Friday, August 20, 2010
Saya nak jadi anak soleh. anda? =)
mama mama, besar-besar nanti kan adik boleh tidur dengan mama lagi ke? tanya si anak kepada ibunya.
eh mana boleh anakku. nanti adik dah besar adik kena tidur sendiri la dalam bilik adik. adik tak malu ke nanti dengan abang-abang?haa..
ala mama ni..adik suke tido dengan mama.adik suka dengar mama nasyid kat adik sebelum adik tido. adik rasa tenang je..adik suke dengar mama bace Lailahaillah.
hmm...kalu adik suke baguslah. nanti adik dah besar adik kene selalu bace macam tu sebelum tido. tau?
tau mama..
mama, nantikan, besar-besar nanti, adik nak selalu jaga mama.masak untuk mama.jage mama time mama sakit, bawak mama jalan-jalan..macam2 la.adik nak jadi macam ustaz adik cakap.
jadi apa anak ku? adik nak jadi anak soleh mama. ustaz cakapkan mama, anak soleh ni nanti masuk syurga. betul ke mama?
betul la tu ustaz adik cakap.nanti adik dapat banyak pahala dari Allah tau. hidup adik tenang.adik akan disayangi Allah.
eh betul ke mama?klau macam tu adik nak jadi anak soleh la mama.!adik sayaaang mama.
kalau adik nak jadi anak soleh, adik kenalah sayang Allah dulu. adik kena ikut semua suruhan Allah.adik kena solat, puasa, tolong mama kat umah, hormat orang tua, sayang papa.ha..baru lah adik boleh jadi anak soleh.faham sayang?
faham mama..besar-besar nantikan mama, adik nak selalu tolong orang.macam mama. mama selalu tolong orang susah.adik nak jadi macam mama.!!
ok2, dah sekarang adik tidur dulu ye sayang.nanti adik mengantuk di sekolah. anak soleh kena bangun awal.kena rajin belajar.dah cepat tidur sayang.
ok mama, tapi mama jangan lupa nasyid dulu tau.kalu tak adik takmau tido..
ok2..dah cepat pejam mata.mama nak nasyid ni..(sambil mengucup pipi anaknya..)
anak soleh..ha, ramai ni nak jadi anak soleh.tapi ramai ke yang mempraktikkan macam anak yang soleh patut praktikkan?haha..tepuk dada anda, tanya iman anda.
anda ada call parents anda tak?adakah ibu dan ayah anda ada selalu dalam doa anda?anda mempunyai azam untuk membela mereka ketika mereka tua nanti?anda sentiasa dengar cakap mereka?atau anda lebih suka dengar cakap rakan-rakan anda?adakah anda rasa malu ketika anda bersama ibu bapa anda ketika anda juga bersama rakan-rakan anda?adakah anda selalu fikir bahawa anda yang baru belajar sedikit ni lagi hebat dari ibu bapa anda?adakah anda fikir pendapat ibu bapa anda tu kolot?ketinggallan zaman?hmm..Nau’zubillah min zalik. Minta dijauh kan Allah dari fikiran-fikiran macam tu.
Saya nak jadi anak soleh. Dan saya yakin sahabat2 semua pun nak jadi anak soleh. Tapi adakah kita sentiasa melakukan apa yang kita patut lakukan? Duit ibu bapa kita yang dilaburkan oleh mereka untuk kita, adakah kita gunakkan untuk kebaikan?
Allah ada berfirman dalam surah Al-Ankabut, 8
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…”
Allah wajibkan kita berbuat baik kepada ibubapa kita. Berbuat baik ni amatlah luas maknanya. Pelihara mereka.jaga mereka ketika mereka sudah lanjut usia. Bercakap baik dengan meraka. Mendoakan mereka. Dan macam-macam lagi lah. Selain itu, Allah juga ada berfirman dalam surah Al-Isra’ 23-24:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Lihat. Allah dah jelaskan dah. Berbuat baiklah kepada ibubapa kita. insyaallah senang hidup anda. mase anda kecil memang anda akan selalu bersama mereka. mungkin anda tk boleh menilai kasih sayang mereka, nilai mereka. tetapi bile anda dah berada jauh dari mereka, hidup di asrama, baru anda akan sedar betapa anda merindui bebelan mereka, suara mereka, kasih sayang mereka.betul tak sahabat-sahabat?
lastly, untuk conclude penulisan saya kali ini, saya nak luahkan betapa saya sayang sangat mak dan ayah saya. i really mis them and i hope Allah will give me the opportunity to serve them. always...
saya nak jadi anak soleh. anda?...=)
anak.soleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya nak jadi juga. anak soleh, suami soleh :)))
Post a Comment