Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Adi bin Hatim r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap orang daripada kamu pasti akan diajak bicara dengan Tuhannya lansung tanpa ada perantaraan. Dia melihat ke sebelah kanannya dan di situ tidak ada sesuatu pun yang dilihatnya melainkan amalan yang telah dikerjakannya. Dia lalu melihat ke sebelah kiri dan di situ tidak ada sesuatu pun yang dilihatnya melainkan amalan yang telah dikerjakannya. DI lalu melihat kearah hadapan dan disitu tidak ada sesuatu pun yang dilihatnya kecuali neraka. Oleh itu jagalah diri kamu daripada seksa api neraka walaupun (bersedekah) setengah biji kurma"
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment