Sunday, June 26, 2011

Allah itu sebaik-baik cikgu! Alhamdulillah...=)


Alhamdulillah!

Itu perkataan pertama saya gunakan untuk memulakan entry kali ini. Saya tinggikan kesyukuran kepada Allah, Tuhan yang menguasai hati2 manusia. Masyaallah, Subhanallah, jika kerana bukan Rahmat Allah, diri ini tidak akan sesekali dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah Ya Allah, Tuhan yang Sangat Prihatin akan nasib Hamba-Hamba-Nya.

24 Jun lepas, Hari Jumaat saya mula bekerja di Pesta Buku Selangor. ALhamdulillah, kini sudah 3 hari saya bekerja disana. Selama 3 hari ini, banyak sangat pelajaran2 baru yang diajar Allah SWT- Tuhan Maha Mengetahui. Antara pelajaran yang terkesan dihati ialah, mengetahui ERTI syukur itu. Allah Maha Hebat, Dia tidak perlu bersusah payah mengajar manusia sesuatu ilmu itu. Jika seorang cikgu disekolah, perlukan gambarrajah, suara, papan hitam, pen, marker, audio visual tetapi tidak bagi Allah. Allah hanya mendatangkan peristiwa2 kedalam dunia hamba-Nya dan dengan cara itu, DIa sudah mengajar hamba-Nya suatu ilmu.

Selama saya di Pesta Buku Selangor, Allah telah mendatangkan pelbagai peristiwa yang sesungguhnya mengajar saya untuk kenali diri ini, dan menyedari betapa Allah itu Banyak memberi saya Nikmat sepanjang 21 tahun saya hidup ini.

Hari pertama di Pesta Buku, Allah temukan saya dengan makcik tua yang sedang meminta sedekah. Terasa diri ini begitu beruntung kerana mempunyai kelengkapan serba cukup. Baju, kasut, Duit, Makanan dan macam2 nikmat yang tidak terkira banyaknya. Lantas, hati ini bertanya, kenapa saya masih perlu merungut sedangkan disatu tempat yang lain, ada orang yang nasibnya lebih teruk dari saya. Syukur sangat, walaupun duit kita tidaklah banyak sperti orang2 berada, tetapi masih lagi selesa dengan makanan yang banyak, pakaian yang selesa dan bersih, tempat tinggal yang baik dan selesa, Ya Allah, Syukurnya aku!

Hari kedua, terjumpa pula orang buta dan orang lumpuh. Orang buta itu turut bekerja dipesta buku. mereka(ramai) menyediakan servis mengurut kaki. Walaupun nikmat melihat mereka sudah tiada, mereka masih gigih mencari rezeki! HEbatkan? Kemudian datang pula seorang lelaki muda menaiki kerusi roda membeli buku dibooth saya. Subhanallah, kuatnya semangat pemuda ini mencari ilmu. tiada pun sesiapa yang meneman dia membeli buku, dia sendiri yang menolak kerusinya, membeli sendiri dan menguruskan segala halnya sendirian. Saya melihat kaki saya, masih lagi kuat, boleh berjalan, boleh berlari tetapi orang tu? SUdah pun hilang nikmat kakinya. Ya ALlah, Syukurnya aku atas limpahan nikmat-Mu ini..

Hari ketiga, iaitu hari ini, datang seorang brother bersama anak dan isterinya. Dia sedang membelek-belek buku, lantas saya cuba mempromote buku2 yang ada, kemudian, dia menujukkan jarinya kearah telinganya dan mengoyang-goyangkan tangannya cuba untuk mengatakan bahawa dia pekak dan bisu. Dia cuma mahu melihat2 buku. Ya Allah, sedihnya saya rasa disaat itu. Betapa diri ini terasa diberi nikmat yang tidak terbayar harganya. Rupa2nya, dia dan isterinya, dua2 pekak dan bisu. mereka saling berbalas isyarat tangan sesama mereka. sayu rasa diri ini.. Sekali lagi Allah cuba mengajar saya dengan mendatangkan peristiwa2 kedalam hidup saya. Alhamdulillah ya Allah..

Bagi saya cara untuk kita belajar untuk bersyukur ialah, cuba kita pergi ketempat yang penuh dengan orang dan lihatlah, (Fanzuru) lihat bagaimana gelagat mereka, nasib mereka, ada yang miskin, ada yang sindrom down, ada yang buta, pekak, bisu, kerdil dan macam2 lagi. ketika itu baru kita tahu betapa untungnya diri kita ini. masih lagi dianugerahkan bermacam-macam nikmat dari Allah SWT...

Jadi Bersyukurlah wahai sahabat2ku, kerana dengan bersyukur, hatimu akan menjadi tenang. Syukur itu buka saja dengan mulut anda mengatakan syukur, perlakuan juga perlu. Contohnya dengan mengeluarkan sedikit duit yang kita dapat untuk bersedekah, gunakan tenaga yang kita ada untuk membantu orang yang susah, beribadah kepada Allah dan bermacam-macam cara lagi.

Moga entry yang bersifat kisah hidup pribadi ini dapat memberi manfaat kepada semua sahabat sekalian, insyallah..=)

sekian dahulu, wassalam. " entah esok apa pula pelajaran baru dari Allah..=) "


-anak.soleh-