Wednesday, May 25, 2011

Langkah Pertama! =)


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Sedang berjalan pulang dari joging petang tadi, minda melayang mencari-cari kata-kata hikmah yang beremosikan nada semangat & motivasi. Lama terfikir..sambil kaki terus melangkah melaju kehadapan mengejar waktu senja yang makin datang melabuhkan tirai malam.

"In every success, there will be a first step that we have to take. If we feel afraid from taking the risk to start it, we will always be at the back without knowing what unexpected things become expected in front of us"
Ayat tu bukan versi asal. telah diolah semasa saya menulisnya kembali dalam entry ni. But, it make sense kan? Setiap kejayaan yang kita capai, pasti kita telah pun mengorak langkah pertama untuk mencapai kejayaan itu. Contohnya, kita ada niat nak dapatkan lesen kereta. Tapi untuk dapatkan lesen, kita kena berani pegang stering kereta, kena berani bawa kereta. Kalau kita takut nak pegang stering tu sampai bila-bila, alamatnya kita tak akan dapat belajar bawa kereta. kan?


Contoh lain, kita ingin kuruskan badan. Tetapi untuk mencapai misi kuruskan badan tu, kita kena melalui macam-macam ujian. contohnya kena kurang makan. kalau sebelum ni makan nasi tu macam segunung banyaknya, sekarang kena makan tak sampai setengah tapak tangan pun. kalau dulu petang-petang boleh tidur atau melayan movie, tapi sekarang tak dah. kena rajin bersenam. pergi gym, joging, swimming, skuashing or etc. So kalau kita malas nak buat semua itu, or in other words kalau kita tak berani ambil first step untuk berubah gaya hidup kita itu, pasti kita tidak akan berjaya mencapai misi untuk kuruskan badan tu..


So dengan contoh-contoh diatas, make sense lah kata-kata tu kan? jadi apa perubahan yang anda ingin lakukan dlm hidup anda? nak jadi rajin berdakwah? nak mencapai kejayaan dalam pelajaran? nak naik pangkat? nak jadi terkenal?nak kaya? atau apa saja impian anda, disetiap keinginan itu kita kena(WAJIB) ambil first step! kalau kita tak berani, alamat kita jadi ibarat tunggu bulan jatuh keriba lah..Percuma saja impian yang sebegitu.

Pernah dengar kan "Man Jadda, Wa Jada" - Siapa yang berusaha dia berjaya! Nabi Junjungan kita pun pernah bersabda:

"Muslim yang kuat itu lebih naik dari muslim yang lemah"

Kuat dari segi apa? tak kisah lah, kuat dari segi fizikal ke, mental ke, iman ke atau apa saja, yang penting kuat itu lebuh baik dari lemah! Allah pun bersifat dengan Al-Qawiyun. Yang Maha KUAT!!

Jadi apa kena mengena kuat dengan langkah pertama? haha. yelah untuk berani mengambil langkah pertama itu, kita kena kuatkan diri kita. Dari segi mental dan fizikal. untuk jadi pandai, kena kuat semangat belajar! nak jadi kaya, kena kuat bekerja! nak jadi orang soleh, kena kuat beribadah! nak jadi berilmu, kena kuat membaca!

So kesimpulannya, BERANIkan dirimu wahai teman untuk mengambil langkah pertama.Dimana saja anda berada, jangan lemah! Baby yang merangkak tu, kalau tak berani untuk belajar berjalan, tak kan dapat berjalan sampai bila2! =)

Sekian dahulu. Wassalam!


-anak.soleh-

2 comments:

Q'Lyana said...

Assalamualaikum

Benar apa yang di fikirkan, dirasakan dan dikatakan oleh Hakim. Untuk melakukan sesuatu pasti perlu berhadapan dengan pelbagai cara dan kaedah. Seperti apa yang dijelaskan. Jadi dalam kita melangkah perlukan kesabaran yang nyata untuk kita mencapai apa yang dikehendaki. Kadangkala kesabaran itu langsung diketepikan walhal segalanya perlu ditetapkan dalam diri. Kadang-kala ketakutan sering menguasai diri kerana tidak yakin akan kemampuan yang dirasai jadi LANGKAH PERTAMA sebaik langkah biar jatuh terduduk, biar tersungkur ke bumi tetapi melangkahlah dengan kekuatan di hati. InsyaAllah pasti diredhai.

*Teruskan usaha dalam memperjuangkan ilmu mu ya Dik.

Azreen Rahman said...

rmai yg berani untk belajar bjalan, tp takut nk bgun dan smpai ke penghujung bila jatuh di tengah2. :)