Thursday, March 17, 2011

::Emas yang dibakar...::

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم

"......dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu Dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa Yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa Yang kamu simpan itu"
At-Taubah,34-35

Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi Malaysia! Waktu pagi merupakan nikmat yang sangat bernilai dari Allah. Waktu pagi sinonim juga dengan rasa Tenang, Sejuk, Udara Segar dan macam-macam lagi. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi nikmat waktu pagi yang segar dan tenang. Sunyi...

Sedekah. Kata Nabi, harta yang disedekahkan akan kekal, akan menemani tuannya dikubur nanti, akan menjadi penolong tuannya diakhirat nanti. Hebatnya Saidina Abu Bakar dalm berinfak- Sanggup memberi kesemua hartanya atas nama Allah dan ketika ditanya apa yang tinggal untuk keluargamu wahai abu bakar? Jawabnya mudah- 'Aku tinggalkan Allah dn Rasul untuk mereka' Hebatnya iman saidina Abu Bakar. Kata nabi jika diletakkan iman Abu Bakar diatas neraca bersama dengan iman kesemua orang mukmin, pasti iman Abu Bakar lebih berat. Masyaallah!

Hakikatnya, rezeki yang berbentuk duit dari Allah itu, bukan hak milik mutlak kita. Kata murabbi saya, duit yang kita dapat tu, ada haknya untuk orang lain juga. Mungkin kita akan argue,

"eh duit ni aku dapat sendiri, aku keje penat-penat so ni hasilnya dari titik peluh aku!"

"kau tu yang malas keje, malas nak cari duit, sekarang nak minta duit aku plak"

Tapi kan, tidakkah kita perasan bahawa dengan menggunakan nikmat Allahlah kita berjaya mencari duit atau rezeki. Kita perlu bergantung dengan nikmat Allah untuk mendapatkan duit itu. Contohnya, jika orang itu bekerja sebagai guru, dia menggunakan nikmat Mulutnya, kakinya dan tangannya. Seorang jurutera, dia menggunakan nikmat tangannya, nikmat matanya, nikmat akla fikiran dan macam-macam lagi. Jadi apakah salahnya jika kita boleh keluarkan sedikit dari duit itu untuk bersedekah? =)

Selalulah berkata kepada diri sendiri, "makin banyak aku keluar duit untk sedekah, makin banyak aku dapat balik". Selain itu, dengan bersedekah, ia menunjukkan bahawa kita bersyukur atas nikmat Allah. Jadi jika kita bersyukur dengan nikmat Allah, nescaya Allah akan menambahkannya lagi, Biiznillah!

Sekian dahulu untuk pagi ini. Moga Allah memberkati hari kita. Mulakan hari anda dengan sesatu yang baik, insyaallah ia akan berakhir dengan baik. =)


-anak.soleh-

1 comment:

Danial Izzat Zulbahari said...

dah lama x komen di blog ini :)