Tuesday, August 17, 2010

Lets Price Yourself!!


Assalamualaikum WBT to all my sahabat. alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada saya untuk menukilkan artikel untuk saya kongsikan dengan sahabat2. tadi masa on the way to family law class, tiba-tiba datang idea dalam kamar otak saya.haha!! saya teringin nak berkongsi ilmu tentang INFAK. yes! memang dah lama saya buat research tentang infak. dan saya temui banyak sangat..sangat2 banyak ayat Al-Quran yang menceritakan tentang infak. dan yang saya perasan, Allah sentiasa mengaitkan infak ni dengan orang-orang yang bertakwa. Dr Baha (my criminal law lecturer) said,

...

"awak ni law student. awak mesti cakap dengan nas atau bukti. law student tak cakap kosong. ni nak jadi lawyer ye. bukan keje main-main".

...

apa significance saya quote kata-kata Dr Bha tadi? hehe. yela saya nk cakap yang saya ni tak cakap kosong. saya ada bukti! Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 2-3

...

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka"

...

ha..anda tengok. perhatikan ayat quran diatas, Allah cakap kitab Al-Quran ni petunjuk kepada orang-orang bertakwa. siapa orang bertakwa tu? iaitu antaranya, orang-orang yang membelanjakan (menginfakkan) sebahagian hartanya kepada orang lain. selain itu, dalam surah Al-Baqarah, Allah dah bagi perumpamaan tentang orang-orang yang suka berinfak ni. tengok ye dalam ayat 261:

...

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (261)"

...

wah..best nya!Allah sudi nak bagi kita gandaan sebanyak (1 x 7 x 100 = 700)! just imagine dude. banyak gila! memang rugi la siapa yang tak ambil peluang ni kan? memang Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim kan sahabat? Subhanallah..Maha Suci Allah.Allahu Akram!! mari sahabat2, kita sama-sama rebut peluang ini. Bola dah sampai kat kaki dah tu..tinggal anda nak sepak je . cepat! jangan biarkan syaitan merampas bola itu. jangan biarkan dia bawa bola tu jauh dari kita!

sahabat-sahabat semua mesti nak dekatkan diri kepada Allah. Kan? sebenarnya, Allah kurniakan macam-macam keistimewaan kepada orang yang berinfak ini. selain dapat gandaan pahala, Dia juga menjamin yang kita akan sentiasa dekat dengan Dia. macam dalam firman Allah dalam surah At-Tawbah ayat 99:

"Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

MasyaAllah..orang yang pemurah ini sebenarnya akan selalu berada dalam rahmat Allah.dan semestinya, bila diri kita dah sentiasa dalam rahmat Allah, pastilah kita sentiasa dekat dengan Allah. logik kan?

ok, sekarang saya nak apply satu test yang saya invent sendiri.hehe

ok, mari kita kira anggarkan harga barang-barang yang attach di badan anda. kita ambil lelaki dulu..bayangkan lelaki ni berpakaian kemas untuk ke kelas ye.

baju semestinya baju kemeja. jenama seed - RM 60

seluarnya yang slimfit jenama nicole - RM 80

jam tangan esprit - RM 300

cincin silver - RM 30

stokin jenama alain delon - RM 15

kasut jenama Larrie - RM 150

..

ok, so totalnya…(60 +80+300+30+15+150 = RM 635). wow!! just imagine. that guy pergi ke kelas dengan membawa "duit" rm 635? agak-agak haritu dia ada sedekah tak?haha..lets say la ada sedekah. agak-agak berapa RM? yang paling popular kat masjid ialah duit kertas berwarna biru..haha. pastinya RM 1!! agak-agak berapa nisbah ye.. 635:1..anda fikir2kan lah.

ni baru lelaki. belum girls lagi?haha..sudah pasti harganya jauh lebih mahal kan? belum kira dengan beg tangan, kasut, jam, minyak wangi..adoi.ntah mencecah berapa la kan..anda kira sendiri la. saya kurang arif dalam harga barang wanita ni.=)

.

ok la..kesimpulan yang saya boleh buat ialah, amalkan lah bersedekah. orang memberi ni akan untung. Allah sentiasa akan membatu dia. insyaallah.. jangan kedekut. hari ni maybe kita kaya, esok lusa siapa yang tahu?boleh jadi kekayaan yang ada pada kita sekarang adalah satu bentuk ujian dari ALLAh? siapa tahukan? jadi, selagi nyawa masih lagi diberi Allah tu, ringan-ringan kan lah tangan anda untuk menderma. insyaallah berkat harta anda semua..

cepat, saya dah paskan bola ke kaki anda. Cepat rembat bola tu ke gawang!!


..

-anak.soleh-

1 comment:

Anonymous said...

ini sy dpt dari seorang sahbat..
utk dikongsi bersama :)

Bismillahirrahmanirrahim......

" Dari Abu Hurairah. ra. ia berkata : Bahwa Rasulullah SAW bersabda :
" Tiap-tiap persendian manusia mempunyai kewajiban menunaikan sedekah pada setiap
hari mulai matahari terbit :

1). Mendamaikan antara dua orang ( yang sedang berselisih ) dengan secara adil
adalah sedekah :

2). Membantu orang dikendaraannya dengan menaikkan atau mengangkatkan
barangnya ke atasnya adalah sedekah ;

3). Berbicara dengan sopan adalah sedekah ;

4). Setiap langkah menuju ke tempat sholat adalah sedekah, dan

5). Menyingkirkan gangguan di jalan adalah sedekah.

( HR. Imam Bukhori )

Uraian :

Sedekah itu tidak hanya berupa harta kekayaan saja, akan tetapi yang dapat
dikategorikan sedekah itu banyak sekali sarananya seperti yang di maksud dalam
hadist tersebut, di antaranya :

1) Upaya untuk mendamaikan orang yang sedang bertengkar itu sudah termasuk sedekah ;

2) Meringankan beban yang diderita oleh orang yang berkendaraan karena barangnya jatuh,
tercecer atau menghantarkan;

3) Berkata yang baik , adalah sedekah

4) Melangkahkan kaki untuk menuju masjid ( sholat ) adalah sedekah

5) Menyingkirkan duri yang ada di tengah jalan adalah sedekah, termasuk juga
menyingkirkan segala halangan atau membahanyakan yang ada di tengah
jalan itu termasuk sedekah.


Wassalam .....

Sumber ; " Mutiara Hadist Shohih Bukhori ". Kary : Ust. Maftuh Ahnan.