Wednesday, September 22, 2010

Quotation from Abu A'la Al-Maududi..

Assalamualaikum WBT.

Semoga saudara-saudaraku sekalian berada didalam jalan Allah yang lurus.

Pagi tadi saya baca satu buku tulisan Abu A'la Al-Maududi. saya tertarik dengan tulisannya dalam buku ini dan ingin quote disini supaya boleh dikongsi bersama-sama dengan saudara sekalian.

katanya,

" Rujuklah diri anda sendiri dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini:


Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikiranya daripada angan-angan yang jahat. dipertajamkannya matanya daripada melihat kekejian. ditulikannya telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezeki yang haram. ditahannya tanganya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. ia tidak melangkah kakinya dijalan yang jahat. ia tidak mahu menundukkan kepalanya didepan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya kealam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. yang paling dimuliakan ialah hak, berkata benar dan berlaku jujur. ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. dalam pandangannya yang paling dimurkainya ialah kezaliman dusta dan khianat. ia tidak rela menggunakan sifat-sifat ini dan tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfaat bagi dirinya.



Orang seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencari kemenangan!
"

Marilah kita berusaha menjadi seperti orang diatas. Insyaallah kita akan berjaya didunia lebih-lebih lagi diakhirat!!

Renung-renungkanlah wahai sahabatku sekalian...=)


-anak.soleh-

No comments: