Tuesday, March 15, 2011

Mulianya mereka yang bernama ilmuan !! =)

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم


ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk
Al-Alaq; 1

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatu. Kaifa Halukum? Apa Khabar wahai saudara-saudaraku? Apa Khabar Imanmu? Moga dirimu serta imanmu sentiasa dalam keadaan sihat dan dinaungi oleh Rahmat Allah yang melangit luas.

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diberitakan dari Abu Darda' RA:

"Sesungguhnya para ulama' adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan DINAR dan DIRHAM. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(HR Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibn Hibban)

Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

"Kelebihan Ilmu itu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agamu kamu ialah warak"
(HR Al-Hakim)

Didalam Hadith yang lain, Rasulullah SAW juga pernah Bersabda:

"Kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihan aku dengan orang yang paling rendah darjatnya dikalangan kamu"
(HR Al-Tirmidzi)

Masyaallah.. Subhanallah. Hebatnya darjat mereka yang menimba ilmu! MAlah lebih hebat dari seorang ahli ibadat. Apa rasioanalnya darjat seorang berilmu lagi tinggi dari seorang ahli ibadat? Bukankah seorang ahli ibadat itu sepatutnya dekat dengan Tuhannya?

Begini, jika seorang insan itu sibuk memperbanyakkan ibadahnya, berzikir dalam masjid, solat sunat sepanjang malam, mengaji Al-Quran setiap waktu, dia hanya memberi kebaikan kepada dirinya. Manakala, seorang yang mempelajari Ilmu itu, dia akan bermanfaat kepada masyarakatnya. Contoh seorang yang mempelajari bidang kedoktoran, kerana ilmu yang ada padanya dia boleh berkhidmat kepada masyarakat lain dengan memberi ubat yang sesuai kepada pesakit itu.

Selain itu, mereka yang berilmu ini, hakikatnya mereka juga sedang beribadah. Umat Muhammad ini telah dianugerahkan dengan anugerah yang sangat bernilai. Setiap perkara yang dilakukannya dengan niat ikhlas akan mendapat pahala ibadah.

Dan paling penting, orang yang berilmu ini juga akan beribadat menggunakan ilmunya. Dia akan mengamalkan ilmunya. Bukankah ini tahap seorang hamba yang tinggi maqamnya? Dia mempelajari ilmu, memehaminya dan akhir sekali dia mengamalkannya! Pasti dia akan dirahmati Allah.

Tapi ada satu lagi keistimewaan orang yang berilmu ini. Iaitu bila dia mempelajari ilmu, mengamalkan ilmunya dan dia juga tidak terlupa untuk sebarkan ilmu itu. Tahukah anda semua betapa hebatnya orang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain. Seperti sabda Baginda Rasul Junjungan:

"Sesungguhnya Allah, Malaikat, Ahli (penduduk) langit dan bumi hinggakan semut didalam lubang dan ikan paus (meliputi seluruh haiwan didarat dan dilaut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajarkan perkara yang baik kepada manusia"
(HR Al-Tirmidzi)


Subhanallah. Maha Suci Allah. Maha Pemurah, Pemberi Nikmat kepada sekalian makhluk. Lihatlah betapa untungnya mereka yang menyampaikan ilmu. Bayangkan saja betapa hebatnya guru-guru di tadika, di sekolah serta pensyarah diuniversiti yang sememangnya berada diatas jalan mereka yang menyampaikan ilmu pengetahuan. Pasti darjat mereka lebih tinggi dari kita. Setiap masa mereka didoakan oleh Allah, para Malaikat(yang sememangnya tidak terkita banyak jumlah malaikat) serta penduduk langit dan bumi. Tidak ketinggalan juga haiwan-haiwan yang berada diatas tanah dan didalam laut. Mulianya jasadmu wahai guru-guru sekalian.

Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita meperbanyakkan ilmu kita. Banyak buku-buku yang dijual di toko-toko buku. Jangan kedekut dengan ilmu kerana ilmu itu tidak ternilai harganya. Marilah kita mengambil iktibar dari mereka-mereka yang sentiasa memuliakan ilmu seperti Imam Syafii, Imam Ghazali, Prof Naqib Al-Attas, Syed Qutb, Imam Hassan Al-Banna dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat.

Akhir sekali, saya mendoakan moga Allah sentiasa melindungi dn merahmati guru-guru tadika saya, cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Sri Manjung, di Sekolah Izzuddin Shah, serta pensyarah-pensyarah di UIAM. Ameen.=)

Sekian dahulu, moga ia bermanfaat kepada seluruh umat!


-anak.soleh-

No comments: