Monday, June 20, 2011

Senyumanmu manis sekali! =)


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatu. Pernah dengar tak hadith ni?

“Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri”
(riwayat Muslim)

Mudah je kan untuk senyum(menseri-serikan muka) kita di hadapan sahabat2 kita? cuba tengok pakcik ni, cool je dia senyum. =)


Nak tau tak, satu hari Nabi pernah cerita kepada sahabat2:

"Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kami saling berkasih-sayang. Hendakkah kamu aku tunjukkan sesuatu perkara, apabila kamu melakukannya akan saling mengasihi? Sebarkan salam antara kalangan kamu.” (Riwayat Muslim)"

Nah, sebarkan Salam mu kepada saudaramu, dan senyum lah! pasti mereka pun akan senyum kembali dan menjawab salam mu. dan hati kamu dan dia pasti akan berbunga bunga bahagia...=)

Apa maksud Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh itu? Ini dia.. "Salam Sejahtera Keatasmu, Dan Rahmat Allah Keatasmu serta Barakah Allah jua atasmu"
Muliakan ucapan salam itu? Unik kan orang Islam itu? Bila mereka berjumpa, mereka akan mendoakan sesama mereka. Dan diantara mereka akan timbul bibit2 cinta dan kasih sayang yang berpaksikan Cinta Kerana Allah SWT.

Dalam satu hadith lain riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW bersabda antara golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya ialah apabila dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah.

Apa akan jadi bila kita bertemu dengan saudara kita lalu kita bersalaman dengan dia? Lihat hadith ini pula:

Daripada Huzaifah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya seseorang mukmin apabila bertemu dengan orang mukmin yang lain, lalu dia memberi salam kepadanya dan memegang tangannya untuk bersalaman, maka berguguranlah dosa-dosa mereka sebagaimana bergugurannya daun-daun dari pokok.” (Riwayat at-Tabarani)

Wah2, hebatnya ukhwah itu. Sangat mulia jika kita berukhwah kerana Allah SWT. Jadi apa moral of the story yg saya nak bawa kali ini? Bila kita jumpa sahabat kita, saudara se-Islam kita, biasakanlah mulut kita untuk menyebarkan Salam dan memaniskan muka kita dihadapan dia. Sekalipun kita sedang dalam masalah yang berat, cuba sedaya upaya untuk menyerikan wajah kita. Semoga dengan itu, kita akan dikasihi dan disanyangi oleh Allah SWT dan teman2 kita. macam baby comel ni=)


Akhir sekali, ingatlah bahawa saudara kita mempunyai hak untuk menerima Salam kita seperti sabda Rasulullah SWT:

"Hak muslim atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, "Apa yang 6 itu ya Rasulullaah?" Rasulullaah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya;Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya;Apabila ia meminta nasihat kepadamu maka berikanlah nasihat kepadanya;Apabila ia bersin dan mengucapkan alhamdulillah, maka ucapkanlah yarhamukallah;Apabila ia sakit maka tengoklah;Apabila ia meninggal dunia maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sekian dahulu, moga bermanfaat! =)


-anak.soleh-

No comments: