Sunday, March 20, 2011

Keluargaku Sayang.. =)


Mereka ialah hidupku



Disaat orang lain menjauhi dirimu,
Disaat kau rasakan teman-temanmu menjauhimu,
Disaat kau rasakan orang yang rapat denganmu mengecewakanmu,
Ketahuilah bahawa kau masih ada mereka..
Mereka yang bernama 'Famili'
Yang akan sentiasa bersamamu dikala kau sepi, sedih, gembira atau apa jua keadaanmu,
Ketahuilah, air yang dicincang tak akan putus. Walau mereka jauh dimatamu,
Hakikatnya mereka tetap dekat dihatimu, berkongsi gelak tawa dan tangis duka.
Renungilah kembali, kenangan kau bersama mereka, makan bersama, gelak bersama, bergurau senda,..ahh betapa kenangan itu sangat bermakna. Sangat bernilai harganya.
Jadi, yakinlah, ketika dunia melihat kau jatuh dan mereka bersorak, ada lagi keluargamu yang tetap akan menahanmu dari jatuh, bahkan merekalah yang akan berusaha menaikkan kau kembali.

Sesungguhnya, anugerah keluarga itu satu nikmat yang sangat bernilai, priceless, tiada nilai taranya. Jadi sementara Allah masih lagi memberi kau peluang bersama mereka, nikmatilah ia dengan sebaiknya. Jangan bila kau sudah tiada mereka digengamanmu, baru kau sedar akan betapa ruginya dirimu itu... =)


Sekadar Renungan untuk Semua! =)




-anak.soleh-