Thursday, December 30, 2010
http://tieyafathiyah.blogspot.com
Wednesday, December 29, 2010
Alastu Birabbikum? (bukankah Aku tuhanmu?)
Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:
Dalam ayat diatas, Allah SWT tidak menggunakan Na'am, tetapi Bala. dari segi Bahasa Arab, penggunaan Bala itu menunjukkan penekanan(emphasize). ia menunjukan bahawa sesungguhnya, kita benar-benar bersaksi bahawa Allah memang tuhan kita. - Indeed you are my Lord!
Sedikit sahaja untuk post kali ini, sekadar nak mengingatkan diri hamba yang selalu alpa ini serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, jangan lah kita lupa bahawa kita ada satu perjanjian dengan Allah. satu AKU JANJI dengan LORD AL ALAMIN,!
Apabila seorang hamba bersaksi dengan Allah bahawa Allah itu Tuhan dia, ia secara tidak langsung, (atau mungkin secara langsung)bahawa kita terikat dengan segala suruhan dan larangan ALLAH. Sami'na wa Ata'na (Kami dengar dan kami patuh). semoga entry ini dapat memberi sedikit peringatan kepada kita semua, Insyaallah..=)
-anak.soleh-
Sunday, December 19, 2010
MakCik Nab Tempey.. =)
Tuesday, December 14, 2010
Video Untuk Bonda... =)
Monday, December 13, 2010
Romantiknya.. =)
Saturday, December 11, 2010
Perkongsian - Forgive Me
Friday, December 10, 2010
10 Muwasofat Akidah =)
Just nak ingatkan kita semua tentang 10 Muwasofat Tarbiyyah. =)
P/S- to danial, ingat lagi abg Dhani ajar bende ni kat ADM LR..haha =)
-anak.soleh-
Tuesday, December 07, 2010
Kecantikan Seorang Lelaki...=)
Satu quote saya dapat dari seorang teman. Termenung saya selepas membaca quote tersebut. agak ringkas tetapi penuh dengan hikmahnya. key-word yang digunakan ialah 'Kemuliaan Hati'. ya, even Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam hadithnya berkenaan hati. antara sabdanya, "jika baik hatinya, maka baiklah seluruh dirinya". Kita juga biasa dengar, hati ibarat Raja sebuah kerajaan. jika baik Raja itu seperti Khalifah Umar Al-Aziz, maka baiklah seluruh rakyatnya. dan jika sebaliknya berlaku, anda tahu jawapannya. begitulah hati kita ibarat raja untuk badan kita. tangan kita akan terarah untuk mencuri jika hati kita kuat mengarah kita untuk mencuri. dahi kita akan bersujud jika hati kita mengarah kita untuk bersujud kepada Ilahi. anda bersetuju dengan saya?
Seterusnya, dalam quote tersebut, ia menyebut, Nabi Muhammad SAW adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki. Sebagai seorang lelaki, saya sepatutnya atau boleh dikatakan Wajib untuk saya mencontohi Nabi Muhammad SAW. even dalam Al-Quran Allah berfirman,
dan dalam hadith pun Siti Aishah -Si Humaira pernah menjawab apabila ditanya seorang sahabat mengenai bagaimana Akhlak Nabi Muhammad, jawapannya, akhlak Nabi Muhammad ialah Al-Quran. Rasulullah rasul junjungan juga mendapat gelaran Al-Quran bergerak. apa hebatnya dengan gelaran dan akhlak seperti Al-Quran? pastilah sangat hebat. lihat saja apa yang ditulis dalam Kitab Al-quran, semua benda baik-baik kan? Begitulah sifat Nabi kita. dibaling tahi, dibalas dengan senyuman. dibaling batu, dibalas dengan doa yang baik2. Maha Suci Allah menciptakan Insan seAgung begini. Puji-Pujan untuk ALLAH SWT.
Semoga Generasi Adam mahupun Hawa selalu menjadikan Nabi Muhammad sebagai Suri Teladan, Insyaallah. And TQ to teman yang menghantar quotation yang ringkas tetapi amat bermakna. Allah pasti membalasnya dengan Pahala berganda.Insyaallah.. =)
Monday, December 06, 2010
Perkongsian - Bicara Hijrah
Just want to share one nasyeed regarding Hijrah. Nyanyian kumpulan Rabbani dalam album Mahabbah. renungilah liriknya! =)
Aku cinta dan Aku benci
Semoga kita sebagai Umat Islam yang dimuliakan Allah ini memasuki tahun baru ini dengan azam yang membara untuk menjadi Hamba Allah yang Soleh dan Musleh, Insyaallah. =)
saya ingin berkongsi satu hadith Qudsi pada Post kali ini. Seperti yang kita tahu, hadith Qudsi ini adalah datang dari Allah tetapi menggunakan perkataan-perkataan Nabi Muhammad SAW. Allah berkata:
Nabi Muhammad pernah bersabda: Aku tinggalkan kamu dengan 2 jenis nasihat. pertama nasihat yang bercakap dan kedua nasihat yang tidak bercakap. nasihat yang bercakap ialah Al-Quran manakala nasihat yang tidak bercakap ialah Maut. sama-sama kita renungkan...=)
-anak.soleh-
Sunday, December 05, 2010
Perkongsian - Kejora Sinar Zaman
Perkongsian - Saat Lafaz Sakinah
Semoga Rahmat Allah taala sentiasa bersama kita dan semoga kita selalu dijaga Allah dari mengikuti jejak langkah Syaitan yang sememangnya tidak pernah berhenti untuk memujuk kita melakukan maksiat terhadap Allah.
Saya ingin berkongsi satu lagu + liriknya sekali kepada kaum Adam. semoga lirik lagu yang menusuk kalbu ni mampu membuat kita berfikir, insyaallah. lagu berjudul 'Saat lafaz Sakinah'. lagu ini seolah olah ditujukan dari ayah mertua kepada menantu lelaki.. Selamat menghayati...=)
kalau nak download, ini linknye.. http://www.4shared.com/audio/B0G_Afps/06_Saat_Lafaz_Sakinah_-_Far_Ea.htm
-anak.soleh-
Tuesday, November 30, 2010
Link to my fren's blog. Kindly go this add
Saya nak berkongsi sesuatu yang agak berguna untuk kita semua. sila ke....
http://syfadh.blogspot.com/2010/11/electrical-usage-at-home.html
dan anda akn mengetahui lebih lanjut..=)
-anak.soleh-
Allah, izinkan aku memberi rezeki kepada MakhlukMu!
Saya ingin berkongsi satu kisah sirah yang saya dengar dalam ceramah Ustaz Zainuddin MZ. beliau merupakan penceramah terkenal dari indonesia. kalau teringin dengar ceramah-ceramahnya, sila Download dari 4shared.com and search Zainuddin MZ.
kisah ini mengenai Nabi Sulaiman. Seperti yang kita semua tahu, Nabi sulaiman merupakan Nabi yang dikurniakan Kerajaan yang hebat. Baginda boleh memerintah semua jenis makhluk sehinggakan Jin pun takut padanya. Oleh kerana kekayaannya yang melimpah ruah, satu hari baginda memohon kepada Allah SWT dengan permintaan yang tidak pernah sesiapa pun pinta.
Baginda memohon "Ya Allah, berilah aku peluang untuk memberi rezeki kepada semua makhluk Mu untuk satu hari saja". Jadi Allah pun memberi keizinanNya. So, Nabi Sulaiman pun bertungkus lumus membuat persiapan. Baginda mengarahkan tenteranya menyediakan makanan yang banyak disatu tempat.
Jadi bila dah selesai, baginda pun memberitahu Allah, "Wahai Allah, aku dah bersedia". So Allah pun start dengan hidupan dalam laut, "wahai ikan, naiklah. harini Sulaiman akan memberi rezeki kepadamu". Jadi ikan pun naiklah dan makan makanan yang disediakan oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya. sekali ikan-ikan tu makan, HABIS semua makanan yang disediakan oleh baginda. itu belum minta tambah lagi tu. So, Nabi Sulaiman pun bersujud kepada Allah dan mengakui bahawa Allah itu Maha Kaya.
Walaupun Baginda mempunyai kekayaan yang luar biasa dari kaca mata manusia, tetapi disisi Allah, itu semua tidak menggugat kedudukanNya. kan? sesungguhnya, Allah SWT yang memberi rezeki kepada nabi Sulaiman dan semua makhlukNya. bayangkan kalau ikan-ikan tu makan semua makanan yang disediakan Sulaiman tadi, agak-agak, berapa banyak ye makanan yang disediakan Allah untuk semua makhlukNya dari bawah tanah sampai langit sana? Maha Suci Allah dan MAha Kaya Allah..=)
Sebelum menutup Post kali ini, mari kita sama-sama renungkan ayat 1-2 Surah Al-Hadid:
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (2)
-anak.soleh-
Saturday, November 27, 2010
Bila mengutip hutang...
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 280:
"Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tenggang waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkannya, itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
terfikir saya untuk menulis sedikit mengenai akhlak kita bila nak mengutip hutang. sememangnya kita sebagai student slalu gak memberi pinjam kepada kawan-kawan kita. kan?jadi bagaimanakah sikap kita bila nak mengutip balik hutang tu?
"eh man, bagi la cepat duit RM5 yang kau pimjam semalam. aku nak pakai ni! ish ko ni..."
"siti, semalam kat pasar malam ko pinjam duit aku kan?ha, taktau nak bagi balik ke?takkan nak buat harta kot kawan... aku pun nak pakai duit gak"
kasarkan bahasa2 yang digunakan dalam dialog diatas?pasti orang yang berhutang tu rasa kecil hati. mungkin dia memang tengah kesuntukan wang ke time tu, duit PT tak masuk lagi ke, JPA tak bank-in lagi ke or whatever sebab la. sebab tu, dalam surah A-Baqarah Allah dah bagi panduan pada kita macam mana nak kutip hutang kita.
1. cakaplah dengan kawan kita baik2. kalau betul kita tengah tiada duit, bagitau betul2, lembut2.
"nur nur..aritu kmu pinjam duit saya kan..boleh tak saya nak duit tu sekarang?saya tak cukup duit nak beli lnch la nur.."
"atan, semalam kat cafe ko ada pinjam duit aku kan?ha, sekarang ko ada duit tak bayar balik?kalau takde takpe, ko bagi esok pun takpe.."
macam ni la baru baik. orang yang pinjam pun rasa dihargai je. kan?
2. Kalau kita just sedekah duit tu, ha lagi bagus! kalau membe kita pinjam just RM2 ke, RM3 ke, kalau kita seekah pun alangakah baik untuk kita dan untuk dia.kn? lagipun harta yang kita bagi pinjam tu bukan milik mutlak kita. ia milik Allah juga.kan? sekian dahulu..marilah kita sama-sama beramal dengan ayat 280 surah Al-Baqarah tu ye..=)
-anak.soleh-
"Seperti tanah diatas batu licin..."
Today i want to share one quranic verse taken from Surah Al-Baqarah verse number 264. Allah SWT telah berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir"
Ayat diatas membicarakan mengenai Infaq. sememangnya infaq atau sedeqah sangatlah disukai Allah. malah dalam ayat 261 surah yang sama Allah SWT telah berfirman :
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Allah SWT telah menjanjikan berlipat ganda pahala kepada mereka yang suka berinfaq dengan niat yang ikhlas kerana Allah taála. Isu yang saya nak utarakan hari ini ialah mengenai orang yang suka berinfaq tetapi niatnya tidak kerana Allah taála. Seperti yang kita lihat dalam ayat 264 tadi, Allah SWT mengumpamakan mereka yang tidak ikhlas berinfaq seperti lumpur atau kotoran diatas batu yang licin dan bila hujan turun, airnya membersihkan tanah itu. samalah seperti pahala sedekah kita, jika kita berbangga dengannya, mengungkit-ungkit mengenainya, seolah-olah pahala kta dibasuh dengan air dan hilang begitu saja. alangkah ruginya kita.kan? Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk bersedekah atau menginfaqkan harta kita (yang dipinjamkan oleh Allah) kepada mereka yang perlukan. seperti firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 19 :
"Dan pada harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta, dan untuk orang miskin yang tidak meminta"
-anak.soleh-
Thursday, November 18, 2010
Siapakah Orang Yang MUFLIS?
Tuesday, November 16, 2010
Seperti Utrujah...
Friday, November 12, 2010
At-Taqwa...
Taqwa bukan janggut yang panjang,
Taqwa bukan satu kopiah yang mahal anda beli dan pakai,
Kata Nabi Muhammad SAW,
Taqwa itu adalah didalam hati"
Sekadar perkongsian pendek dipetang hari. Semoga bermanfaat! =)
P/S : kata Imam Ali, Taqwa itu takut Pada Allah, Beramal dengan Al-Quran, Bersyukur dengan yang sikit dan membuat persiapan untuk Hari Pembalasan.. Wallahualam
-anak.soleh-
Sunday, November 07, 2010
Balhom Adol !! [Bahkan Lebih Sesat !!]
Assalamualaikum WBT kuucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Agak lama berhenti menulis coz Buzy with Final exams! today just nak berkongsi sedikit pengalaman saya. maybe sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada saya untuk mengajar saya and now i would like to share with everybody. take it as something u can ponder.
Saya ke cafe human science waktu tu. jam lebih kurang pukul 12 - 1 PM. sedang makan kat satu meja ni, tiba-tiba datang satu couple. si wanita just pakai selendang menampakkan lehernya dan si jejaka berpakaian t-shirt dan seluar pendek. they sit just infront of me.
Saya pun dok perhatilah gelagat mereka. kadang-kadang tangan sijejaka tu usik-usik pinggang kekasih dia. bergurau senda beramah mesra. yang makan time tu just kekasih dia je. yang laki ni duduk teman dan sambil-sambil itu mengusik kekasih dia.
Tiba-tiba, si wanita ni suap boyfriend dia! Aduh. suap dah la pakai tangan. saya terus perhati... then lepas sekali suap, suap lagi. si laki tu pun bukan main suka. tersenyum je. then, tak semena mena, kat depan couple ni, datang 2 ekot merpati. i think merpati tu sepasang-jantan dan betina. sedang 2 orang kekasih ni berasmara, si merpati ni pun sama gak.! si jantan tu asyik nak cium je betina itu. then merpati betina tu rendahkan badannya and si jantan pun geser-geserkan badan dia kat betina tu! haha!
Saya terus terfikir masa tu, betapa darjat si couple tu dengan burung tu sama je. walaupun lelaki and wanita itu ada akal, tapi time itu, it seems that it did not functioning correctly. betul lah Allah kata dalam surah Al-A'raf ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)
-anak.soleh-
Friday, October 15, 2010
Just a short note for us to ponder! =)
Just want to share one quotation for us to ponder:
And last night, i got one good quotation from Daurah Fiqh. it sound like this:
Sekian dulu.. Have a blessed night!
Wednesday, October 13, 2010
Marilah kita berukhwah! =)
Dalam usrah yang lepas, murabbi saya ada kongsi sedikit input mengenai Ukhwah. apa maksud ukhwah? persaudaraan. persahabatan. perhubungan antara saudara seislam. and anything that u can imagine about ukhwah - surely it means ukhwah!. Dan yang pasti skop ukhwah ni besar. tidak hanya dalam ruang lingkup dalam keluarga kita bahkan sesama kawan, sahabat dan seluruh umat islam.
Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
1. Nyatakan Cinta anda!
“Apabila seorang mu’min mencintai saudaranya sesama mukmin, maka beritahukanlah bahwa ia mencintainya (karena Allah SWT).” HR Abu Daud.
2. Berikan senyuman anda yang manis tu!
“Janganlah kalian menganggap remeh satu perbuatan baik sedikitpun, meskipun hanya memberikan senyuman (wajah yang ramah) kepada kepada saudaramu.” HR Muslim
3. Berjabat Tanganlah anda. tapi awas! perlu consider batasan-batasan kita..
“Sesungguhnya seorang muslim, apabila ia bertemu dengan saudaranya muslim yang lainnya, kemudian ia menjabat tangannya, maka akan berguguranlah dosa keduanya sebagaimana bergugurannya dedaunan dari sebuah pohon yang telah kering di hari angin bertiup sangat kencang. Atau kalau tidak, dosa keduanya akan diampuni, meskipun sebanyak buih di lautan.” HR Baihaqi dan Tabrani
4. Bersilaturahimlah sesama kita.
“Allah berfirman, ‘Cinta-Ku wajib diberikan kepada orang yang saling mencintai karena-Ku, kepada yang saling duduk karena-Ku, kepada yang saling mengunjungi (bersilaturahim) karena-Ku, dan yang saling berlomba untuk berkorban karena-Ku” HR Ahmad
5. Ucapkanlah sesuatu yang menyenangkan sahabat kita!
“Barang siapa yang bertemu dengan saudaranya yang muslim dengan sesuatu yang menyenangkannya untuk membahagiakannya, maka sungguh Allah akan membahagiakannya pada hari kiamat.” HR Tabrani
6. Berikan Hadiah kepada saudara-saudara kita. kerana hadiah itu mengembirakan. betul tak? even nabi pun cakap:
“Saling memberi hadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling mencintai” HR Baihaqi dan Tabrani
7. Cuba penuhi keperluan sahabat-sahabat kita. seperti dalam hadith ni:
“Barang siapa yang melapangkan kesempitan dunia seorang mu’min, maka Allah akan melapangkan baginya kesempitan pada hari kiamat. Dan barang siapa yang mempermudah kesulitan seseorang, maka Allah akan mempermudahnya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Barang siapa yang menutupi cela seorang muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya, selagi hamba-Nya tersebut menolong saudaranya.” HR Muslim
Selamat beramal saudara-saudaraku. ketahuilah, sesungguhnya, Islam ini menyatukan kita semua! Berpeganglah kalian semua dengan Tali Allah! =)
-anak.soleh-
Sunday, October 10, 2010
Perkataan yang baik dikalangan yang baik.=)
Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31)
Sekadar perkongsian ayat quran karim diatas. dipetik dari surah Fussilat ayat 30-33.
Dan setelah itu Allah mengatakan bahawa Dia lah penolong untuk orang-orang yang teguh diatas jalan yang lurus. Penolong didunia dan juga diakhirat. saudaraku, inilah janji Allah, Tuhan yang Maha Benar dan Maha Suci.
Kemudian Allah juga berfirman didalam ayat 33, Tiada yang lebih baik perkataannya, melainkan perkataan yang orang-orang yang mengajak manusia kearah kebaikan dan yang mengajak manusia melakukan amal soleh. Subhanallah. Selagi saya dan anda terus menyebarkan firman Allah kepada saudara-saudara kita, selagi kita sama-sama mengajak manusia melakukan amal soleh, selagi itu lah kita dikasihi Allah. selagi itulah perkatan-perkataan kita dianggap perkataan yang baik, yang agong dan mulia disisi Allah.
Ikhawah dan Akhawat sekalin,
Jadi apa tunggu lagi kawan-kawanku? Jom kita mulakan operasi kita! operasi yang memberi pulangan yang sangat bernilai kepada kita! =)
Ya Allah, peliharalah kami dari bisikan syaitan yang dilaknat.. ameen
-anak.soleh-
Wednesday, October 06, 2010
perhatian to all!! =)
just wanna promote something.
My beloved sister-in-law ada buat bisnes brooch. these brooches make with high quality and imported from SABAH. so, if u like to make collection of brooch, or want to gift to beloved one, pliz go to this URL
ku hinakan dahiku hanya untuk Mu...
Semoga kalian berada didalam rahmat kasih sayang Allah.. ameen
tadi saya terbaca 2 ayat quran yang sangat indah dan hebat maknanya. cuba anda baca..
Tuesday, October 05, 2010
Quotation Regarding Tongue..
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya keatas kalian semua.
*****
*****
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud. "Manusia itu ada tiga macam (jenis). Pertama: Yang mendapat pahala. Kedua: Yang selamat daripada dosa. Ketiga: Yang binasa.
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."
*****
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(riwayat Bukhari dan Muslim)
*****
"tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (18)- Qaaf
*****
“ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara mereka.” ( 114) -Al-Nisa’
*****
“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)
-anak.soleh-
Saturday, October 02, 2010
I am Happy !! =)
“Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik”
Assalamualaikum kepada sahabat sekalian!
Allah, Tuhan yang Maha Mencipta,
Yang menjadikan manusia berasal dari setitis mani yang hina,
dari setitis yang hina itu, kita berkembang dari kecil hingga besar,
dari embrio kepada fetus,
dari 50 cm kepada 100cm,
dari tidak tahu apa-apa kepada mengetahui banyak perkara,
dari seorang budak kepada seorang bapa,
dari seorang kanak-kanak kepada seorang ibu,
Maha Hebat Kau ya Allah,
sentiasa mencurahkan rezeki Mu kepada hamba-hambaMu,
tetapi ramai manusia yang tidak pandai menilai rezeki Mu,
ada yang merungut dengan pemberianMu,
ada juga yang gembira dengan hadiah dariMu,
Namun kau, Yang Maha Pemurah tetap memberi,
Tetap Sabar dengan karenah manusia kerana Kau lah yang Maha Penyabar,
Tuhanku, ku mohon darimu agar dicurahkan rahmat, berkat dan kasih sayang Mu kepada kaum kerabatku, Guru-guruku, sahabat-sahabatku,
moga kami tetap menjadi hambaMu yang patuh,
seperti patuhnya sang mentari kepada siangnya,
seperti taatnya sang bulan kepada malamnya,
seperti air dengan aliranya....
note: tahniah bya and kak aida! =)
-anak.soleh- =)