Tuesday, March 08, 2011

Kematian.. Usah kita alpa akannya!


Pagi tadi sekitar jam 11 pagi, saya memasuki masjid UIA. Terdengar imam mengangkat takbir. Terdetik dihati saya, "aik, ada solat jenazah ke?". Rupanya betul. Seorang saudari telah pergi menemui Ilahi. Kelihatan beberapa orang makcik sedang membaca Yasiin. Ada juga yang menyabarkan ahli keluarga Simati. Alhamdulillah saya sempat mengangkat takbir bersama imam. Setelah membaca surah Al-Ikhlas dan zikir-zikir pendek, Imam mengangkat tangan berdoa untuk kesejahteraan simati sambil diameenkan para jemaah. Sayu sungguh suasana ketika itu.

Innalillahi Wa innalillahi Rajiun. Sesungguhnya, dari Allah kita datang, kepada Allah jua lah kita kembali. Kembali kepada asal usul kita. Saya tanya kepada diri sendiri, kalaulah diri ini yang berada dalam keranda tu, apakah perasaan saya ketika itu? Dalam keadaan gembirakah untuk berjumpa ilahi? Atau dalam keadaan takut kerana memikirkan dosa-dosa yang tidak sempat "dipadamkan" gara-gara melengahkan Taubat kepadaNya. Astargfirullah. Takutnya kalau kita mati ketika diri ini penuh dengan noda dan dosa. Bukan saja kepada Allah, kepada teman-teman juga. Andai diri ini mati dalam SU'UL KHATIMAH, alangkah ruginya umur 21 tahun yang Allah bagi ini. Allah bagi nikmat umur itu dengan amanah yang kita kena pikul. Amanah untuk menyembah hanya kepada Allah Rabbul Insan. Jika kita mengkhianati amanah itu, alangkah sensaranya kita nanti!

Nau'zubillah min Zalik.

Rabbana Taqobbal Minna Du'a ana Innaka Antassami'ul'alim
Watub 'Alaina Ya Maulana Innaka Antatauwaburrahim


Sabda Nabi, Mati itu pemusnah kelazatan. Sabdanya juga, orang yang paaaaaling bijak itu ialah orang yang senantiasa mengingat mati. Jadi, ayuh teman-temanku, marilah kita sentiasa mengingati mati. Jangan lupa juga, bukan sekadar mengingati, kena juga beramal untuknya! Insyaallah kita akan berjaya diakhirat nanti..

Syukran Ya Allah memberi kesempatan kepada ku untuk berada dimasjid tadi. Aku mendapat pengajaran langsung dariMU. Alhamdulillah.


-anak.soleh-

No comments: