Wednesday, June 29, 2011

Hijaz - Belaian Ibu..=)

Assalamualaikum WBT.

Saya ingin berkongsi satu link lagu mengenai IBU. Semoge dengan lagu ini, memberi kita semangat untuk berbakti pada IBU dan AYAH kita..=)



-anak.soleh-

Monday, June 27, 2011

Link - Pinanglah Daku Kerana Dakwah =)

Assalmualiakum. Saya ingin berkongsi satu link yang memang best. Silalah freekan masa anda untuk membaca.=)



Sekian, Moga Bermanfaat! =)


-anak.soleh-

Sunday, June 26, 2011

Allah itu sebaik-baik cikgu! Alhamdulillah...=)


Alhamdulillah!

Itu perkataan pertama saya gunakan untuk memulakan entry kali ini. Saya tinggikan kesyukuran kepada Allah, Tuhan yang menguasai hati2 manusia. Masyaallah, Subhanallah, jika kerana bukan Rahmat Allah, diri ini tidak akan sesekali dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah Ya Allah, Tuhan yang Sangat Prihatin akan nasib Hamba-Hamba-Nya.

24 Jun lepas, Hari Jumaat saya mula bekerja di Pesta Buku Selangor. ALhamdulillah, kini sudah 3 hari saya bekerja disana. Selama 3 hari ini, banyak sangat pelajaran2 baru yang diajar Allah SWT- Tuhan Maha Mengetahui. Antara pelajaran yang terkesan dihati ialah, mengetahui ERTI syukur itu. Allah Maha Hebat, Dia tidak perlu bersusah payah mengajar manusia sesuatu ilmu itu. Jika seorang cikgu disekolah, perlukan gambarrajah, suara, papan hitam, pen, marker, audio visual tetapi tidak bagi Allah. Allah hanya mendatangkan peristiwa2 kedalam dunia hamba-Nya dan dengan cara itu, DIa sudah mengajar hamba-Nya suatu ilmu.

Selama saya di Pesta Buku Selangor, Allah telah mendatangkan pelbagai peristiwa yang sesungguhnya mengajar saya untuk kenali diri ini, dan menyedari betapa Allah itu Banyak memberi saya Nikmat sepanjang 21 tahun saya hidup ini.

Hari pertama di Pesta Buku, Allah temukan saya dengan makcik tua yang sedang meminta sedekah. Terasa diri ini begitu beruntung kerana mempunyai kelengkapan serba cukup. Baju, kasut, Duit, Makanan dan macam2 nikmat yang tidak terkira banyaknya. Lantas, hati ini bertanya, kenapa saya masih perlu merungut sedangkan disatu tempat yang lain, ada orang yang nasibnya lebih teruk dari saya. Syukur sangat, walaupun duit kita tidaklah banyak sperti orang2 berada, tetapi masih lagi selesa dengan makanan yang banyak, pakaian yang selesa dan bersih, tempat tinggal yang baik dan selesa, Ya Allah, Syukurnya aku!

Hari kedua, terjumpa pula orang buta dan orang lumpuh. Orang buta itu turut bekerja dipesta buku. mereka(ramai) menyediakan servis mengurut kaki. Walaupun nikmat melihat mereka sudah tiada, mereka masih gigih mencari rezeki! HEbatkan? Kemudian datang pula seorang lelaki muda menaiki kerusi roda membeli buku dibooth saya. Subhanallah, kuatnya semangat pemuda ini mencari ilmu. tiada pun sesiapa yang meneman dia membeli buku, dia sendiri yang menolak kerusinya, membeli sendiri dan menguruskan segala halnya sendirian. Saya melihat kaki saya, masih lagi kuat, boleh berjalan, boleh berlari tetapi orang tu? SUdah pun hilang nikmat kakinya. Ya ALlah, Syukurnya aku atas limpahan nikmat-Mu ini..

Hari ketiga, iaitu hari ini, datang seorang brother bersama anak dan isterinya. Dia sedang membelek-belek buku, lantas saya cuba mempromote buku2 yang ada, kemudian, dia menujukkan jarinya kearah telinganya dan mengoyang-goyangkan tangannya cuba untuk mengatakan bahawa dia pekak dan bisu. Dia cuma mahu melihat2 buku. Ya Allah, sedihnya saya rasa disaat itu. Betapa diri ini terasa diberi nikmat yang tidak terbayar harganya. Rupa2nya, dia dan isterinya, dua2 pekak dan bisu. mereka saling berbalas isyarat tangan sesama mereka. sayu rasa diri ini.. Sekali lagi Allah cuba mengajar saya dengan mendatangkan peristiwa2 kedalam hidup saya. Alhamdulillah ya Allah..

Bagi saya cara untuk kita belajar untuk bersyukur ialah, cuba kita pergi ketempat yang penuh dengan orang dan lihatlah, (Fanzuru) lihat bagaimana gelagat mereka, nasib mereka, ada yang miskin, ada yang sindrom down, ada yang buta, pekak, bisu, kerdil dan macam2 lagi. ketika itu baru kita tahu betapa untungnya diri kita ini. masih lagi dianugerahkan bermacam-macam nikmat dari Allah SWT...

Jadi Bersyukurlah wahai sahabat2ku, kerana dengan bersyukur, hatimu akan menjadi tenang. Syukur itu buka saja dengan mulut anda mengatakan syukur, perlakuan juga perlu. Contohnya dengan mengeluarkan sedikit duit yang kita dapat untuk bersedekah, gunakan tenaga yang kita ada untuk membantu orang yang susah, beribadah kepada Allah dan bermacam-macam cara lagi.

Moga entry yang bersifat kisah hidup pribadi ini dapat memberi manfaat kepada semua sahabat sekalian, insyallah..=)

sekian dahulu, wassalam. " entah esok apa pula pelajaran baru dari Allah..=) "


-anak.soleh-

Friday, June 24, 2011

Wahai jiwa2 yang Tenang, Masuklah ke Syurga-Ku..=)




"Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. Kembalilah
kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!. Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbah
agia. Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu!"


Bismillah, Dengan Nama-Mu Ya Allah, Tuhan yang Berkuasa Memberi Kurnian-Nya yang Maha Luas. Alhamdulillah, syukur diatas nikmat pemberian dari-Mu ya Rabbi. Rezeki yang enak, Badan yang sihat, Sahabat2 yang Supportive serta Pelbagai lagi nikmat yang tidak dapat Hamba ukirkan di sini kerana ianya sangatlah banyak. Alahmdulillah, Puji-Pujian Hanya ku tujukan kepada-Mu Allah =)Semasa solat Jumaat tadi, Imam membacakan surah Al-Fajr. Saya tertarik untuk menulis mengenai ayat 27-30 dari surah tersebut. Bukanlah saya ingin menfsirkan ayat itu, jauh sekali kerana hamba hina ini tak mampu untuk menafsirkanya kalam2 Allah yang sangat indah dan benar.

Dalam ayat 27 Allah berfirman, wahai orang2 yang mempunyai jiwa yang tenang! Siapakah mereka2 yang berjiwa tenang itu? Pastilah mereka2 yang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Apa yang dimaksudkan dengan tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya? Itulah mereka yang tetap beriman kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dan nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT. Sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang tetap patuh kepada suruhan Allah, pasti Allah akan kurniakan dia dengan ketenangan hati. Kan Allah kata dalam surah Ar-Rad, ayat 21:


"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”

Lihat, Allah berfirman mereka yang sentiasa mengingati Allah, pasti tenang hatinya. Mengingati Allah ini banyak caranya seperti, solat sunat, baca Al-Quran, Berzikir, Mentadabbur Alam dan macam2 lagi. Bila hati insan itu sentiasa merendah diri dihadapan Allah, sentiasa mengingat untuk menyebut nama-Nya disaat ingin melakukan sesuatu pekerjaan, pasti Allah dekat dengan-Nya. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 186:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengen
ai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”

Lihat! Allah berfirman, Dia sentiasa hampir dengan kita, tetapi hendaklah kita sentiasa menyahut seruan-Nya iaitu dengan melakukan segala arahan dan meninggalkan larangan-Nya. So, bila kita berada diatas jalan yang benar(iaitu dengan mematuhi arahan2 Allah dengan taat dan patuh), insyaallah hati kita akan terpilih oleh Allah untuk menjadi hati2 yang tenang. Subhanallah.


Cuba lihat ayat 28 dar surah Al-Fajr, Allah berfirman, kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan keadaan kau merasa puas. Puas macam mana tu? iaitu puas dengan segala nikmat yang Allah berikan. Bagaimana kita nak merasa puas dengan nikmat2 yang Allah berikan? Kan nafsu kita ni tiada batasan. Segala macam benda kita nak? Itulah wujudnya suruhan Allah kepada kita supaya menjadi hamba yang bersyukur! Kan Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras"

Lihat, jika rezeki yang kita dapat itu sedikit, tetapi kita tetap bersyukur atas kurniaan itu, insyaallah, Dia akan menambahkan lagi nikmat kita itu. Sebab itu Allah berfirman, kembalilah engkau kepada tuhan-Mu dengan merasa puas! Puas dengan nikmat2 yang Allah kurniakan kepada kita. Alhamdulillah! =)


Allah juga berfirman, menyuruh kita masuk kedalam golongan Hamba-hamba-Nya yang berbahagia. Siapa hamba-hamba Allah yang bahagia? Mereka yang bahagia itu mestilah orang yang sentiasa melaksanakan suruhan Allah, meninggalkan larangan-Nya. Bila tiba waktu solat, dia solat berjemaah, Auratnya juga ditutup rapi bagi menjaga maruahnya, akhlaknya terpuji, tidak menzalimi sahabat2 nya bahkan sentiasa mempermudahkan urusan saudaranya. Pastilah begini caranya mereka2 yang Allah maksudkan golongn bahagia!..=)

Dan ayat yang paling menyentuh hati saya bila Allah berfirman, ‘Masuklah ke Dalam SyurgaKu!’. Allahuakbar. Bergetar hati ini, soalan yang terpancul keluar, adakah aku akan termasuk dalam golongan mereka yang DIJEMPUT Allah untuk masuk ke syurga-Nya? Satu pengiktirafan yang sangat MULIA. Iaitu pengiktarafan untuk menjadi TETAMU yang DIJEMPUT Allah untuk masuk ke Syurga-Nya yang tidak terbayang oleh mata kita bagaimana indahnya ia. Subhanallah, aku memohon Ya Allah, moga diriku, ibu bapaku, keluargaku, uru2ku, serta sahabat2ku tergolong didalam golongn mereka yang dijemput oleh-Mu untuk masuk kesyurga-Mu yang indah dan kekal…


Jadi sahabat2, Jom! Mari! Moh! pakat ramai2 kita cuba terapkan akhlak islamiah dalam kehidupan kita. Jom kita bersemangat melakukan kebaikan, tolong orang2 yang memerlukan, rendahkan diri kita, ringankan tangan kita untuk bersedekah dan cuba untuk merebut segala amal kebaikan yang mampu kita lakukan supaya diri kita ini akan terpilih untuk pulang kepada Allah dengan rasa PUAS atas nikmat2 Allah keats kita, dan juga terpilih untuk masuk dalam golongan2 mereka yang berbahagia serta akhirnya kita terpilih untuk menjadi tetamu kehormat Allah dijemput Allah untuk masuk ke syurga-Nya yang Sangat Indah dan BEST!!! =)


Sekian Dahulu, Moga bermanfaat kepada sahabat2 sekalian insyaallah..=)


-anak.soleh-

Wednesday, June 22, 2011

Businesman sama macam mereka yang Mati Syahid? =)




Assalamualikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah Allah masih lagi sudi membekalkan buah fikiran untuk menulis. Moga usaha dakwah yang kecil ini, dipermudahkan Allah. Syukur keHadrat Allah, masih lagi memberi kita rezeki yang baik, udara yang segar dan suasana yang selesa. Ketika ini, saya sedang berada didalam perpustakaan UIAM. Sangat selesa dengan hawa dingin yang menenangkan fikiran. Alhamdulillah =)

Saya nak menulis tentang Businessman. Kenapa dengan mereka? Mereka ada buat salah ke? Tahukah anda, suatu masa dahulu, Ahli Perniagaan pernah melakukan sesuatu yang mana kerana perlakuan mereka itu, kesannya masih lagi kita rasai sampai sekarang! Apakah itu? Iaitu usaha mereka menyebarkan Dakwah Islam. Bilakah itu? Saya pasti, semua orang yang pernah belajar Sejarah disekolah menengah sangat tahu, bilakah ia berlaku.

Iaitu dizaman Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu. Lama sangat! Waktu tu, pedagang2 arab giat melakukan aktiviti perniagaan mereka di Asia Tenggara disamping menyebarkan dakwah Islam di kawasan Asia Tenggara. Dan Melaka yang memang dikenali dengan Selat Melakanya, menjadi tumpuan para pedagang dari serata dunia termasuklah pedagang Arab.

So, bagaimana para pedagang arab ni menyebarkan dakwah islam? Salah satu cara mereka ialah mereka menunjukkan contoh teladan yang baik. Akhlak mereka sangat baik sehinggakan orang sekeliling berminat dengan cara mereka. Mereka tidak segan silu untuk menunaikan solat 5 waktu di tepi pantai. JAdi, bila masyarakat setempat menyaksikan perlakuan mereka ini, masyarakat di waktu itu tertarik dengan agama yang mereka anuti, iaitu ISLAM. Subhanallah, besarnya sumbangan businessman dari Arab ini. kerana usaha mereka itu, alhamdulillah, pengaruh Islam di Malaysia masih lagi ada dan semakin kuat.

Itulah jasa mereka yang bergelar peniaga atau businessman ni. inilah yang sepatutnya ada pada businesman zaman sekarang. yang sedihnya, ahli perniagaan zaman sekarang, ramai yang terlibat dengan Riba, Manipulasi, Penipuaan, Penindasan dan Ketamakan. Mereka tidak pun menunjukkan contoh akhlak yang baik seperti halnya para peniaga arab dizaman Melaka dahulu. Hari ini, kita lihat, ramai peniaga2 yang bergelar Muslim menjadikan minuman keras sebagai minuman kegemaran mereka, kelab malam sebagai rumah kedua mereka, mereka tidak menjadikan masjid2 sebagai tempat lepak mereka, mendengar kuliah2 agama dan solat berjemaah.

Contoh peniaga yang soleh zaman ini tak ramai. Antara yang ada ialah Syed Bukhari, peniaga Muslim yang berjaya, yang membangunkan Masjid, memberi bantuan kewangan kepada pelajr2 yang kurang berada dan memberi bantuan kepada orang susah. Peniaga beginilah yang sepatutnya dicontohi. Persis seperti Pedagang2 Arab di zaman Kesultanan Melaka dahulu.


Sabda nabi, 9/10 dari rezeki datang dari perniagaan. Memang kerja meniaga ini sangat mulia.Cuba lihat hadith nabi ini:

"Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati syahid)"
(Riwayat Al-Haakim & Ibn Majah dari Ibn Umar)

Mulianya mereka2 yang bergelar peniaga yang jujur!! Allah mengangkat darjat mereka seperti Para Shuhada'. Subhanallah, Maha Pemurah Allah itu.

Didunia mereka hidup gembira kerana hasil keuntungan mereka, diakhirat jua mereka hidup bahagia. Jika didunia, hasil keuntungan mereka yang banyak itu, mereka salurkan sedikit ke masjid2, rumah anak yatim, keluarga2 miskin dan juga disalurkan ke lembaga zakat. Pasti rezeki mereka diredhoi dan diberkati Allah. Hati mereka pasti tenang, dan rezeki mereka juga pasti bertambah sebab, jika banyak kita memberi, banyak jua kita dapat.

Sebab itulah, saya tertarik nak menulis entry ini. Kalau kita tengok balik, Para Peniaga ini banyak memberi keuntungan kepada Ummah. Dan oleh kerana jasa para Pedagang Arab yang menyebarkan ajaran Islam di Melaka, kita dapat lihat bagaimana Agama Islam itu berkembang di Malaysia. Terima Kasih wahai pedagang2 arab! Moga Allah sentiasa merahmati roh mu. JAdi, jom same2 kita doakan moga para pedagang yang hebat itu, ditempatkan dikalangan para shuhada', insyaallah.=)

Sekian dahulu, moga bermanfaat! Saya tujukan entry ini khas kepada sahabat2 yang berminat nak jdi businesman, moga anda semua menjadi peniaga yang jujur dan membantu Ummah. ameen.=)

-anak.soleh-

kalau ayang jadi mawar berduri, abang jadi apa?=)



abang, kalau ayang jadi bunga, abang nak jadi apa?
abang nak jadi pasu la..=)

kalau ayang bulan?
abang jadi bintang..=)

kalau ayang papaya?
abang jadi biji dalam papaya tu..=)

kalau ayang harimau?
abang sanggup jadi kambing, biar jadi makanan sayang..=)

kalau ayang jadi cincin?
abang nak jadi batu berlian kat cincin tu..=)

kalau ayang jadi laptop?
abang nak jadi charger ayang, sntiasa bg power.hehe..=)


Sayangnyeee abang kat ayang....=) =) =)
mestilah yang...huhu =P


amboi2 sweet sangat la tu ye..haha. itu perbualan antara suami isteri saja ye. for non-married person, don ever try that words! =)

ha, kalau wanita itu kita ibaratkan seperti mawar yang berduri? lelaki pula jadi apa ye? kawan baik saya cakap lelaki ibarat taman yang berpagar. hmm. make sense gak. sebab? Kan Allah berfirman dalam Al-Quran, surah An Nisa’, ayat 34:

"Lelaki adalah pemimpin (dan pelindung) bagi kaum wanita….."

So, kalau wanita itu ibarat bunga mawar yang berduri mewangi di taman bunga yang indah, lelaki mestilah mainkan peranannya menjaga bunga itu dari dirosakkan. so lelaki mestilah menjadi 'pagar' untuk taman itu supaya dia boleh 'memagari' kawasan taman itu dari anasir2 luar yang boleh merosakkan kecantikan 'mawar yang berduri' itu.

Allah juga ada berfirman dalam Al-Quran, surah At-Tahrim ayat 6:

"Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan"

Allah dalam ayat diatas memerintahkan supaya 'kamu' untuk memelihara keluarga 'kamu' dari api neraka. so the question is, siapa agak2 nya 'kamu' dalam ayat diatas? banyak pendapat, tetapi antaranya 'kamu' itu refer kepada ketua keluarga iaitu lelaki! seorang ayah dan juga seorang suami! jadi kedua-dua watak ini dipegang oleh siapa? Lelaki! jadi, secara logik akal, ayat diatas selari dengan kenyataan saya bahawa lelaki itu ibarat pagar yang memagari taman.

Kita lihat zaman kini, banyak sangat berlakunya baby-dumping. Kesian sangat tengok baby2 yang tak berdosa tu ditemui dalam lubang tandas, dalam bakul sampah, dalam bonet kereta dan mcm2 tmpat lagi. ini semua terjadi kerana lelaki gagal memainkan peranan mereka sebagai PELINDUNG kepada wanita. Konon2nya berCouple nak jage wanita itu dari diganggu lelaki lain, tak bagi girlfren die kuar ngn mana2 laki, tapi dengan dia yang masih takde ikatan halal boleh pula? nanti silap haribulan, nafsu dah takleh nak kawal terjadilah zina diantara mereka dan suddenly, lepas sebulan wanita tu tiba2 muntah2, tekak rasa loya sebab mengandung. lepas tu solution die mudah sangat! bunuh saja baby tu, habis masalah. Astargfirullah.

Mana pergi lelaki seperti Nabi Musa? Sangat bersifat "pagar ditaman" bila baginda menolong anak syuaib mengambil air diperigi. Baginda kesian melihat anak dara nabi syuaib berasak-asak dengan lelaki lain untuk mengambil air perigi. Lelaki macam ni lah kita perlukan! Melindungi wanita, bukan mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita tu.

Cuba lihat contoh lain pula. Baginda Rasulullah SAW. Baginda amat melindungi kaum wanita. siapa kebanyakkan isteri rasulullah? Bukannya anak dara, tetapi wanita yang kehilangan suami. Baginda mengahwini mereka demi membela nasib mereka.


abang, kalau ayang jadi mawar, abang jadi apa?
abang nak jadi pagarlah. pagar yang menjaga taman bunga tempat ayang ditanam..=)


So, beginilah sepatutnya seorang lelaki itu. melindugi wanita. Jika didalam train nampak ibu yang mengandung berdiri, persilakan dia duduk, tolong angkat barang dia. Jika nampak adik perempuan atau kakaknya ada melakukan kesalahan, tegur mereka, jika tudung mereka kurang sempurna, nasihati mereka bukan membiarkan. jadi, saya menyeru sahabat2 lelaki, marilah kita sama2 menjadi seperti Baginda Nabi Musa Alaihi Salam yang sangat melindungi wanita. Janganlah kita mengambil kesempatan diatas kelemahan mereka. Saya tak mengatakan wanita itu lemah. tidak. cuma saya maksudkan, wanita itu sifat fizikalnya sedikit lemah dari lelaki. So bertepatan dengan ayat Allah, lelaki itu pelindung wanita, seorang lelaki mestilah melindungi kaum wanita. Bukankah hawa dijadikan dari rusuk baginda Nabi Adam Alaihi salam? jadi, mereka2 yang bergelar wanita itu, seolah2 sebahagian dari rusuk kita. Wajiblah kita ,melindungi mereka...=)

Mawar berduri didalam taman yang berpagar,
mekar harum terjaga maruahnya...=)


sekian dahulu, moga bermanfaat!

-anak.soleh-

Monday, June 20, 2011

Senyumanmu manis sekali! =)


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatu. Pernah dengar tak hadith ni?

“Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri”
(riwayat Muslim)

Mudah je kan untuk senyum(menseri-serikan muka) kita di hadapan sahabat2 kita? cuba tengok pakcik ni, cool je dia senyum. =)


Nak tau tak, satu hari Nabi pernah cerita kepada sahabat2:

"Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kami saling berkasih-sayang. Hendakkah kamu aku tunjukkan sesuatu perkara, apabila kamu melakukannya akan saling mengasihi? Sebarkan salam antara kalangan kamu.” (Riwayat Muslim)"

Nah, sebarkan Salam mu kepada saudaramu, dan senyum lah! pasti mereka pun akan senyum kembali dan menjawab salam mu. dan hati kamu dan dia pasti akan berbunga bunga bahagia...=)

Apa maksud Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh itu? Ini dia.. "Salam Sejahtera Keatasmu, Dan Rahmat Allah Keatasmu serta Barakah Allah jua atasmu"
Muliakan ucapan salam itu? Unik kan orang Islam itu? Bila mereka berjumpa, mereka akan mendoakan sesama mereka. Dan diantara mereka akan timbul bibit2 cinta dan kasih sayang yang berpaksikan Cinta Kerana Allah SWT.

Dalam satu hadith lain riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW bersabda antara golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya ialah apabila dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah.

Apa akan jadi bila kita bertemu dengan saudara kita lalu kita bersalaman dengan dia? Lihat hadith ini pula:

Daripada Huzaifah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya seseorang mukmin apabila bertemu dengan orang mukmin yang lain, lalu dia memberi salam kepadanya dan memegang tangannya untuk bersalaman, maka berguguranlah dosa-dosa mereka sebagaimana bergugurannya daun-daun dari pokok.” (Riwayat at-Tabarani)

Wah2, hebatnya ukhwah itu. Sangat mulia jika kita berukhwah kerana Allah SWT. Jadi apa moral of the story yg saya nak bawa kali ini? Bila kita jumpa sahabat kita, saudara se-Islam kita, biasakanlah mulut kita untuk menyebarkan Salam dan memaniskan muka kita dihadapan dia. Sekalipun kita sedang dalam masalah yang berat, cuba sedaya upaya untuk menyerikan wajah kita. Semoga dengan itu, kita akan dikasihi dan disanyangi oleh Allah SWT dan teman2 kita. macam baby comel ni=)


Akhir sekali, ingatlah bahawa saudara kita mempunyai hak untuk menerima Salam kita seperti sabda Rasulullah SWT:

"Hak muslim atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, "Apa yang 6 itu ya Rasulullaah?" Rasulullaah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya;Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya;Apabila ia meminta nasihat kepadamu maka berikanlah nasihat kepadanya;Apabila ia bersin dan mengucapkan alhamdulillah, maka ucapkanlah yarhamukallah;Apabila ia sakit maka tengoklah;Apabila ia meninggal dunia maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sekian dahulu, moga bermanfaat! =)


-anak.soleh-

kteorg bukan couple la, kteorg dah TUNANG!


Kenapa ye orang zaman sekarang kebanyakkannya dah hilang God-Conscious? Rasanya semua remaja dan belia sudah biasa dengar term TAQWA. Sejak sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan diteruskan lagi ke alam Universiti, pasti term TAQWA pernah diajar oleh guru-guru agama. Even, dalam khutbah jumaat pun, Khatib sentiasa pesan bahkah WAJIB untuk berpesan, ITTAKULLAH(takutlah kepada Allah) tapi rasanya pesanan2 taqwa ini hanya melalui system pendengaran kita dan PUF! hilang dah pengajaran disebalik taqwa itu. Bahkan saya juga kadang-kadang, hilang kesedaran tentang Taqwa. Mudah saja diri ini melakukan maksiat tanpa sedikit pun rasa bersalah. Mohon agar Allah maafkan kesalahan kita dan tetapkan kita diatas jalanNya yang lurus dan benar.

Saya ingin tekankan mengenai isu orang bertunang ni. Saya perhatikan, banyak betul orang yang bertunang ni menyalah guna ikatan Tunang mereka. Boleh pula keluar dengan tunangnya berduan. Satu trend orang bertunang zaman kini, pergi beli barang hantaran bersama-sama berdua-duan. Konon alasan mereka, nak beli hantaran ikut taste masing-masing. Si lelaki nak beli barang hantaran untuk tunangnya mengikut citarasa tunangya. Set make-up mesti pilihan hati tunangnya, set toiletries mesti yang disukai tunangnya, kasut, hand-bag dan macam-macam lagi barang hantaran yang mesti dipilih oleh tunangnya. Sebab itu keberadaan tunangnya penting. Dan sebaliknya, sama juga bagi wanita. Ingin membeli barang hantaran untuk tunangnya mengikut citarasa tunangnya. Nak beli kasut pilihan tunangnya, nak beli tali pinggang yang diminati tunangnya, nak beli minyak wangi citarasa tunangnya DLL.

Jadi ada orang berkata, ‘eh takkan salah kot? Deyorang kan nak beli ikut pilihan hati deyorang. Nanti kalau si lelaki silap beli, hand-bag yang dia beli tu, tak diminat bakal isterinya macam mane?’ tak pun ada yang argue ‘ala deyorang g beli kat pasaraya yang sememangnya tempat tu ramai orang, so takkanlah tu pun salah’

Realitinya argument macam ni, banyak digunakan oleh muda-mudi zaman kini. Sudah semestinya cara tu salah! Sebab Islam sudah mengatakan Haram hukumnya wanita keluar bersama lelaki yang bukan mahramnya berdua begitu.Nabi Muhammad SAW ada bersabda:

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".


So, tak berkatlah hubungan itu nanti. Mereka mempunyai niat yang baik, nak mendirikan Masjid tetapi mereka menggunakan asas2 yang tak kukuh. Jadi adakah masjid itu akan kuat binaannya? Analoginya, seperti kita mahu membina rumah tetapi kita membuat asas rumah itu menggunakan batu yang tidak kuat seperti konkrit. Jadi adakah rumah itu akan kukuh jika siap dibina nanti? Atau dengan mudah ia akan roboh? Begitulah hubungan nikah. Jika pasangan itu membina asas hubungan mereka dengan perlakuan-perlakuan yang tidak dibenarkan islam, adakah rumahtangga mereka akan kukuh? Adakah akan ada keberkatan dari Allah dalam ‘masjid’ mereka itu?

Sedih juga zaman kini, tunang2 yang bakal berkahwin ini pergi ke kursus kahwin sekali! Maksud sekali ini, ialah mereka berdua menaiki kereta atau motosikal bersama dan menghadiri kursus kahwin. Dahlah pergi ke program yang mulia tapi dicemarkan dengan perlakuan seperti ini. Sedih kan?

Hakikatnya tiada masalah pun jika pasangan itu membeli barangan hantaran masing2 tanpa keberadaan tunang mereka. Masakan si isteri tidak suka beg tangan yang dihadiahkan oleh suaminya semasa mereka kahwin? Takkan si suami akan menolak jam tangan yang dibelikan oleh si isterinya?


Allah SWT ada berfirman dalam surah An-Nisa’ 34:

“Perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.”

Jadi janganlah seorang wanita itu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah kepadanya. Alasan2 seperti nak keluar untuk membeli barang sekali seolah-olah dibuat untuk menyaggahi arahan Allah iaitu mejauhi Zina.

Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh kontemporari) mengatakan bahawa :

“Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut 'uruf-adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.

Apa itu hukum asal yang dimaksudkan Syeikh Yusuf Qardawi? Yang dimaksudkan hukum asal ialah seperti haram keluar sekali tanpa ditemani mahram, pergi makan sekali. Atau pergi kursus kahwin sekali!

So takleh la nak jumpa and berbincang pasal kahwin?? Boleh je..tetapi kenalah si wanita itu berteman dengan mahramnya. Dengan adik dia ke, abang die ke, atau si lelaki pergilah kerumah wanita itu dan berbncang dihadapan mak dia ke. Takpun boleh bincang dalam email, YM, atau FB tapi dengan syarat jangan over2 sampai terlalai..

Moga2 Allah memberi hidayahNya kepada kita semua. Semoga Allah memelihara belia dan remaja masa kini. Sungguh banyak cabaran yang dihadapi remaja dan belia masa kini. Dan semoga artikel pendek ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.Ameen.

Sekian dulu, Wassalam.=)



-anak.soleh-

Thursday, June 09, 2011

Saya yang Melihat...


Cuba anda keluar dari tempat tinggal anda. Pergi lihat dunia keliling anda. Lihatlah masyarakat sekitar anda. Naiklah kenderaan awam dan aktifkan mata anda. Lihat stiap orang dalam kenderaan itu. Lihat berapa ramai diantara mereka yang nasibnya kurang baik seperti anda. Pernahkan anda lihat orang buta naik LRT? Pernahkan lihat budak kecil yang istimewa? Pernahkan lihat wanita yang tiada tangan? Pernahkan lihat seorang pemuda yang tiada kaki?


Cuba anda ketengah bandaraya. Kuala Lumpur misalnya. Lihat dikaki-kaki lima banggunan seperti di Jalan Masjid India, di Kotaraya, di Pudu Raya dan sebagainya. Pernah tak anda lihat pengemis yang meminta sedekah? Kaki mereka berkudis, badan mereka kurus sangat, mata mereka buta, kaki satu tiada, ada juga yang tiada langsung. Ada orang claim ini sindiket peminta sedekah. Takpelah, kita abaikan tanggapan seperti itu. Kita lihat dari sudut mungkin mereka pernah mengalami kemalangan atau kecelakaan ditampat kerja.


Cuba anda pergi makan di mana-mana gerai. Pernah tak datang kepada anda seorang budak kecil atau seorang makcik tua yang menjual kerepek, menjual tasbih, menjual kerepok lekor atau asam. Dan pastinya ramai yang akan berkata kepada mereka, saya tak mahu beli dan mereka berjalan dengan rasa hampa.

Cuba anda lihat, lihat, lihat. Gunakan mata yang Allah kurniakan itu. Lihat realiti dunia ini. Lihat dengan perasaan, jangan dengan hanya pandangan kosong. Setelah itu, lihat diri anda pula. Tenung diri anda dicermin. Tengok nikmat-nikmat yang masih Allah bagi pada diri anda. Serba cukup. Dengan paras rupa yang elok, tangan masih sempurna, badan masih berisi, kaki masih aktif bergerak, otak juga masih waras-boleh berfikir dengan matang. Subhanallah. Banyaknya nikmat yang kita DIanugerahkan oleh Allah SWT. Ada orang diluar sana menggunakan tongkat atau wheelchair untuk bergerak, ada juga menggunakan tongat kecil untuk pandu arah jalan mreka kerana mereka buta, ada yang hanya menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi, ada yang memakai baju tetapi anda tak nampak pun tangan mereka, mana pergi tangan mereka?

Alhamdulillah. Syukur sangat2 dengan pemberiaan Allah ini. DIa masih menganugerahkan nikmat panca indera, organ2 yang aktif berfungsi. itupun masih kita merungut bila Allah datangkan sedikit sakit kepada kita. Setakat demam, selesma jika nak dibandingkan nikmat kaki yang hilang, mana lagi berat? Setakat sakit kaki terseliuh jika dibandingkan dengan mereka yang langsung tiada kaki, manalah yang lebih berat?


Ada seorang anak pupu saya, umur baru 5 tahun, tetapi dia sudah hilang nikmat berjalan, malah jika dia buang air besar atau kecil, dia tidak rasa pun. LAngsung dia tidak sedar bila dia buang ari besar, tahu2 sudah ada bau yang busuk dari seluarnya. Bayangkan pada umur 5 tahun dia masih kena pakai pampers. PAda umur semuda itu, Allah sudah menguji dia. BEtapa mulianya dia. Sudahlah masih bersih tanpa dosa, diberi ujian yang berat begitu. Jika debanding dengan kita. Jauhnya bezakan.. Kita ini, tak cukup dengan merungut, asyik tak puas hati je dengan keadaan sekeliling kita. Bila hujan kita marah, bila panas kita marah. Belum lagi Allah tarik nikmat yang ada pada kita. Cuba bayangkan hari ini, tiba2 kita terlibat dengan kemalangan dan wajah bersih kita terbakar atau hidung kita terkoyak rasa-rasa bolehkah kita tahan dengan ujian seperti itu?

Jadi, marilah kita semua mengucapkan Banyak2 Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan nikmat yang tak terkira banyaknya. setiap saat kita perlukan udara oksigen, setiap hari kita perlukan air, makanan dan macam-macam lagi keperluan. Semua itu adalah anugerah dari Allah. dalam 24 jam entah berapa ribu atau juta kita menyedut udara ini. Dan dalam masa 24 jam itu, entah berapa kali kita mengucapkan Alhamdulillah. MAri kita sama-sama renungkan. Sekian dahulu.
Moga entry ini bermanfaat untuk semua sahabat sekalian.

Alhamdulillah...


-anak.soleh-

Monday, June 06, 2011

kepadaMu Kekasih

Assalamualaikum WBT. Jom kita dengar lagu kepadaMu Kekasih. but before that, set ur mind "Kekasih" itu refer to Allah Rabbul Alamin.=)

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini




-anak.soleh-

Sunday, June 05, 2011

"tidak, Bahkan mereka ramai..."



Daripada Thauban r.a. yang bermaksud:

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda,

“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”




=(
Ya Allah, KUATKANLAH kembali umat ISLAM dan berilah petunjukMu kepada kami supaya kami tetap berada diatas jalanMU yang SUCI dan LURUS.

-anak.soleh-

Showcase Amal Shuhada At-Taqwa. =)


Jom kita support!!*


*Bagi sape2 yang ada keluangan masa.=)


-anak.soleh-

Saturday, June 04, 2011

"Taubat, masihkah pintumu terbuka untukku?"


"Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih"
(Hud; 90)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Segal Puji bagi Allah-Tuhan yang menciptakan alam semesta yang yang sangat cantik. Tuhan yang menjalankan kapal-kapal dilaut, Tuhan yang menjadikan angin supaya kapal layar terus belayar, Tuhan yang menciptakan haiwan ternak untuk manusia jadikan sebagai makanan, Tuhan yang menjadikan air supaya manusia dapat menggunakannya untuk minum, bersuci, menghasilkan elektrik dan macam-mcam lagi!

Maha suci Allah, yang diTanganNya terletak segala macam Rahsia alam. Bila jadinya hari Akhirat, bagaimana rupa Neraka, Syurga serta bagaimana suasana hidup dikubur dan sebagainya. Maha Suci Allah.

Agak-agaknya, jika ditakdirkan nyawa kita ditarik sekarang, sudah bersediakah kita? Setelah 21 tahun atau setelah 40 tahun Allah memberikan nikmat hidup didunia, dan tiba-tiba Dia tarik nikmat itu, dan kita dapati ketika itu jasad kita tidak bergerak seperti selalunya. Badan kita kaku diatas katil. Dada kita membeku. Tidak ada lagi turun naiknya. Mata kita terpejam rapat. Lantas disaat itulah kita baru perasan, orang sekeliling kita menangis..meraung mungkin. Melihat kita yang hanya membatu disitu. Tidak bergerak barang sedikit pun.

Ketika itu, kita sedaya upaya menafisrkan suasana sayu itu. Apa sebenarnya yang berlaku? Setelah beberapa waktu, barulah kita sedar akan hakikat bahawa Allah sudah mengambil nyawa kita.. Astargfirullah. Kita pun teringat dosa silam kita. Disaat kita sudah mencapai baligh sampai waktu kita mati, Astargfirullah, banyaknya! Entah berapa kalilah kita pernah menyatakan "Ya Allah aku bertaubat!!" , entah berapa kalilah kita pernah menyatakan kekesalan kita melakukan dosa. Entahlah.. Entah..

"Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih"
(Hud; 90)

Tgok tu, Allah sudah pun memberi arahan kepada kita. Lebih 1000 tahun lalu, Allah sudah memberi amaran atau arahan - Hendaklah kamu wahai Hamba2Ku bertaubat! Tapi arahan itu, arahan suci itu, siapa yang pedulikan? Berapa kerat manusia yang ambil peduli mengikut arahan itu? Dalam skala 10, agak2 brapalah dari 10 itu yang bertaubat kepada Allah? 1 mungkin? atau 2.5?


"Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah"
(al-Zumar: 53)

Lihat saja betapa Maha Pemurahnya Allah dalam memberi pengampunan. Jadi mengapa kita pula yang jual mahal untuk menyatakan kata taubat kita KepadaNYa? Semua orang itu pernah melakukan dosa. Sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Semua insan itu salah atau dosa kecuali mereka yang bertaubat"

Jadi, marilah teman, mari kita sama2 berusaha untuk mencapai keampunan Allah. Mari kita menyatakan taubat kita dengan ikhlas, supaya disaat kita menghembuskan nafas terakhir nanti, kita mampu senyum membayangkan nikmat yang bakal kita temui di Alam selepas alam dunia ini, insyallah..=)

Sekadar sedikit peringatan untuk diriku dan teman-temanku. Moga bermanfaat. =)


-anak.soleh-

Wednesday, June 01, 2011

'saya baru surah ALl-Muthaffifin bang'..


Pagi tdi saya ke masjid UIAM. Dalam jam 10.45 pagi. Terserempak dengan 3 orang kanak2 yang masih kecil. Jika lihat dari segi fizikal mereka, kelihatan seperti student sekolah rendah. Lalu saya bertanya mereka, 'adik watpe kat sini?' 'ada kelas tahfiz', jawab mereka. Uish! Hebatnya, kata saya dalam hati. KEcil2 dh dibiasakan menghafal Al-Quran. Subhanallah bagusnya mereka ni. lalu saya tanya lagi, 'banyak dah hafal Al-Quran?' Salah seorang dari mereka menjawab, 'tak banyak bang, baru surah Al Muthaffifiin je' yang sorang lagi menambah, 'saya baru surah Al Insyiqaaq' dan yang lagi sorang pula berkata, 'saya baru surah An-Nazi'at bang'.

Dalam hati saya berkata, 'ish2, budak sekecil ini dah berjaya menghafal surah2 yang agak panjang'.. Subhanallah berserinya muka mereka, wajah yang masih lagi suci tanpa dibebani dosa. Ternyata ibubapa meraka berjaya mencorakkan 'kain putih' yang diamanatkan oleh Allah itu dengan warna-warna Islam. Muka mereka sangat ceria, tingkah laku mereka juga amat sopan. Sangan menghormati orang lebih tua. Soalan-soalan yang saya tanya pun dijawab dengan mesra.

'umur adik berapa tahun?' tanya saya. '9 tahun bang!, kami belajar di Sekolah Al-Amin' Mereka turut mengambil wudu'. Selepas selesai mengambil wudu' saya bertanya kembali, 'apa nama adik2 ni?' 'nama saya Amir, saya asyraf dan saya pula amin'. 'Bagus betul deyorang ni' kata saya lagi dalam hati.

Tiba2 mereka pula tanya saya, 'abang pula dh berapa banyak hafal Al-Quran'.. Wah! aku pula ditanya ni, tetapi terpancar diwajah mereka, muka innocent. Memang soalan yang dituju itu ikhlas. lalu saya jawab, 'tak banyak la macam adik2'. Malu pula rasa diri ini, sudah berumur 21 tahun tetapi tak giat menghafal Al-Quran seperti mereka.

Hina juga rasa diri ini di Hadapan Allah SWT. Maha Suci Allah, mudah saja DIa membentuk khalifah2Nya yang hebat di dunia ini. Jika Dia mahu mencipta sejuta hamba-hambaNya yang bergelar Hafiz, sangat mudah bagi Allah. Maha KuasaNya mampu melakukan dengan semudah berkata 'Kun Fa ya Kun' malah lebih mudah dari itu..

Sebelum beredar, sempat juga saya berpesan pada mereka, (walaupun diri ini mungkin lebih hina di hadapan Allah berbanding mereka), 'belajar rajin2 ye dik'. 'ok bang!' jawab mereka dengan senyuman. Dalam hati saya berdoa, 'Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh insyallah'...

=)


-anak.soleh-

Di mana hatimu, Matamu, Telingamu?




“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(al-A’raf, 7: 179 )



-anak.soleh-