Saturday, September 25, 2010
Ibarat Kuih Lompat Tikam... =)
Assalamualaikum!
Siang tadi saya berkesempatan menziarahi rumah lecturer saya di gombak - ie berjalan-jalan raya. salah satu menu yang dihidang lecturer saya tu ialah kuih "Lompat Tikam". ia adalah salah satu kuih dari kelantan. jadi apa kena mengena kuih itu dengan entry saya kali ini? Kuih tersebut dimakan bersama dengan santan dan gula melaka. jadi, jika makan kuih tersebut tanpa 2 "kuah" ini, tiada makna lah rasanya kuih tu. rasanya pasti tak sempurna. like missing something!
Saya nak memberi satu analogi disini. ibarat solat. kita sedia maklum solat ada 2 jenis - solat fardu dan solat sunat. salah satu contoh solat sunat ialah solat sunat rawatib - ie "qabla solat" dan "ba'da solat".
Solat fardu tidak akan sempurna tanpa didirikan solat sunat rawatib. solat kita tentulah berbeza dengan solat para sahabiah dan anbia'. Solat kita pasti tak sekusyuk solat mereka. solat kita pasti tidak berkualiti seperti solat mereka. jadi disebabkan itulah kita mempunyai solat sunat rawatib. ia berguna untuk menampung kekurangan dalam solat fardu kita.
Ibarat kuih "Lompat Tikam" tadi, rasa kuih itu tidak sempurna jika tidak dicampurkan dengan santan dan gula melaka. begitulah solat kita, solat wajib kita tidak sempurna jika tidak dicampurkan sekali dengan "kuah" solat sunat rawatib.
Saudara-saudaraku, ambillah sedikit masa untuk melakukan solat sunat ini. insyaallah anda akan merasakan kepentingannya ketika segala amalan anda dibentangkan Allah di padang Mahsyar nanti.
Wallahua'lam =)
-anak.soleh-
Wednesday, September 22, 2010
We can never please everybody..
Jam menunjukkan pukul 10.22 pagi, Sekitar waktu Dhuha. Semoga dengan berkat dhuha ini kita semua - umat islam berada dalam keadaan sejahtera dan diberikan Allah rezeki yang halal dan baik (halalan wa toyyiba). Even Allah ada bersumpah "Demi waktu Dhuha".. =)
Sahabat sekalian, hakikatnya kita, as a human being tak akan mampu untuk memuaskan hati setiap insan. why so? cuba anda berfikir sejenak, Allah Yang Maha Esa, Maha Pemurah, yang setiap saat tidak pernah lalai menjaga kebajikan hamba-hambanya, yang tidak pernak meracuni udara oksigen yang kita hidu sekarang - pun ada juga manusia yang tidak please dengan Dia. bahkan ada yang membenciNya seperti kaum kuffar - yang bongkak dan sombong mengatakan harta yang mereka peroleh bukan datang dari Allah tetapi dari hasil usaha mereka.
Cuba lihat Nabi kita. Nabi muhammad even ditabalkan sebagai the most influence people in the world tapi still ada yang tidak suka pada dia. Betapa indahnya akhlak baginda - sehingga diceritakan Saidatina Aishah, akhlak baginda ialah Al-Quran, pun still bukan semua orang suka dengan dia. bahkan Nabi kita dipanggil dengan macam-macam gelaran - gila, penyihir, penyair yang penipu dan macam-macam lagi.
You see? even Allah and Prophet pun tak disukai ramai, so what do you expect from yourself? kita sebagai manusia biasa ini lagilah tak mampu nak menyenangkan hati semua orang. Imam Syafie pernah cakap:
Bila mereka melalui kampung yang lain, terdengar orang kampung cakap, "apalah suami dia tu. langsung tak Gentleman. sepatutnya dia yang berjalan dan bagi isteri naik". jadi suami itu berasa malu lantas menyuruh si isteri naik keldai tu bersama dia. nah, sekarang mereka sama-sama naik keldai itu. bila lalu di kampung yang seterusnya, terdengar orang kampung tu cakap, "apalah suami isteri tu, tak kesian ke kat keldai tu kene bawa mereka yang berat tu. langsung tak berperikemanusian!"
Oleh kerana malu, mereka turun dan bersetuju untuk mengendong keldai itu dibelakang mereka. apabila melalui sebuah jambatan, sisuami kehilangan balance, dan... nah, mereka semua termasuk keldai itu jatuh kedalam sungai itu... haha.
So, moral of the story, u can never please everybody. lantaklah orang nak cakap apa, kita jangan terpengaruh oleh mereka. kita buat apa yang kita rasa benar. kan?
sekian! =)
-anak.soleh-
Quotation from Abu A'la Al-Maududi..
Semoga saudara-saudaraku sekalian berada didalam jalan Allah yang lurus.
Pagi tadi saya baca satu buku tulisan Abu A'la Al-Maududi. saya tertarik dengan tulisannya dalam buku ini dan ingin quote disini supaya boleh dikongsi bersama-sama dengan saudara sekalian.
katanya,
" Rujuklah diri anda sendiri dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini:
Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikiranya daripada angan-angan yang jahat. dipertajamkannya matanya daripada melihat kekejian. ditulikannya telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezeki yang haram. ditahannya tanganya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. ia tidak melangkah kakinya dijalan yang jahat. ia tidak mahu menundukkan kepalanya didepan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya kealam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. yang paling dimuliakan ialah hak, berkata benar dan berlaku jujur. ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. dalam pandangannya yang paling dimurkainya ialah kezaliman dusta dan khianat. ia tidak rela menggunakan sifat-sifat ini dan tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfaat bagi dirinya.
Orang seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencari kemenangan!"
Marilah kita berusaha menjadi seperti orang diatas. Insyaallah kita akan berjaya didunia lebih-lebih lagi diakhirat!!
Renung-renungkanlah wahai sahabatku sekalian...=)
-anak.soleh-
Tuesday, September 21, 2010
5 golongan didalam mimpi Rasulullah..
Assalamualaikum WBT.
Moga sahabat sekalian sentiasa beristiqamah memberi sepenuh ketaatan kepada Allah, Yang Maha Memberi lagi Maha Mulia.
Saya ingin berkongsi satu hadith panjang yang dipetik dari kitab Riyadus Solihin. Kitab ini adalah koleksi Hadith-hadith mengenai pelbagai aspek kehidupan. kitab ini dikarang oleh Imam Nawawi atau nama sebenarnya Abu Zakaria yahya B Sharaf An-Nawawi. beliau merupakan tokoh yang hebat dalam bidang hadith. semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya ditempat orang-orang Mukhlisin atas jasa beliau dalam bidang ahadith ini.
Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari.
Samurah Bin Jundub melaporkan: Pada suatu hari Rasulullah berkata kepada sahabat-sahabatnya mengenai mimpi baginda. Dalam mimpi itu, rasulullah didatangi 2 orang lelaki. lelaki itu membawa Rasulullah berjalan disuatu tempat.
Disana, Rasulullah berjumpa dengan seorang lelaki sedang berbaring. Tiba-tiba datang seorang lelaki lain sambil memegang seketul batu besar dan menghempaskan keatas kepala lelaki yang berbaring tadi. kemudian batu itu bergolek dan lelaki itu ambil semula dan menghempas lagi berulang-ulang kali.
Kemudian baginda berjumpa dengan seorang lelaki baring terlentang dan datang seorang yang lain dengan membawa cangkuk besi dan kemudian merobek-robek pipi, hidung dan mata orang yang terlentang itu sampai tembus kebelakang kepalanya dan sama juga peristiwa itu diulang-ulang beberapa kali tanpa henti. muka lelaki itu kembali pada asal, dan akan dirobek kembali tanpa henti.
Kemudian mereka berjalan lagi dan berjumpa pula dengan satu benda seperti ketuhar. didalam ketuhar tersebut, terdapat lelaki dan perempuan telanjang. tiba-tiba datang api yang menjulang tinggi dan membakar badan mereka dan mereka meraung kesakitan!
Kemudian mereka berjalan lagi dan menjumpai sungai. didalam sungai itu, ada lelaki yang berenang dan ditebing sungai pula ada seorang lelaki yang memegang batu dan membaling kedalam mulut lelaki yang berenang itu. dia membaling kedalam mulutnya tanpa henti.
Kemudian mereka berjalan lagi dan berjumpa dengan pokok yang sangat besar. Baginda dan 2 orang lelaki tadi menaiki pokok itu dan diatas sana mereka disambut dengan orang-orang yang sebelah badan mereka elok rupanya. sangat indah dan cantik. tetapi yang sebelah badan lagi, amatlah buruk. kemudian 2 orang lelaki tadi mengarahkan orang-orang itu terjun kedalam sebuah sungai yang berwarna putih seperti susu dan apabila naik semula dari sungai, orang-orang tadi kelihatan sangat indah dan cantik. tiada lagi buruk pada sebelah badan meraka.
Lalu, 2 orang lelaki tadi pun menerang pada Nabi Muhammad, siapakah golongan-golongan yang mereka berjumpa tadi.
1. lelaki yang pecah kepala dihempas batu tadi ialah orang yang belajar Al-Quran tapi tidak membacanya dan tidak mengamalkan ilmunya dan tidur tanpa mengerjakan solat wajib.
2. lelaki yang dirobek mukanya tadi ialah orang yang menyebarkan cerita bohong sehingga tersebar kepelusuk dunia.
3. orang lelaki dan perempuan dalam ketuhar tadi ialah penzina lelaki dan perempuan.
4. lelaki yang berenang dan disuapkan dengan batu tadi ialah pemakan riba.
5. mereka yang berupa elok sebelah dan buruk sebelah ialah orang yang mencampur adukkan melakukan amalan baik dan amalan buruk tetapi akhirnya Allah mengampunkan dosa mereka.
Jadi, para sahabatku sekalian, saya rasa isi hadith tadi sangat jelas dan mudah difahami. marilah kita sama-sama ambil ibrah disebalik hadith diatas. Moga kalian dan saya termasuk dalam golongan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.. =)
-anak.soleh-
Thursday, September 16, 2010
hidupmu umpama roda...
Assalamualaikum dan Salam Puasa 6!!
Wahai sahabat,
Kali ini saya ingin berkongsi satu kisah sejarah nabi untuk renungan kita bersama. setelah membuat mini research, maka dapatlah saya sedikit idea yang diharap dapat memberi faedah kepada pembaca sekalian. saya nak petik kisah Talut dan Nabi Daud.
Talut pada mulanya seorang yang miskin dan tiada apa-apa pangkat mahupun nama dimata masyarakatnya. Tetapi, Allah SWT yang Maha Hebat dan mampu melakukan sesuatu yang impossible to possible telah menukar nasibnya menjadi seorang panglima tentera untuk mengetuai pasukan tentera kaumnya untuk menetang Jalut, seorang pemerintah yang zalim.
Dan, dengan kuasa Allah yang Maha Esa, pasukannya telah menang walaupun jumlah tentera pimpinanya amat sedikit jika dibandingkan dengan tentera Jalut. orang yang bertanggungjawab membunuh Jalut ialah Nabi Daud. setelah selesai peperangan itu, ternyatalah Allah memurahkan rezekiNya keatas Talut serta Nabi Daud. Talut telah dilantik menjadi pemerintah manakala Nabi Daud dilantik menjadi Panglima tentera.
Setelah lama masa berlalu, masyarakat ketika itu sangat mengagumi kehebatan dan ketakwaan Nabi Daud dan disaat nama Daud naik dimata masyarakat ada hati yang sakit melihatnya. ternyata Talut merasa iri hati dan benci pada Nabi Daud kerana mendapat sanjungan masyarakat. Dia merasakan Nabi Daud akan belot kapadanya dan akan merampas tahtanya. MasyaAllah, sangat buruk api buruk sangka itu. kerana sikap iblis ini ie buruk sangka, talut berniat membunuh Nabi Daud.
Tetapi hal itu disedari oleh isteri nabi Daud dan dia dengan berat hati menyuruh kekandanya melarikan diri. setelah nabi daud melarikan diri, ramai pengikut-pengikut yang turut mengikutinya. hal ini menyebabkan Talut bertambah benci dengannya dan bercadang untuk memerangi baginda. tetapi Allah Maha Hebat dan sentiasa bersama hamba-hambaNya yang bertakwa. ternyata Nabi Daud tidak gentar dan cuba sedaya upaya untuk mengelak pertumpahan darah sesama bangsanya.
Atas kebijaksanaan Nabi Daud, Talut akhirnya insaf dan turun sendiri dari tahtanya. beliau pergi bertapa dan memohon ampunan dari Allah sehinggalah dia meninggal dunia.
Moral of the story, saya nak fokuskan betapa Maha Esa nya Allah. Dia mampu mengangkat mertabat seseorang dan Dia juga mampu menurunkan martabat seseorang. Talut yang dulunya miskin hina manjadi mulia dimata masyarakatnya. tetapi oleh kerana lalainya dia menggilap imannya, lapar rohaninya, dia jatuh. kedudukannya sangatlah hina disisi Allah. dia menjadi hamba kepada iblis laknatullah dan mengikut kata nafsunya.
Jadi, walaupun hari ini kita berjaya dalam hidup kita, kita mendapat duit yang beribu-ribu, bisness kita maju, pelajaran kita makin cemerlang, hidup kita makin bahagia, jangan sesekali kita alpa! jangan sesekali kita terleka! jangan dilupai rohani kita yang sentiasa memerlukan makananya. solat, bacaan al-quran, zikir, sedekah, dan macam-macam lagi sifat-sifat mahmudah jangan sesekali kita tinggal kerana ini semua makanan untuk iman dan roh kita.
Hari ini kita mungkin diatas, esok lusa kita mungkin dibawah. Siapa tahu? jangan kita menjadi seperti Talut diatas. Jadilah seperti Nabi daud. walaupun masyarakat menyanjunginya, dia seperti dia. rendah dirinya, makin bertakwa hatinya. alangkah bagus kalau kita pun seperti itu. kan?
sekian dahulu dari saya... Assalamualaikum!
Allahumma tahtim alaina bihusni khatimah, wa la tahtim alaina bisu'i khatimah....
-anak.soleh-
Wednesday, September 08, 2010
Aku Dan Tuhanku
Tuhan, Kau lahirkan aku tak pernah kuminta
Dan aku tahu, sebelum aku Kau ciptakan
Berjuta tahun, tak berhingga lamanya
Engkau terus menerus mencipta berbagai ragam
Tuhan, pantaskah Engkau memberikan hidup sesingkat ini
Dari berjuta-juta tahun kemahakayaan-Mu
Setetes air dalam samudra tak bertepi
Alangkah kikirnya Engkau, dengan kemahakayaan-Mu
Dan Tuhanku, dalam hatikulah Engkau perkasa bersemayam
Bersyukur sepenuhnya akan kekayaan kemungkinan
Terus menerus limpah ruah Engkau curahkan
Meski kuinsyaf, kekecilan dekat dan kedaifanku
Di bawah kemahakuasaan-Mu, dalam kemahaluasan kerajaan-Mu
Dengan tenaga imajinasi Engkau limpahkan
Aku dapat mengikuti dan meniru permainan-Mu
Girang berkhayal dan mencipta berbagai ragam
Terpesona sendiri menikmati keindahan ciptaanku
Aahh, Tuhan
Dalam kepenuhan terliput kecerahan sinar cahaya-Mu
Menyerah kepada kebesaran dan kemuliaan kasih-mu
Aku, akan memakai kesanggupan dan kemungkinan
Sebanyak dan seluas itu Kau limpahkan kepadaku
Jauh mengatasi mahluk lain Kau cipatakan
Sebagai khalifah yang penuh menerima sinar cahaya-Mu
Dalam kemahaluasan kerajaan-Mu
Tak adalah pilihan, dari bersyukur dan bahagia, bekerja dan mencipta
Dengan kecerahan kesadaran dan kepenuhan jiwa
Tidak tanggung tidak alang kepalang
Ya Allah Ya Rabbi
Sekelumit hidup yang Engkau hadiahkan
dalam kebesaran dan kedalaman kasih-Mu, tiada berwatas
akan kukembangkan, semarak, semekar-mekarnya
sampai saat terakhir nafasku Kau relakan
Ketika Engkau memanggilku kembali kehadirat-Mu
Ke dalam kegaiban rahasia keabadian-Mu
Dimana aku menyerah tulus sepenuh hati
Kepada keagungan kekudusan-Mu,
Cahaya segala cahaya
Its leaving us...
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.
Malam ni adalah malam terakhir Ramadhan Karim. terfikir saya sejenak, betapa sebulan itu sangat cepat berlalu. dalam masa 30 hari yang dianugerahkan Allah kepada saya dan anda semua, adakah kita fully utilize masa ini atau dalam 30 hari ni hanya 15 hari saja ibadah kita, atau sekadar 10 hari atau 5 hari? 30 hari x 24 jam =720 jam. Wow!! banyak betul. 720 jam! Subhanallah... Masa yang dianugerahkan Allah tu banyak rupanya. Berapa percent la kan kita gunakan dari 720 jam tu untuk beribadat kepada Rabbul Alamin yang mengurniakan rezeki 24 jam sehari kepada kita?
dan dari 720 jam tu, sekarang tinggal lagi lebih kurang 20 jam lagi sebelum Bulan yang mulia ni berangkat pergi. pergi meninggalkan kita disamping menghadiahkan bulan Syawal yang tak kurang mulia juga seperti dia.
jadi, sementara 20 jam berbaki ini, marilah sahabat-sahabat sekalian, try our best to fill in this remaining time to do a lots of ibadah. walaupun buzy buat preparation untuk raya, still kita boleh merebut pahala ibadah, contohnya, niat ikhlas membersihkan rumah untuk raya kerana Allah taala ialah ibadah. balik kampung, ikhlas nak ziarah ahli keluarga pun ibadah. tegasnya, ibadah ini boleh macam-macam cara. dengar Nasyid yang boleh menginsafkan kita pun ibadah!
People said, its better late than never. saya setuju! jika kita kurang melakukan ibadah dalam 700 jam yang sebelum ni, kita masih lagi dikurniakan 20 jam. walaupun agak terlambat untuk kita menkhususkan masa ini untuk ibadah, still, its better daripada tak buat lansung? kan?
Akhir kalam, renung-renungkanlah maksud ayat quran ini:
-anak.soleh-
Sunday, September 05, 2010
Islam Ghariban..
Salam Alaikum!
dear readers,
I want to share a hadith. hadith ini sangat realistik dan telah pun berlaku di zaman sekarang. Telah bersabda baginda nabi SAW:
Tak patut betul. Bila ada wanita bertudung labuh, ada je suara sumbang yang menyindir dari belakang. kalau ada orang-orang tabligh datang rumah kita, time tu la tiba-tiba "Mak tiada dirumah", "ayah tak balik kerja lagi" dan macam-macam alasan la terpacul dari mulut!. hmm.. nampak kan yang islam itu kembali kepada asing? masyarakat dah semakin memandang islam itu seperti suatu benda yang baru. seperti masyarakat jahiliah dahulu.
Bila nabi Muhammad datang nak sebarkan Islam, semua lari. tak layan baginda. which is, i think lebih kurang dengan situasi zaman sekarang. ya, Islam itu asing dan akan kembali kepada asing. dahulu masyarakat jahiliah sukar benar nak terima Islam sebab islam ialah agama baru buat mereka. asing lagi dengan cultural hidup mereka. dan makin lama kita boleh lihat, islam makin diterima masyarakat. perkembangan islam yang sangat pesat berlaku di zaman Khulafa' Ar-Rasyidin dan di zaman Tabi' dan di zaman Tabi' Tabiin. tapi makin lama, Islam itu kembali menjadi asing. sampailah zaman sekarang. anda boleh lihat sendiri kan kronologinya?
Dan nabi kemudian bersabda lagi, "beruntunglah mereka yang asing". ya! sangat beruntung bagi mereka yang asing iaitu mereka yang berbuat kebaikan disaat orang lain berbuat kejahatan. memang beruntung bagi orang yang asing ini sebab mereka akan mendapat kesudahan yang baik! siapa nak mahligai yang besar dan mewah di syurga? saya nak! anda pun mesti nak kan? jadi marilah kita bersama-sama menjadi mereka yang asing! mereka yang mana diwaktu orang lain terleka dengan kemewahan dunia, tetap beriman dengan Allah dan melaksanakan segala tanggugjawab mereka sebagai seorang yang bergelar MUSLIM! AllahuAkram!
*Petikan dari lagu opick, "Allah Maha Cahaya"
Saturday, September 04, 2010
Umpama Bonggol Unta....
"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
HR: Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!
Dear Readers,
Pagi ini, saya terpanggil untuk menulis entri mengenai hadith di atas. dah lama saya berniat menulis tajuk ini. "Umpama Bonggol Unta". Apa yang bonggol unta tu? hmm.. Penulis rasa sedih sebenarnya. Penulis lihat ramai remaja-remaja dari kalangan wanita yang suka buat fesyen seperti zaman jahiliah dahulu. mengikat rambutnya yang panjang tapi tinggi sangat sampai nampak bentuk sanggul tu. seperti dalam gambar diatas. lihat, kan ramai yang suka berfesyen seperti itu? selalunya bila wanita bertudung stail Ekin tak pun pakai shawl. hmm..penulis tak pasti sama ada wanita-wanita diluar sana tidak tahu mengenai hadith diatas atau tahu, tapi tak faham apa maksud hadith berkenaan. ya, disini penulis nak highlight kan, apa yang dimaksudkan Junjungan kita dengan Bonggol Unta itu. ya, seperti gambar diatas. lihat bagaimana sanggul wanita tersebut. tinggi kan? inilah yang dikatakan oleh nabi muhammad. rendahkanlah sanggul atau ikatan rambutmu wahai wanita. ketahuilah, jika anda terus mengikat seperti itu, kelak anda tidak dapat bau haruman syurga yang tidak tergambar wanginya seperti mana. =(
Allah, Kau tuhan yang Maha Memberi hidayah. berilah cahaya hidayahMu kepada mereka yang masih kabur mengenai hukum dalam berpakaian ni. ameen.
Satu lagi isu ialah, memakai ketat. dah ok dah tutup apa yang perlu tu. dari rambut sampai kebawah. tapi malangnya, ketat la wahai sahabatku. nampak susuk tubuh tu. berhati-hatilah wahai kaum hawa, kelak anda tidak boleh mencium wangian syurga. Na'uzubillah.. moga Allah lindungi sahabat-sahabat saya dari golongan itu.
Dan satu lagi. penulis nak emphasize kan mengenai tudung itu sendiri. ada yang pakai tudung bidang 45, 50 tak kurang juga 60. bagus. memang bagus sebab dah menutup aurat. tapi masalahnya, jarang. aduhai...nampak leher, rambut dan macam-macam lagi! kan rugi itu. dah pakai tapi still tak ikut syara'. penulis risau, sahabat-sahabat yang bertudung begini pun akan tergolong dalam golongan yang dikatakan nabi dalam hadith diatas. "mereka berpakaian tetapi berbogel". Na'uzubillah Min Zalik! =(
Sama-sama lah kita renungkan hadith diatas dan moga kita semua boleh ambil iktibar darinya. penulisan kali ini, lebih berbentuk serius. tujuannya untuk menyatakan betapa seriusnya penulis mengenai isu ini!!
Moga Allah memberkati kalian semua. Barakallahufikum. Dan semoga kita semua berjaya mendapatkan Malam yang sama seperti seribu bulan! Salam Lailatul Qadar!
-anak.soleh-