Sunday, August 29, 2010

Bismillah pasti berkat!!






Bismillah mula-mula Bismillah yang mengawali
Bismillah akan membuatmu bahagia
Dengan Bismillah hatikan terjaga
Lalu keberkahan menaungi kita
Bismillah dan melangkah
Bismillah lalu bekerja

Bismillah di dalam hatiku tenang

Karena semua adalah milikNya
Bahkan nafas adalah kemurahanNya



Bismillah, dengan nama Allah saya mulakan penulisan ini. semoga terdapat keberkatan dalam penulisan kali ini. Sekali lagi, saya quote lagu nyanyian opick yang bertajuk 'bismillah'. hmm..saya selalu terkesan dengan lirik-lirik lagu opick. bait liriknya sentiasa membuatkan saya teringat kepada fitrah kehidupan saya, penciptaan makhluk oleh Allah, ujian-ujian Allah, petanda kekuasan Allah dan macam-macam lagi. kali ini, saya nak bawa salah satu mesej yang disampai oleh opick iaitu "Bismillah".

sahabat sekalian,sepatutnya apa-apa kerja yang kita lakukan, mestilah dimulakan dengan membaca bismillah. ini merupakan sunnah rasulullah SAW. insyaallah ada keberkatan di sebalik kerja yang kita lakukan kerana membaca bismillah. saya teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustazah saya di sekolah agama rakyat dulu, ustazah rohana (sudah kembali bertemu Penciptanya dan semoga rohnya dirahmati Allah).

kisahnya mengenai 2 orang wanita. seorang ni Mis A suka baca bismillah setiap kali dia hendak melakukan sesuatu. yang seorang lagi Mis B, vice versa. dia tak suka membaca bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu. So, Mis B ni selalu tension tengok Si Mis A baca bismillah. dia pelik 'kenapalah jiran aku ini asyik baca bismillah. pelik betul aku!'. Dah la si Mis B ni tak suka baca bismillah, pastu orang lain baca pun dia tension. sangat tak patut!
Nak dijadikan cerita, suatu hari dia nak kenakan Mis A. dia tangkap ular and masukkan kedalam bekas beras yang Mis A simpan beras yang dibelinya. semasa Mis A nak ambil beras untuk masak nasi hari tu, dia pun seperti biasa, baca bismillah sebelum memasukkan tangan untuk ambil beras dalam bekas tadi. Mis B pula, asyik tengok je dari jauh. tak sabar menunggu Mis A kena patuk ular! bila Mis A masukkan tangan....tup tup, tak kena patuk ular pun. so, Mis B hairanlah. dia pun menuju kearah Mis A, and masukkan tangan dia pula dalam bekas tu. bila dia masukkan tangan dia. PAP! tangan dia dipatuk ular. menjerit dia kesakitan. Mis A yang panik terus panggil ambulance and nasib Mis B sangat lah baik, dia selamat and after that, dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Mis A pun senyum and cakap, "inilah keberkatan membaca Bismillah. Insyaallah Allah akan sentiasa melindungi kita". Mis B pun insaf and mulai hari tu, dia sentiasa membaca Bismillah sebelum memulakan sesuatu kerja. Allhamdulillah, Khalas!itulah kisahnya. walaupun berbaur cerita kanak-kanak, tapi saya rasa amatlah meaningful. kan? so, moral of the story, sentiasalah mengamalkan mambaca Bismillah walau apa kerja pun yang anda lakukan. insyaallah, disana pasti ada keberkatan yang dijanjikan Allah. =)


Salam 10 ramadhan yang terakhir! =)



-anak.soleh-

2 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

insyaAllah. syukran atas peringatan ya akhi! :)

ramizah said...

dgn bismillah nescaya pekerjaan mu tidak akan sia2..