يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ وَمَن يَتَّبِعۡ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَإِنَّهُ ۥ يَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۚ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُ ۥ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنۡ أَحَدٍ أَبَدً۬ا وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يُزَكِّى مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah!) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
An-Nur ; 21
An-Nur ; 21
Just a short note for tonight. Hayatilah ayat quran ini. Realitinya apa yang difirmankan Allah itu benar. Syaitan sememangnya tidak pernah lelah menghasut insan- Kita, hamba Allah ini. Jalan yang mereka tunjukkan sentiasa kearah jalan yang hina dan keji. Berhati-hatilah, Jika kita tidak berusaha mensucikan hati kita, tidak berusaha meningkatkan iman kita, memang mudahlah untuk kita mengikuti jejak langkah mereka si iblis itu.
Ketahuilah bahawa rahmat Allah itu luas. maha Luas! Selari juga dengan nama Allah- Al Wasi' yang bermaksud Maha Luas. Luas dari segala sudut. RahmatNya, Kasih sayangNya, CintaNya, RezekiNya, KeampunanNya, dan macam-macam lagi.
Marilah kita mencari rahmat Allah. Ketahuilah, manusia tidak masuk syurga kerana amalnya, akan tetapi mereka masuk syurga kerana rahmat Allah keatas mereka. Tetapi salah satu cara untuk mendapat Rahmat Allah, kita mesti beramal dan beribadat! =)
Sekian dahulu, moga bermanfaat. GoodNight! Allah yubarik Alaih.
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment