Wednesday, September 22, 2010

We can never please everybody..

Assalamualaikum WBT.

Jam menunjukkan pukul 10.22 pagi, Sekitar waktu Dhuha. Semoga dengan berkat dhuha ini kita semua - umat islam berada dalam keadaan sejahtera dan diberikan Allah rezeki yang halal dan baik (halalan wa toyyiba). Even Allah ada bersumpah "Demi waktu Dhuha".. =)


Sahabat sekalian, hakikatnya kita, as a human being tak akan mampu untuk memuaskan hati setiap insan. why so? cuba anda berfikir sejenak, Allah Yang Maha Esa, Maha Pemurah, yang setiap saat tidak pernah lalai menjaga kebajikan hamba-hambanya, yang tidak pernak meracuni udara oksigen yang kita hidu sekarang - pun ada juga manusia yang tidak please dengan Dia. bahkan ada yang membenciNya seperti kaum kuffar - yang bongkak dan sombong mengatakan harta yang mereka peroleh bukan datang dari Allah tetapi dari hasil usaha mereka.


Cuba lihat Nabi kita. Nabi muhammad even ditabalkan sebagai the most influence people in the world tapi still ada yang tidak suka pada dia. Betapa indahnya akhlak baginda - sehingga diceritakan Saidatina Aishah, akhlak baginda ialah Al-Quran, pun still bukan semua orang suka dengan dia. bahkan Nabi kita dipanggil dengan macam-macam gelaran - gila, penyihir, penyair yang penipu dan macam-macam lagi.

You see? even Allah and Prophet pun tak disukai ramai, so what do you expect from yourself? kita sebagai manusia biasa ini lagilah tak mampu nak menyenangkan hati semua orang. Imam Syafie pernah cakap:

"pleasing people is an aim which can never be attained"


Ada satu kisah yang boleh kita ambil iktibar. ada sepasang suami isteri nak beli keldai. Jadi setelah membeli, mereka membawanya pulang. Si suami yang penyayang ni suruh isterinya duduk diatas keldai dan dia akan memimpin keldai itu. apabila mereka melalui satu kawasan kampung, terdengar orang kampung berkata, "apalah si isteri tu, lansung takde hormat kat suami. bagi la suami naik keldai tu". jadi si isteri merasa malu dan menyuruh suaminya menunggang keldai dan dia yang memimpin.

Bila mereka melalui kampung yang lain, terdengar orang kampung cakap, "apalah suami dia tu. langsung tak Gentleman. sepatutnya dia yang berjalan dan bagi isteri naik". jadi suami itu berasa malu lantas menyuruh si isteri naik keldai tu bersama dia. nah, sekarang mereka sama-sama naik keldai itu. bila lalu di kampung yang seterusnya, terdengar orang kampung tu cakap, "apalah suami isteri tu, tak kesian ke kat keldai tu kene bawa mereka yang berat tu. langsung tak berperikemanusian!"

Oleh kerana malu, mereka turun dan bersetuju untuk mengendong keldai itu dibelakang mereka. apabila melalui sebuah jambatan, sisuami kehilangan balance, dan... nah, mereka semua termasuk keldai itu jatuh kedalam sungai itu... haha.

So, moral of the story, u can never please everybody. lantaklah orang nak cakap apa, kita jangan terpengaruh oleh mereka. kita buat apa yang kita rasa benar. kan?

sekian! =)



-anak.soleh-



No comments: