Tuesday, September 21, 2010

5 golongan didalam mimpi Rasulullah..


Assalamualaikum WBT.

Moga sahabat sekalian sentiasa beristiqamah memberi sepenuh ketaatan kepada Allah, Yang Maha Memberi lagi Maha Mulia.

Saya ingin berkongsi satu hadith panjang yang dipetik dari kitab Riyadus Solihin. Kitab ini adalah koleksi Hadith-hadith mengenai pelbagai aspek kehidupan. kitab ini dikarang oleh Imam Nawawi atau nama sebenarnya Abu Zakaria yahya B Sharaf An-Nawawi. beliau merupakan tokoh yang hebat dalam bidang hadith. semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya ditempat orang-orang Mukhlisin atas jasa beliau dalam bidang ahadith ini.

Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari.

Samurah Bin Jundub melaporkan: Pada suatu hari Rasulullah berkata kepada sahabat-sahabatnya mengenai mimpi baginda. Dalam mimpi itu, rasulullah didatangi 2 orang lelaki. lelaki itu membawa Rasulullah berjalan disuatu tempat.

Disana, Rasulullah berjumpa dengan seorang lelaki sedang berbaring. Tiba-tiba datang seorang lelaki lain sambil memegang seketul batu besar dan menghempaskan keatas kepala lelaki yang berbaring tadi. kemudian batu itu bergolek dan lelaki itu ambil semula dan menghempas lagi berulang-ulang kali.


Kemudian baginda berjumpa dengan seorang lelaki baring terlentang dan datang seorang yang lain dengan membawa cangkuk besi dan kemudian merobek-robek pipi, hidung dan mata orang yang terlentang itu sampai tembus kebelakang kepalanya dan sama juga peristiwa itu diulang-ulang beberapa kali tanpa henti. muka lelaki itu kembali pada asal, dan akan dirobek kembali tanpa henti.



Kemudian mereka berjalan lagi dan berjumpa pula dengan satu benda seperti ketuhar. didalam ketuhar tersebut, terdapat lelaki dan perempuan telanjang. tiba-tiba datang api yang menjulang tinggi dan membakar badan mereka dan mereka meraung kesakitan!


Kemudian mereka berjalan lagi dan menjumpai sungai. didalam sungai itu, ada lelaki yang berenang dan ditebing sungai pula ada seorang lelaki yang memegang batu dan membaling kedalam mulut lelaki yang berenang itu. dia membaling kedalam mulutnya tanpa henti.


Kemudian mereka berjalan lagi dan berjumpa dengan pokok yang sangat besar. Baginda dan 2 orang lelaki tadi menaiki pokok itu dan diatas sana mereka disambut dengan orang-orang yang sebelah badan mereka elok rupanya. sangat indah dan cantik. tetapi yang sebelah badan lagi, amatlah buruk. kemudian 2 orang lelaki tadi mengarahkan orang-orang itu terjun kedalam sebuah sungai yang berwarna putih seperti susu dan apabila naik semula dari sungai, orang-orang tadi kelihatan sangat indah dan cantik. tiada lagi buruk pada sebelah badan meraka.


Lalu, 2 orang lelaki tadi pun menerang pada Nabi Muhammad, siapakah golongan-golongan yang mereka berjumpa tadi.

1. lelaki yang pecah kepala dihempas batu tadi ialah orang yang belajar Al-Quran tapi tidak membacanya dan tidak mengamalkan ilmunya dan tidur tanpa mengerjakan solat wajib.

2. lelaki yang dirobek mukanya tadi ialah orang yang menyebarkan cerita bohong sehingga tersebar kepelusuk dunia.


3. orang lelaki dan perempuan dalam ketuhar tadi ialah penzina lelaki dan perempuan.

4. lelaki yang berenang dan disuapkan dengan batu tadi ialah pemakan riba.

5. mereka yang berupa elok sebelah dan buruk sebelah ialah orang yang mencampur adukkan melakukan amalan baik dan amalan buruk tetapi akhirnya Allah mengampunkan dosa mereka.


Jadi, para sahabatku sekalian, saya rasa isi hadith tadi sangat jelas dan mudah difahami. marilah kita sama-sama ambil ibrah disebalik hadith diatas. Moga kalian dan saya termasuk dalam golongan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.. =)



-anak.soleh-

1 comment:

ramizah said...

takutnya baca kisah ni..t.ksih kerana berkongsi