Thursday, March 24, 2011

Penyucian Jiwa..


Tazkiyatun Nafs.
Apa itu Tazkiyatun Nafs? Penyucian Jiwa.
Setiap yang bernama manusia pasti mempunyai jiwa.
Apakah itu jiwa? Jiwa adalah bahagian yang bukan jasmani dari seseorang. Biasanya jiwa dipercayai mencakupi pemikiran dan keperibadian dan sinonim juga dengan Roh. Badan manusia ini ada dua unsur, satu unsur jasmani dan satu lagi unsur rohani.

Jadi, secara ringkasnya, apa yang penulis nak bawakan disini ialah mengenai penyucian rohani kita. Ya, kita semua maklum jasmani kita sangat memerlukan makanan. Ayam, Ikan, Daging, Nasi, Roti dan macam-macam lagi jenis makanan untuk jasmani kita. Ini semua fungsinya untuk memberi kekuatan kepada jasmani kita untuk terus melangkah, bekerja, belajar dan beraktiviti.

Persoalanya apa pula makanan untuk Nafs/Jiwa/Rohani kita? Pernahkah kita terfikir sejenak mengenai nutrisi yang sihat untuk jiwa kita? Adakah 'mereka' mendapat diet yang sihat? 'ikan' apa yang kita sajikan? 'sayur' apa yang kita suapkan? Hakikatnya, jiwa kita ini sesuatu yang bersifat ghaib. Kita tak nampak tapi mereka ada. Wujud didalam diri kita. Mereka telah menduduki badan kita semenjak kita dialam rahim. Merekalah yang telah berjanji dihadapan Allah bahawa Allah itu Tuhan mereka dan mereka akan senantiasa mentaatiNya.

Jadi, bagaimana kita mahu tentukan jiwa kita sihat atau sakit? Semuanya terletak pada gaya hidup kita juga. Sama ada kita ni suka berzikir, bersedekah, berqiamulail, menolong orang susah, berbuat baik dengan makhluk Allah yang lain atau kita ni suka mendengar lagu tanpa ada batasan, menonton movie 24 jam, quran pun jarang-jarang kita sentuh, solat pun ala kadar dan macam-macam lagilah...

Seperti badan kita yang akan berdaki jika tak mandi atau tak dibersihkan, begitu juga jiwa kita. Ia akan kotor dan berdaki jika kita jarang mensucikannya. Bagaimana nak sucikan? Mandi dengan sabun detol? bukan2. Cukuplah jika kita mampu beribadah dengan amaun yang sikit tapi istikamah. Setiap hari pastikan baca quran, setiap hari pastikan sedekah walau sedikit, setiap hari pastikan solat jemaah sekurang-kurangnya 3 waktu dan macam-macam lagi. Islam itu mudah, tidak membebankan pengikutnya. Kita hanya cuma perlu 'Balance' kan jadual hidup kita. Tidak terlalu memberatkan dunia mahupun akhirat. jiwa kita perlukan 2 2 unsur ini. Dunia dan Akhirat. Equal does not mean 50-50. It can be also 60-40. Mungkin kita perlu tekankan persiapan akhirat kita lebih sedikit dari aktiviti kedunian. kerna hakikatnya, kehidupan akhirat itu kekal dan indah.

So, kesimpulannya, marilah kita sentiasa membersihkan jiwa kita. Fikirkan apakah kita telah mencapai objektif kehidupan kita atau kita masih lagi tercari-cari identiti hidup kita? Jika rohaniah kita sentiasa terjaga, insyaallah tingkah laku kita juga akan terjaga. Ia akan bergerak selari. Sentiasalah kita bermuhasabah diri kita. Sama ada tingkah laku kita ini terlalu Over atau moderate. Tanyakan kepada diri anda, "sudahkah aku bertaubat?" jika jwapannya ya, Alhamdulillah. Jika belum? Hmm.. Pesan saya, jangan terlalu mengimpikan kehidupan dunia yang indah-indah belaka, kerna ujian Allah datang tanpa diduga. Jika kita alpa, kelak terjatuh lah kita. Andai nyawa kita ditarik ketika kita terlalai? Malangnya...


Sekian dulu, Semoga bermanfaat! Dan salam hari Jumaat! Hari yang barakah. =)


iklan : Dan maafkan kesalahan saya kepada mereka yang marahkan saya.=)


-anak.soleh-

1 comment:

Beejan said...

Citerla pasal squash pulak..=P.