Assalamualikum wahai sahabat sekalian..
today, i wish to share one dialog between SATAN and our creator, Allah - Rabbul Izzati.
i pick this conversation from Surah Al-Hijr, verse 32- 43. tapi saya nak buat dengan gaya santai. Insyaallah.
Allah : Wahai Iblis! Kenapa kamu tidak bersujud bersama Para Malaikat? (maksud Allah sujud kepada Nabi Adam)
Iblis : Aku tidak akan sekali-kali sujud kepada manusia yang Engkau ciptakan dari tanah liat yang kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk! (kita boleh simpulkan disini, si iblis ni tengah menghina kita dan dia ingat dia ciptaan yang hebat konon!)
Allah : Ok, Kalau macam tu, keluarlah engkau dari syurgaKu! kerana sesungguhnya engkau ciptaan yang terkutuk!! Dan kutukan Aku ini akan menimpamu sampai datang hari kiamat! (lihat, Allah sedang mengeji iblis. dan Allah melaknat si iblis ni selama-lamanya sampai hari kiamat)
Iblis : Owh..ok. Ya Tuhanku, kalau macam tu, berilah aku penangguhan waktu sampai hari manusia dibangkitkan. (iblis dengan tiada rasa malu masih lagi meminta penangguhan waktu dari Allah. Biadap!)
Allah : Ok, as u wish. kalau macam tu, aku beri kamu penangguhan. sesungguhnya engkau termasuk dalam golongan yang diberi penanguhan sampai hari kiamat.
Iblis : (Yes!) Tuhanku, oleh kerana Engkau telah melaknat aku dan memutuskan aku telah sesat, aku PASTI akan jadikan kejahatan itu terasa indah bagi mereka dibumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya!. Kecuali hamba-hambaMu yang Mukhlisin (ikhlas). sesungguhnya aku tidak boleh mengapa-apakan meraka kerana mereka ialah orang-orang yang terpilih oleh Mu. (semoga saya dan anda termasuk dalam golongan itu)
Allah : Ya, Exactly! Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. (Allah merujuk kepada hamba-hamba Mukhlisin tadi). Dan Allah menambah lagi, sesungguhnya iblis, engkau tidak boleh mengapa-apakan hamba-hamba Ku, kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang sesat. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam telah dijanjikan untuk pengikut setiamu!
end of the conversation.
Jadi anda perhatikanlah sendiri bagaimana biadap and rude nya si iblis ni terhadap Allah. Dia ingat, ciptaan dia dari api tu hebat sangat sampai keangkuhan dia tu la yang membuatkan dirinya rugi sebab kena halau dari syurga. dan itulah kali terakhir dia di syurga sebab lepas ni, tempatnya hanyalah di neraka! sebab tu lah dia tengah mengrekrut pengikut-pengikutnya untuk masuk sekali ke dalam neraka bersamanya. dan sekarang ni, dia tengah berusaha sedaya upaya untuk menghasut, menggoda, menipu, mengajak kita semua ini untuk jadi pengikutnya masuk ke dalam neraka bersama mereka. Nau'zubillah min Zalik.
Astarfirullah.. betapa selama ni, kita sering alpa dan pernah terikut dengan pujukan rayu si iblis. betul tak sahabat? dia goda kita jadi pemboros, sombong, takabbur, marah, dan macam-macam lagi lah. anda ingat tak? masa anda solat, anda asyik teringat macam-macam benda sampai solat anda pun tk kusyuk. tu sapa punya kerja tu? sudah semestinya kerja si iblis kan? tapi hakikatnya, walaupun ramai manusia tahu hakikat bahawa iblis tu musuh kita, tapi kenapa masih ramai yang mengikut mereka? yang menjadikan mereka sebagai kawan? mengikut telunjuk mereka? soalan-soalan ini saya lontarkan untuk kita sama-sama renungkan..
owh ya, bagaimana kita nak berlindung ye dari gangguan sayitan? jawapannya, ada didalam Al-Quran! Allah ada berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 200:
" dan jika Setan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (dengan mengucapkan A'uzubillahi minasy-syaitanir-rajim). sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui "
Subhanallah..Maha Suci Allah. Dia yang Maha menDengar doa hamba-hambanya. jadi sahabat, perbanyakkan lah berdoa kapada Allah! insyaallah Allah akan mengabulkannya. Ya Allah, lindungilah diriku, kaum kerabatku, guru-guruku serta sahabat-sahabatku dari tipu daya syaitan yang licik. sesungguhnya, syaitan adalah ciptaan Mu dan mereka berada dibawah penguasaanMu. Ameen Ya Rabbal-Alamin..
Subhanallah..Maha Suci Allah. Dia yang Maha menDengar doa hamba-hambanya. jadi sahabat, perbanyakkan lah berdoa kapada Allah! insyaallah Allah akan mengabulkannya. Ya Allah, lindungilah diriku, kaum kerabatku, guru-guruku serta sahabat-sahabatku dari tipu daya syaitan yang licik. sesungguhnya, syaitan adalah ciptaan Mu dan mereka berada dibawah penguasaanMu. Ameen Ya Rabbal-Alamin..
"dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang"
Al-Insan, 25
-anak.soleh-
Al-Insan, 25
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment