أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم
Dan Dia lah (Allah) Yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita Yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan Dia ke negeri Yang mati (ke daerah Yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan Dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan Dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang Yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)
Al-A'raf : 57
Al-A'raf : 57
Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
Al-Hijr : 22
Al-Hijr : 22
Dengan Bismillah ku bermula. Alhamdulillah Segala Puji bagi Allah yang menurunkan hujan - sebagai bukti akan keesaanNya yang melangit hebatnya! Allah itu Al-Basit yang bermaksud Yang Maha Melimpah Nikmat dan juga Al-Nafi' yang bermaksud Yang Memberi Manfaat. Sesungguhnya nikmat air hujan itu sangat besar manfaatnya.
Dengan turunnya hujan, bumi malaysia menjadi subur. Pokok-pokok tumbuh subur menghijau. Ternakan-ternakan mendapat minuman, bahkan kita juga- Sang Manusia turut bergantung dengan hujan. Air sungai maupun air laut, dari mana datangnya? Pastilah dari air hujan. Hujan turun kebumi, air mengalir ke sungai serta laut dan manusia menjadikannya sebagai sumber minuman. selain itu manusia menggunakan air untuk masak dan medium membersihkan diri. Betapa nikmat air hujan itu sangat bermakna dalam hidup kita.
Air juga bersifat tenang dan suci. Bila hujan turun renyai-renyai, hati ini akan merasa tenang, damai dan senang. Begitulah firman Allah- Dia mendatangkan hujan sebagai berita gembira kepada semua makhluk. Namun jika betul ia berita gembira, kenapa hujan juga boleh mendatangkan musibah? Kenapa ada bencana Banjir?
Bagi penlis, ada 2 kemungkinan. Satu sebagai satu teguran Allah untuk hamba-hambaNya yang bergelumang dengan dosa. Satu lagi kerana salah manusia itu sendiri. Kalau lihat budaya masyarakat di Malaysia, mereka menjadikan longkang itu sebagai tempat buang sampah. Betul kan? Jadi jika hujan lebat turun, air tersekat dalam longkang. Sampah-sampah menghalang pengaliran air. Jadi kerana masalah ini, air pun melimpah keluar. terjadilah bencana banjir.. Allahurabbi.
Jadi jangan sangka air hujan yang tenang tidak mampu membawa bencana kepada kita. Kerana sikap kita, musnah ekosistem alam yang direka khas oleh Allah SWT. Marilah kita bermuhasabah. Moga kita dapat membantu memulihkan kembali persekitaran alam yang kian tercemar. Ingat, alam ini amanah Allah buat insan yang bergelar Khalifah. Semoga ada manfaat dari penulisan ini! =)
p/s- hakim halim said Go Green!! =)
-anak.soleh-
1 comment:
saya suka ini!
:)
Post a Comment