Thursday, June 09, 2011

Saya yang Melihat...


Cuba anda keluar dari tempat tinggal anda. Pergi lihat dunia keliling anda. Lihatlah masyarakat sekitar anda. Naiklah kenderaan awam dan aktifkan mata anda. Lihat stiap orang dalam kenderaan itu. Lihat berapa ramai diantara mereka yang nasibnya kurang baik seperti anda. Pernahkan anda lihat orang buta naik LRT? Pernahkan lihat budak kecil yang istimewa? Pernahkan lihat wanita yang tiada tangan? Pernahkan lihat seorang pemuda yang tiada kaki?


Cuba anda ketengah bandaraya. Kuala Lumpur misalnya. Lihat dikaki-kaki lima banggunan seperti di Jalan Masjid India, di Kotaraya, di Pudu Raya dan sebagainya. Pernah tak anda lihat pengemis yang meminta sedekah? Kaki mereka berkudis, badan mereka kurus sangat, mata mereka buta, kaki satu tiada, ada juga yang tiada langsung. Ada orang claim ini sindiket peminta sedekah. Takpelah, kita abaikan tanggapan seperti itu. Kita lihat dari sudut mungkin mereka pernah mengalami kemalangan atau kecelakaan ditampat kerja.


Cuba anda pergi makan di mana-mana gerai. Pernah tak datang kepada anda seorang budak kecil atau seorang makcik tua yang menjual kerepek, menjual tasbih, menjual kerepok lekor atau asam. Dan pastinya ramai yang akan berkata kepada mereka, saya tak mahu beli dan mereka berjalan dengan rasa hampa.

Cuba anda lihat, lihat, lihat. Gunakan mata yang Allah kurniakan itu. Lihat realiti dunia ini. Lihat dengan perasaan, jangan dengan hanya pandangan kosong. Setelah itu, lihat diri anda pula. Tenung diri anda dicermin. Tengok nikmat-nikmat yang masih Allah bagi pada diri anda. Serba cukup. Dengan paras rupa yang elok, tangan masih sempurna, badan masih berisi, kaki masih aktif bergerak, otak juga masih waras-boleh berfikir dengan matang. Subhanallah. Banyaknya nikmat yang kita DIanugerahkan oleh Allah SWT. Ada orang diluar sana menggunakan tongkat atau wheelchair untuk bergerak, ada juga menggunakan tongat kecil untuk pandu arah jalan mreka kerana mereka buta, ada yang hanya menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi, ada yang memakai baju tetapi anda tak nampak pun tangan mereka, mana pergi tangan mereka?

Alhamdulillah. Syukur sangat2 dengan pemberiaan Allah ini. DIa masih menganugerahkan nikmat panca indera, organ2 yang aktif berfungsi. itupun masih kita merungut bila Allah datangkan sedikit sakit kepada kita. Setakat demam, selesma jika nak dibandingkan nikmat kaki yang hilang, mana lagi berat? Setakat sakit kaki terseliuh jika dibandingkan dengan mereka yang langsung tiada kaki, manalah yang lebih berat?


Ada seorang anak pupu saya, umur baru 5 tahun, tetapi dia sudah hilang nikmat berjalan, malah jika dia buang air besar atau kecil, dia tidak rasa pun. LAngsung dia tidak sedar bila dia buang ari besar, tahu2 sudah ada bau yang busuk dari seluarnya. Bayangkan pada umur 5 tahun dia masih kena pakai pampers. PAda umur semuda itu, Allah sudah menguji dia. BEtapa mulianya dia. Sudahlah masih bersih tanpa dosa, diberi ujian yang berat begitu. Jika debanding dengan kita. Jauhnya bezakan.. Kita ini, tak cukup dengan merungut, asyik tak puas hati je dengan keadaan sekeliling kita. Bila hujan kita marah, bila panas kita marah. Belum lagi Allah tarik nikmat yang ada pada kita. Cuba bayangkan hari ini, tiba2 kita terlibat dengan kemalangan dan wajah bersih kita terbakar atau hidung kita terkoyak rasa-rasa bolehkah kita tahan dengan ujian seperti itu?

Jadi, marilah kita semua mengucapkan Banyak2 Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan nikmat yang tak terkira banyaknya. setiap saat kita perlukan udara oksigen, setiap hari kita perlukan air, makanan dan macam-macam lagi keperluan. Semua itu adalah anugerah dari Allah. dalam 24 jam entah berapa ribu atau juta kita menyedut udara ini. Dan dalam masa 24 jam itu, entah berapa kali kita mengucapkan Alhamdulillah. MAri kita sama-sama renungkan. Sekian dahulu.
Moga entry ini bermanfaat untuk semua sahabat sekalian.

Alhamdulillah...


-anak.soleh-