Tuesday, August 31, 2010

Bersyukurlah! Anda Pasti Beruntung!


Assalamualaikum dan Salam Merdeka!

kepada sahabat-sahabat sekalian,

Isu yang nak saya bawa kali ini ialah bersyukur.Saidina Ali Bin Abi Talib pernah ditanya tentang maksud tawqa. katanya:

"tawqa ialah takut kepada Allah, serta beramal dengan Al-Quran, bersyukur dengan sedikit dan akhir sekali bersiap sedia untuk hari kiamat"


Apa yang saya nak tekankan dalam kata-kata Saidina Ali diatas ialah Bersyukur Dengan Sedikit. Ya! bersyukurlah anda dengan rezeki yang telah diberikan Allah kepada anda nescaya Allah akan melipat gandakan rezeki anda. Berfirman Allah dalam Al-Quran Karim, surah Luqman ayat 12:

"...Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah) maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Mahakaya, Maha Terpuji"

Saya pernah dapat satu mesej dari teman saya, mengenai bersyukur. saya nak merakamkannya dalam tulisan kali ini. Mesej berbunyi begini:

“Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat,

tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya.

Jika kita tidak dapat apa yang kita suka,

maka langkah terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat

Itulah SYUKUR namanya!”

Betul kata teman saya tu. Sepatutnya kita jangan rasa sedih bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan. La Tahzan! Allah telah mengaturkan segalanya mengikut kebijaksanaanNya. Tahulah Allah apa yang Dia caturkan untuk kita HambaNya. Ingatlah firman Allah dalam Quran Karim, mungkin apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu, tetapi apa yang kamu tidak suka itu baik bagimu. Semoga saya dan anda sentiasa termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur! Kepada teman saya tu, terima kasih kerana mengingatkan saya! Allah memberkatimu wahai temanku!

bersyukurlah! pasti anda beruntung!


-anak.soleh-

3 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

salam.

ana teringin nk berkawan dgn teman enta tu :)) siapa ye? :P

ramizah said...

bersyukurlah nescaya akan aku tambah nikmat ke atas kamu..tetapi jika kau kufur, ingatlah sesungguhnya azab ku amat pedih..( maksud dari ayat al quran)

syifa' rahiman said...

alhamdulillah