Thursday, September 16, 2010
hidupmu umpama roda...
Assalamualaikum dan Salam Puasa 6!!
Wahai sahabat,
Kali ini saya ingin berkongsi satu kisah sejarah nabi untuk renungan kita bersama. setelah membuat mini research, maka dapatlah saya sedikit idea yang diharap dapat memberi faedah kepada pembaca sekalian. saya nak petik kisah Talut dan Nabi Daud.
Talut pada mulanya seorang yang miskin dan tiada apa-apa pangkat mahupun nama dimata masyarakatnya. Tetapi, Allah SWT yang Maha Hebat dan mampu melakukan sesuatu yang impossible to possible telah menukar nasibnya menjadi seorang panglima tentera untuk mengetuai pasukan tentera kaumnya untuk menetang Jalut, seorang pemerintah yang zalim.
Dan, dengan kuasa Allah yang Maha Esa, pasukannya telah menang walaupun jumlah tentera pimpinanya amat sedikit jika dibandingkan dengan tentera Jalut. orang yang bertanggungjawab membunuh Jalut ialah Nabi Daud. setelah selesai peperangan itu, ternyatalah Allah memurahkan rezekiNya keatas Talut serta Nabi Daud. Talut telah dilantik menjadi pemerintah manakala Nabi Daud dilantik menjadi Panglima tentera.
Setelah lama masa berlalu, masyarakat ketika itu sangat mengagumi kehebatan dan ketakwaan Nabi Daud dan disaat nama Daud naik dimata masyarakat ada hati yang sakit melihatnya. ternyata Talut merasa iri hati dan benci pada Nabi Daud kerana mendapat sanjungan masyarakat. Dia merasakan Nabi Daud akan belot kapadanya dan akan merampas tahtanya. MasyaAllah, sangat buruk api buruk sangka itu. kerana sikap iblis ini ie buruk sangka, talut berniat membunuh Nabi Daud.
Tetapi hal itu disedari oleh isteri nabi Daud dan dia dengan berat hati menyuruh kekandanya melarikan diri. setelah nabi daud melarikan diri, ramai pengikut-pengikut yang turut mengikutinya. hal ini menyebabkan Talut bertambah benci dengannya dan bercadang untuk memerangi baginda. tetapi Allah Maha Hebat dan sentiasa bersama hamba-hambaNya yang bertakwa. ternyata Nabi Daud tidak gentar dan cuba sedaya upaya untuk mengelak pertumpahan darah sesama bangsanya.
Atas kebijaksanaan Nabi Daud, Talut akhirnya insaf dan turun sendiri dari tahtanya. beliau pergi bertapa dan memohon ampunan dari Allah sehinggalah dia meninggal dunia.
Moral of the story, saya nak fokuskan betapa Maha Esa nya Allah. Dia mampu mengangkat mertabat seseorang dan Dia juga mampu menurunkan martabat seseorang. Talut yang dulunya miskin hina manjadi mulia dimata masyarakatnya. tetapi oleh kerana lalainya dia menggilap imannya, lapar rohaninya, dia jatuh. kedudukannya sangatlah hina disisi Allah. dia menjadi hamba kepada iblis laknatullah dan mengikut kata nafsunya.
Jadi, walaupun hari ini kita berjaya dalam hidup kita, kita mendapat duit yang beribu-ribu, bisness kita maju, pelajaran kita makin cemerlang, hidup kita makin bahagia, jangan sesekali kita alpa! jangan sesekali kita terleka! jangan dilupai rohani kita yang sentiasa memerlukan makananya. solat, bacaan al-quran, zikir, sedekah, dan macam-macam lagi sifat-sifat mahmudah jangan sesekali kita tinggal kerana ini semua makanan untuk iman dan roh kita.
Hari ini kita mungkin diatas, esok lusa kita mungkin dibawah. Siapa tahu? jangan kita menjadi seperti Talut diatas. Jadilah seperti Nabi daud. walaupun masyarakat menyanjunginya, dia seperti dia. rendah dirinya, makin bertakwa hatinya. alangkah bagus kalau kita pun seperti itu. kan?
sekian dahulu dari saya... Assalamualaikum!
Allahumma tahtim alaina bihusni khatimah, wa la tahtim alaina bisu'i khatimah....
-anak.soleh-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sedikit penambahan. kdg2 terlalu mewah pun adalah suatu bala klu kita terleka. moga sentiasa kita semua beringat. kerna di dlm kemewahan kita, ada hak manusia2 lain juga. :)
Post a Comment