Thursday, November 18, 2010

Siapakah Orang Yang MUFLIS?

Assalamualaikum dan Salam Penghulu Hari, hari Jumaat!


Alhamdulillah tadi saya diberi kesempatan untuk menyertai solat jumaat di masjid manjung. Tajuk Khutbah tadi ialah 'kaya didunia tetapi muflis di akhirat'. So, i would like to share one hadith that read by the Imam just now.



Suatu hari, Nabi Muhammmad SAW bertanya kepada Sahabat-sahabatnya, "siapakah dia orang Muflis?" jawab sahabat-sabahatnya, "yang kami tahu, orang yang tiada harta ya Rasulullah". then Rasulullah SAW membalas, "mereka yang muflis ialah orang yang dihari akhirat nanti, mereka datang dengan membawa amalan Solat, Puasa, Zakat, Haji dan sebagainya tetapi mereka juga didunia telah

1) Memaki orang
2) Tuduh menuduh
3) Makan harta orang lain dengan zalim
4) Membunuh
5) Memukul orang sesuka hati

Dan, kemudian orang-orang yang dizalimi itu akan datang kepada mereka dan mengambil pahala-pahala mereka sebagai ganti, dan jika pahala mereka telah habis, orang-orang yang dizalimi ini akan memberi pula dosa-dosa mereka kepada orang yang muflis ini".

Astarfirullahal Azim! macam tu sekali kan.. Janganlah kita membuat zalim kepada sahabat-sahabat kita, even kepada orang yang tidak kita kenali. jika tidak, habislah kita diakhirat nanti. jika kita muflis didunia, still ada orang yang akan bersimpati menolong kita kan? ibubapa kita, sahabat-sahabat kita semua boleh bagi pertolongan seperti duit, tempat tinggal, makanan dsb. tapi bayangkan jika kita muflis diakhirat? masa itu, ibubapa kita sendiri pun tiada masa untuk menolong kita kerana semua orang akan sibuk dengan urusan masing-masing.

Saudaraku sekalian, selagi kita punyai masa ni, beringat-ingatlah. kadang-kadang ucapan kita ni tanpa kita sedari boleh melukakan saudara kita. kan? atau yang suka menyindir-nyindir orang lain di blog tu, hati-hatilah. kadang-kadang, apa yang kita tulis tu khabar angin je, nanti sia-sia kita dapat dosa menfitnah..

Setakat itulah perkongsian saya dipetang jumaat. saya sudahi dengan Puji-Pujian kepada Allah kerana memberi saya kesempatan untuk berada disolat jumaat tadi.=)


P/S- saya nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, buruk tingkah laku ini atau apa-apa saja yang telah melukakan siapa-siapa. Wassalam.


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal kebaikan untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, ynag disediakan bagi orang-orang yang bertakwa - Ali Imran; 133


-anak.soleh-

1 comment:

syifa' rahiman said...

oh. sy juge mintak maaf atas salah silap