ke yang mempraktikkan macam anak yang soleh patut praktikkan?haha..tepuk dada anda, tanya iman anda.

anda ada call parents anda tak?adakah ibu dan ayah anda ada selalu dalam doa anda?anda mempunyai azam untuk membela mereka ketika mereka tua nanti?anda sentiasa dengar cakap mereka?atau anda lebih suka dengar cakap rakan-rakan anda?adakah anda rasa malu ketika anda bersama ibu bapa anda ketika anda juga bersama rakan-rakan anda?adakah anda selalu fikir bahawa anda yang baru belajar sedikit ni lagi hebat dari ibu bapa anda?adakah anda fikir pendapat ibu bapa anda tu kolot?ketinggallan zaman?hmm..Nau’zubillah min zalik. Minta dijauh kan Allah dari fikiran-fikiran macam tu.

Saya nak jadi anak soleh. Dan saya yakin sahabat2 semua pun nak jadi anak soleh. Tapi adakah kita sentiasa melakukan apa yang kita patut lakukan? Duit ibu bapa kita yang dilaburkan oleh mereka untuk kita, adakah kita gunakkan untuk kebaikan?
Allah ada berfirman dalam surah Al-Ankabut, 8

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…”


Allah wajibkan kita berbuat baik kepada ibubapa kita. Berbuat baik ni amatlah luas maknanya. Pelihara mereka.jaga mereka ketika mereka sudah lanjut usia. Bercakap baik dengan meraka. Mendoakan mereka. Dan macam-macam lagi lah. Selain itu, Allah juga ada berfirman dalam surah Al-Isra’ 23-24:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


Lihat. Allah dah jelaskan dah. Berbuat baiklah kepada ibubapa kita. insyaallah senang hidup anda. mase anda kecil memang anda akan selalu bersama mereka. mungkin anda tk boleh menilai kasih sayang mereka, nilai mereka. tetapi bile anda dah berada jauh dari mereka, hidup di asrama, baru anda akan sedar betapa anda merindui bebelan mereka, suara mereka, kasih sayang mereka.betul tak sahabat-sahabat?

lastly, untuk conclude penulisan saya kali ini, saya nak luahkan betapa saya sayang sangat mak dan ayah saya. i really mis them and i hope Allah will give me the opportunity to serve them. always...

saya nak jadi anak soleh. anda?...=)


anak.soleh

Tuesday, August 17, 2010

Doa dari seorang teman..


Assalamualaikum sahabat..

dear readers,

Saya ada terima satu mesej dari seorang teman. saya suka sangat doa tu. so, i would like to share here the doa. amat memberi semangat pada saya!!

Bismillah.

Ya Allah, kadang-kadang insan ini lemah, maka Kau kuatkanlah,
Kadang-kadang dia resah maka tenangkanlah,
Kadang-kadang dia gentar maka campakkanlah keberanian ke dalam hatinya,
Dia meminta maka kabulkanlah,
Dia berjuang maka permudahkanlah,
Dia menuntut ilmuMu maka faqihkanlah,
Dia sangat sayang padaMu maka sayangilah dia,
Dia yakin padaMu maka Kau maha tahu apa yang terbaik untuknya...


Baguskan doa ni?saya amat tersentuh bila baca kali pertama. saya teringat satu hadith nabi Muhammad. tapi saya lupa nama perawinya. hadith itu lebih kurang berbunyi begini.

'bila seorang sahabat mendoakan sahabatnya yang lain tanpa pengetahuan sahabatnya itu, maka malaikat akan berdoa, 'Ya Allah kabulkanlah doa orang ini'.

saya akan cuba cari balik hadith asalnya insyaallah. tapi isinya lebih kurang macam itu lah. jadi, mari kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita agar doa kita juga akan mudah dimustajabkan oleh Allah!! saya akan sentiasa doakan sahabat-sahabat saya insyaallah. anda? jangan selfish ye. ingat, dalam doa anda, sekurang-kurangnya mesti ada orang-orang ni:
1. Nabi Muhammad
2. Ayah dan Ibu
3. Guru-guru
4. Kaum keluarga
5. Sahabat
6. Diri sendiri jangan lupa!
7. Umat muslimin dan muslimat.

ya, ini salah satu basic structure doa yang saya suggestkan. anda nak ikut? jom bersama sama saya. kita berdoa sama-sama. saya dah angkat tangan. anda?=)

Kepada teman saya tu, semoga Allah kurniakan dia kerahmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.=)

-anak.soleh-

Lets Price Yourself!!


Assalamualaikum WBT to all my sahabat. alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada saya untuk menukilkan artikel untuk saya kongsikan dengan sahabat2. tadi masa on the way to family law class, tiba-tiba datang idea dalam kamar otak saya.haha!! saya teringin nak berkongsi ilmu tentang INFAK. yes! memang dah lama saya buat research tentang infak. dan saya temui banyak sangat..sangat2 banyak ayat Al-Quran yang menceritakan tentang infak. dan yang saya perasan, Allah sentiasa mengaitkan infak ni dengan orang-orang yang bertakwa. Dr Baha (my criminal law lecturer) said,

...

"awak ni law student. awak mesti cakap dengan nas atau bukti. law student tak cakap kosong. ni nak jadi lawyer ye. bukan keje main-main".

...

apa significance saya quote kata-kata Dr Bha tadi? hehe. yela saya nk cakap yang saya ni tak cakap kosong. saya ada bukti! Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 2-3

...

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka"

...

ha..anda tengok. perhatikan ayat quran diatas, Allah cakap kitab Al-Quran ni petunjuk kepada orang-orang bertakwa. siapa orang bertakwa tu? iaitu antaranya, orang-orang yang membelanjakan (menginfakkan) sebahagian hartanya kepada orang lain. selain itu, dalam surah Al-Baqarah, Allah dah bagi perumpamaan tentang orang-orang yang suka berinfak ni. tengok ye dalam ayat 261:

...

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (261)"

...

wah..best nya!Allah sudi nak bagi kita gandaan sebanyak (1 x 7 x 100 = 700)! just imagine dude. banyak gila! memang rugi la siapa yang tak ambil peluang ni kan? memang Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim kan sahabat? Subhanallah..Maha Suci Allah.Allahu Akram!! mari sahabat2, kita sama-sama rebut peluang ini. Bola dah sampai kat kaki dah tu..tinggal anda nak sepak je . cepat! jangan biarkan syaitan merampas bola itu. jangan biarkan dia bawa bola tu jauh dari kita!

sahabat-sahabat semua mesti nak dekatkan diri kepada Allah. Kan? sebenarnya, Allah kurniakan macam-macam keistimewaan kepada orang yang berinfak ini. selain dapat gandaan pahala, Dia juga menjamin yang kita akan sentiasa dekat dengan Dia. macam dalam firman Allah dalam surah At-Tawbah ayat 99:

"Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

MasyaAllah..orang yang pemurah ini sebenarnya akan selalu berada dalam rahmat Allah.dan semestinya, bila diri kita dah sentiasa dalam rahmat Allah, pastilah kita sentiasa dekat dengan Allah. logik kan?

ok, sekarang saya nak apply satu test yang saya invent sendiri.hehe

ok, mari kita kira anggarkan harga barang-barang yang attach di badan anda. kita ambil lelaki dulu..bayangkan lelaki ni berpakaian kemas untuk ke kelas ye.

baju semestinya baju kemeja. jenama seed - RM 60

seluarnya yang slimfit jenama nicole - RM 80

jam tangan esprit - RM 300

cincin silver - RM 30

stokin jenama alain delon - RM 15

kasut jenama Larrie - RM 150

..

ok, so totalnya…(60 +80+300+30+15+150 = RM 635). wow!! just imagine. that guy pergi ke kelas dengan membawa "duit" rm 635? agak-agak haritu dia ada sedekah tak?haha..lets say la ada sedekah. agak-agak berapa RM? yang paling popular kat masjid ialah duit kertas berwarna biru..haha. pastinya RM 1!! agak-agak berapa nisbah ye.. 635:1..anda fikir2kan lah.

ni baru lelaki. belum girls lagi?haha..sudah pasti harganya jauh lebih mahal kan? belum kira dengan beg tangan, kasut, jam, minyak wangi..adoi.ntah mencecah berapa la kan..anda kira sendiri la. saya kurang arif dalam harga barang wanita ni.=)

.

ok la..kesimpulan yang saya boleh buat ialah, amalkan lah bersedekah. orang memberi ni akan untung. Allah sentiasa akan membatu dia. insyaallah.. jangan kedekut. hari ni maybe kita kaya, esok lusa siapa yang tahu?boleh jadi kekayaan yang ada pada kita sekarang adalah satu bentuk ujian dari ALLAh? siapa tahukan? jadi, selagi nyawa masih lagi diberi Allah tu, ringan-ringan kan lah tangan anda untuk menderma. insyaallah berkat harta anda semua..

cepat, saya dah paskan bola ke kaki anda. Cepat rembat bola tu ke gawang!!


..

-anak.soleh-

Saturday, August 14, 2010

Di Bawah Langit-Mu..





Di bawah langitmu Bersujud semua Memuji memuja asmamu Dan bertasbih semua Makhlukmu tunduk Mengharap cinta dan kasihmu

Indahnya bait-bait lirik lagu ni..saya petik dari lagu Opick, Dibawah langitMu.
Ya, dibawah langitMu, langit Allah SWT. langit yang didirikanNya tanpa sebarang tiang. just Imagine dude. interesting, amazing and fantastic!! Perhatikan firman Allah ni, dipetik dari surah Ar-Ra'd, 2:

"Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat...."

Ha, selarikan dengan apa yang saya cakap? kalau kita perhatikan bait lagu tadi, apa yang saya boleh interpret dari lirik tu ialah, semua makhluk, tak kira manusia, haiwan dan tumbuhan, semuanya, tunduk, bersujud, mengharap kasih sayang Allah. bila saya dengar lagu ni, saya terus terfikir, rupa-rupanya begitu ramai makhluk yang taat dan bersujud pada ALlah. bukan saya seorang, bukan anda juga. malah seisi alam ni. dari manusia didarat sampai la hidupan di laut, langit dan dimana jua. semuanya memuja Allah, mengingati Allah. jadi katakanlah, andai saya tidak mengingati Allah hari ni, sebenarnya masih ramai lagi yang ingat pada Allah. Plus, Allah tak akan tereffect pun dengan tindakan saya yang tak ingat padaNya. malahan saya sebenarnya yang rugi hari ni. anda faham maksud saya?saya nak petik satu verse dari Al-Quran tapi tak ingat surah apa. tapi dalam ayat tu Allah berfirman, sama sahaja bagiKu jika hamba-hambaKu tidak sujud padaKu. Allah tak tergugat pun. sebab Dia yang menciptakan makhluk-makhluk ni. kalau Allah nak, Dia dengan mudah boleh menghapuskan kita dan mencipta manusia lain.kan? logik kn apa yang saya cuba utarakan ni?

Sekarang mari kita fokus pada ayat ni. dipetik dari surah An-Nur, 41. Allah berfirman:

"Tidakkah engkau Muhammad tahu bahawa kepada Allah lah bertasbih apa yang dilangit dan dibumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-Masing sungguh telah mengetahui (cara) doa dan bertasbih. Allah maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."

Subhanallah..Maha Suci Allah ya Rabbi. dibawah langit Allah..semua makhluk bertasbih dan berdoa. dibawah langitMu, ikan dilaut mendapat makanan. dibawah langitMu, singa di hutan mendapat habuan. dibawah langitMu, burung dilangit mendapat rahmat. dibawah langitMu, kita, manusia mendapat tempat tinggal, makanan, kasih sayang...semuanya dibawah langitMu..langit Allah yang tanpa tiang.berwarna biru indah. alangkah maha Penyayangnya Allah. doa hamba-hambaNya kepadaNya ada dimana-mana sahaja. dari dalam laut, atas darat mahupun diudara. betapa Maha Mendengarnya Allah kan?

"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit maupun dibumi, baik dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa..." (Ar-Rad, 15)

Anda lihat? sekali lagi bukti saya bawakan dari kitab petunjuk kita, Al-Quran karim. hmm.. bukti sebenarnya dah banyak depan mata kita kan. just tinggal kita je. nak grab atau leave it..tapi ingat, kalaupun kita tak grab, akan ada orang lain yang akan grab. kerugian kita sudah..kan?
saya tetap akan grab. sebab saya dah nampak jaln saya. bagaimana dengan anda? saya dah berazam! saya nak termasuk dalam golongan yang bersujud kepada Allah dibawah langitNya!! ayuh mari kita semua sahabat-sahabat sekalian!! mari kita sama-sama bertasbih, mengharap cinta dan kasihNya. Allahu Akram!


saya berdoa semoga saya dan anda sentiasa berada dalam linkungan kasih sayang Allah..


Di bawah langitmu Bersujud semua Memuji memuja asmamu Dan bertasbih semua Makhlukmu tunduk Mengharap cinta dan kasihmu


-anak.soleh-

Friday, August 13, 2010

Open your eyes..




"Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). (60)"








Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (61)








"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (62) "


*ketiga-tiga ayat itu tadi dipetik dari surah An-Naml.


Dan sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: Neraka Jahanam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. (Al-Isra'; 97)
...................
Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (Al-Rad; 3)
..
renung-renungkanlah. saya bagi kereta, anda yang pandu.. =)
.
-anak soleh-


Thursday, August 12, 2010

Here Is Your To Do List !!


1. Open your day with Quran and close your day also with Quran and Zikrullah.
2. Try to Pray Jemaah for all parayers.

3. Try the best to get a good and better relationship with Allah. Wasilah to have a
close relation with KHALID
4. Riadah must always in touch.

5. Relation with ikhwah?
6. Ikhtilat with akhawat?
7. Doa is your defense. Do not feel it as a burden.
8. Qiamulail? As a young, strong and healthy vicegerance of Allah you should consistence with it.!
9. Call your parents. Keep them in touch. They should always in your doa.
10. Siblings? How are they all? Have u contact them?
11. Dhuha prayer? How is it?
12. Qalbi, how are you my dear – The most important part in your body!
13. My Habibi is always HIM – And of course the highest among all!
14. Zikrullah always on your lips. Renew your iman with Lailahaillah..
15. Teachers – how are they? Make sure they get your doa!
16. La Takrabu ZINA!!!!!! Nikah is the best and only the one solution!
17. An-nazofat / cleanliness. Keep your body, room and cloth tidy.
18. Love the animals and plants. They also makhluk like you.
19. Ad-Deen is Nasihah. Seek knowledge and nasihah from the Alim.
20. I seek My Lord protection from Iblis. A’raf; 200. Beware of the nafsu and iblis. They are you enemy!!
21. Sleep and eat. Keep it in a small amount.
22. Istiqamah is the best among best.
23. Hadith don leave it behind. Keep it close to Quran. I left to you two things, ie Quran and Hadith. –hadith of Rasulullah SAW.
24. Tadarus Quran do not forget! How about your hafazan?
25. And lastly, close your day with Witir even only one rakaat. =)
-anak soleh-