Monday, January 31, 2011

Jom bermonolog? =)

Salam Sejahtera keatasmu wahai kaum muslimin muslimat,=)

Cara mudah untuk megingati Allah-


Selalulah tanya pada diri anda, hari ini berapa kalikah aku berzikir mengingati Allah?

Cara mudah untuk sentiasa bertaubat-


Selalulah bertanya pada diri anda, kalau seminit lagi aku nyawaku berpisah dengan jasadku, adakah roh aku dalam keadaan sihat beriman atau dalam keadaan sakit kekufuran?


'Aku nak sahabat yang baik-baik' 'Aku nak masyarakat yang soleh wa musleh''Aku nak isteri yang solehah' 'Aku nak suami yang soleh' 'Aku nak zuriat yang baik-baik lah' 'Aku nak tu, Aku nak ni'.....

Tapi aku sendiri tak tersoleh soleh, tak tersolehah solehah, aku pun tak menghormati IbuBapaku dengan sepenuhnya, tak menghormati sahabat-sahabatku, tak bertanggungjawab dengan masyarakat sekilingku, macam mana aku boleh terfikir nak suami/isteri solehah? Anak-anak yang baik? Masyarakat yang baik? hmmm.

Kalau macam tu, Aku mesti memulakannya sekarang! Segalanya bermula dengan diri sendiri dan seterusnya ia akan berpanjangan ke sekililingku.. Insyaallah.

Jom kita selalu bermonolog dalaman sendirian.. =)


-anak.soleh-

Sunday, January 30, 2011

Kan best kalau aku jadi dia....

Anda mesti pernah terfikir, "best nye hidup orang tu" sampai membuatkan anda teringin nak jadi dirinya dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?

Kadang-kadang kita merasakan hidup kita ini kalau dibandingkan dengan orang lain, hidup kita punya lagi membosankan. Hidup orang lain best-best belaka. Jarang kita nampak orang lain hidup dalam keadaan sedih dengan masalah-masalah yang tidak diingini seperti kita. Lagi menambahkan kesedihan kita kalau kita lihat orang tu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan duniawi - naik pangkat, beli kereta mewah, suami atau isteri yang baik, anak-anak membesar dengan baik, berjaya dalam pelajaran dan macam-macam nikmat lagi. dan diakhirnya nanti kita akan berbisik sendirian, 'kalaulah aku jadi dia kan best'...

Secara logiknya, ada ke orang yang nak ceritakan masalah-masalahnya kepada orang lain? Hakikatnya, orang suka menunjuk-nunjuk kegembiraannya kepada orang lain. Masalah-masalahnya hanya akan diceritakan kepada orang-orang tertentu yang rapat dengannya sahaja. Jadi, kita tidak seharusnya menilai seseorang dengan luarannya sahaja. Mungkin hidupnya lagi bermasalah dari kita cuma dia tidak menunjukkan kepada kita. Siapa tahu?

Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu. Saya tak nafikan, saya pun pernah terfikir macam tu. Tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan membesarkan orang lain sampai membuatkan kita rasa diri kita hina, kurang keyakinan diri dan sebagainya?

Sebab itulah wujudnya sifat 'bersyukur'. Sesungguhnya orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sehingga membuatkan dirinya merasa sedih dan tertekan. Berkata Imam Ali, antara ciri-ciri orang bertaqwa ialah 'redho dengan sedikit' atau dalam kata lain, gembira dengan apa yang kita dapat.

Allah Swt juga ada berfirman dalm surah Ibrahim ayat 7:

'Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmatKu, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu....'

Selain itu, ada satu hadith nabi riwayat at-Tabrani, Abu Naim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas yang bermaksud:

“Diserukan pada hari Kiamat supaya orang-orang ‘al-hammadun’ (orang-orang yang banyak memuji Tuhan atas nikmat-Nya) agar bangun berdiri. Maka bangunlah satu jemaah (kumpulan) lalu mendirikan bendera. Mereka itu terus masuk ke syurga. Apabila ditanya, “Siapakah orang-orang al-Hammadun itu?” Maka Nabi Muhammad s.a.w pun menjawab: “Mereka yang bersyukur kepada Allah s.w.t semasa dalam keadaan suka dan duka.”


Lihat, betapa sifat bersyukur ini dititik beratkan oleh Allah dan Rasul kita. Hakikatnya, mereka yang bersyukur ini sangat dekat dengan Allah. Allah meredhoinya, dan dia akan gembira dengan pemberian Allah. Selalulah bersangka baik dengan Allah kerana dengan selalu bersangka baik, kita akan selamat didunia dan diakhirat. Allah maha pengatur dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah berfirman dalm Surah An-Nur, ayat 19:

'....dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)'

Sebelum menutup entry kali ini, marilah kita mengambil ibrah dari hadith nabi ini:

"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya"


Sekian dahulu dari saya. Moga entry ini dapat memberi faedah bersama. Allah yubarik alaih. =)



-anak.soleh-

Saturday, January 29, 2011

Anti Aging ??


Assalamualaikum WBT. Apa kabar anda semua. Sihatkah Jasmani dan Rohani kalian? Adakah perut jasmani dan rohani kalian sama-sama kenyang atau hanya perut jasmani yang mendominasi dan lebih diutamakan? Hari ini, saya ingin membawa diri saya dan juga anda semua melayari erti kehidupan kita.... Marilah kita sama-sama berlayar dipulau fikiran kita...


Pernahkah anda termenung mengingatkan umur anda yang semakin meningkat tua? Jika kita perhati trend dunia zaman kini, ramai manusia yang berlumba-lumba melawan fitrah kehidupan duniawi. Mengapa saya berkata begitu? Lihat sajalah betapa banyak produk-produk kecantikan yang direka khusus untuk menampakkan kita kekal muda. Loreal, Simply Siti, De-Putih, Bio Oil, MAC, Shishedo, Maybeline dan macam-macam lagi jenama produk kecantikan yang terdapat dipasaran.

Hakikatnya, Manusia sanggup berhabis beribu ribu, atau mungkin mencecah berjuta juta ringgit hanya untuk menampak wajahnya kelihatan muda. Semua ini gara-gara untuk menidakkan hukum alam bahawa wajahnya akan pasti dimamah usia emas. Tetapi berapa banyakkah wang kita yang dilabur untuk memastikan
Akhlak dan Ibadah kita sentiasa Tip Top?

Apa kata anda jika suatu hari anda pergi membeli belah bersama rakan anda, dan waktu itu anda dapati ada satu telefon Nokia model baru yang berharga RM 100. Murahkan bagi anda? Tetapi bagaimana pula reaksi anda bila anda dapati ada satu Buku atau Kitab yang baru ditoko buku yang bernilai RM 100. Pasti anda akan katakan,
MAHALNYA!? Begitulah mentaliti kita. Sedangkan untuk menambahkan kualiti ibadah kita, kita perlu mencari ilmu dan salah satu caranya, kita kenalah rajin membaca.Betulkan?

Didalam kesibukkan kita melawan kehendak
sunnatullah ini, pernahkah kita terfikir banyak manakah amalan yang telah kita lakukan untuk Allah? Sejauh manakah nilai-nilai dan prinsip agama islam yang telah kita sebatikan dalam kehidupan kita? Akhlak kita bagaimana? Pernahkah kita terfikir untuk membaik pulihnya? Jika kulit wajah kita disapu Toner tiap-tiap hari agar sentiasa segar dan lembap demi menampakkan seri wajah, adakah kita melakukan hal yang sama kepada Akhlak kita? Apakah toner untuk Akhlak kita itu? Itulah dia Al-Quran, Zikir, Puasa, Sedeqah jariah, dan pelbagai lagi amalan-amalan yang dituntut Islam.


Allah tidak menjadikan fenomena 'TUA' tu sebagai satu perkara yang sia-sia. Salah satu sebabnya ialah untuk meyedarkan kita bahawa usia kita makin meningkat. Jika usia makin meningkat, Ajal kita makin mendekat. Jika kita sedar akan hal ini, pastilah kita tidak akan mensia-siakan lebihan umur yang masih tinggal. Pastilah saki baki usia ini kita gunakan untuk beribadah kepada Allah yang Maha Satu.

Pasti kita semua pernah dengar hadith Nabi ini-

“Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba hingga ia ditanya tentang umurnya,dimana ia habiskan dan ilmunya, apa yang ia telah lakukan dengannya dan hartanya, dari mana ia dapatkan dan kemana ia habiskan serta badannya untuk apa ia gunakan. “(HR.Tirmidzi)

Jadi, satu soalan yang perlu ditanya kepada diri masing-masing, bagaimanakah kita mengunakan umur kita? Dalam 24 jam sehari berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan? Saya tinggalkan jawapannya kepada anda. Marilah kita sama-sama fikirkannya.

Sekian dahulu, semoga kita semua boleh mengambil manfaat dari entry ini walau sedikit. Taqabballah minna waminkum. =)


-anak.soleh-

Friday, January 21, 2011

Wasiat Rasulullah SAW dan gangguan.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Alhamdulillah harini berkesempatan menulis dirumah. Pulang bercuti sekejap menenangkan fikiran yang serabut. =)

Didoakan Moga rahmat Allah sentiasa membaluti tubuh kita semua dan perlindungan Allah sentiasa menaungi kita. Ameen.

Saya sedang baca sebuah buku tulisan Fathi Yakan - Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM. Sebuah buku yang mantap dan berkualiti isinya. Sesuai dibaca untuk layman seperti kita ini. Saya tertarik untuk memetik satu hadith yang dirakamkan dalam buku kecil ini.

Suatu hari, Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya-

"Mahukah kamu aku memberitahu suatu perkara yang denganya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab, Ya Wahai Rasulullah. Baginda bersabda, 'berlemah lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberianya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu'"

Jika kita perhatikan nasihat atau wasiat Rasulullah SAW itu, kita dapati Rasulullah SAW menyuruh kita bersifat dengan sifat yang berlawanan kepada orang lain disekeliling kita. Maksud saya, dalam simple word, ibarat seperti kita menyimbah air ketika orang lain sedang melemparkan api. Orang lain kedekut dengan kita, kita bermurah dengannya. Orang lain kutuk kita, kita puji dia. Orang lain menzalimi kita, kita maafkannya. Insyaallah, dengan cara ini, kita boleh menyedarkan orang lain dan menginsafkanya.

Ada seorang kawan saya - lelaki yang mengadu kapada saya. Katanya, ada seorang wanita ni suka buat dia sakit hati. katanya wanita tu suka menyindir-nyindir dia, menyakiti hati kawan saya dengan penulisan-penulisanya dan keadaan itu berlarutan sampai kini. Tak henti-henti wanita itu mengangggunya. So, saya kata padanya, macam ni lah 'mat', kau buat tak tau je. Sebab kau buat tak tau lah dia tak henti-henti menyakiti hati kau. Ego dia tu membuatkan dia lupa diri, so kau just ignore dia dan doakan moga dia berubah. disamping tu, ko jangan sakitkan hati dia balik. Just be nice with her. Kan Allah kata dalam surah Al-Furqan ayat 63-

"dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini"

So, just chillex and don ever think of her and then he agree with me. Alhamdulillah.=)

So, sekian dulu untuk kali ini. Semoga wanita tu stop la ganggu sahabat saya tu ye.hehe. Ameen. =)



-anak.soleh-

http://achuluvroses.blogspot.com

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Saya baru saja baca satu post dari blog teman saya dan saya ingin berkongsi link blognya disini. Dijemput ke alamat :

http://achuluvroses.blogspot.com/2011/01/story-of-apple-tree-and-boy.html


Semoga kita sama-sama boleh mengaut faedah darinya, Insyaallah. =)



-anak.soleh-

Wednesday, January 19, 2011

Kesenangan dan Kemewahan Hidup Melalaikan?

Assalamualaikum WBT. Pagi yang nyaman. Tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. =) Setinggi tinggi kesyukuran ku tinggikan kepada Allah. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabatnya, ahlul bait seterusnya seluruh umatnya.

Ditakdirkan Allah, saya terbaca satu tafsir ayat Quran Karim. Ayat yang dipetik dari surah Al-An'am yang bermaksud binatang ternak. Dalam ayat yang ke 44, Allah SWT telah berfirman:


"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)"


Subhanallah..Takutnye baca tafsiran ayat 44 ni. Kadang-kadang kita ini diulit dengan terlalu banyak kesenangan sehingga kita menjadi alpa dan leka tentang hakikat kehidupan kita. Bukan begitu? Kesenangan hidup yang bertalu talu datang ni kadang-kadang bukan sesuatu yang baik untuk kita. Boleh jadi ia adalah ISTIDRAJ. tahu apa itu istidraj? Sesuatu nikmat yang Allah berikan bertujuan untuk membuat kita lebih alpa dan leka. Cuba tengok orang-orang kafir tu. Bukankah ramai diantara mereka yang hidup mewah dalam syurga dunia ini? Kadang-kadang kita terfikir, "Kenapalah Allah asyik bagi kesenangan kepada mereka".. Jawapannya sebab Allah nak memesongkan lagi mereka. Biar mereka sesat lebih jauh dari jalan yang lurus.

Jadi, jika kekadang tu kita ditimpa dengan kesusahan seperti ditipu, barang kita dicurike, barang berharga hilang, atau apa saja kesusahan yang menimpa, yakinlah bahawa Allah masih lagi memberi perhartian kepada kita. Allah masih lagi memberi ruang pintu keampunan untuk kita. Kerana, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Tidak ditimpa kepada seorang mukmin itu kepenatan, kesakitan, kebimbangan, kesedihan, kecederaan, kekecewaan malahan jua duri yang lekat dikaki melainkan Allah ingin menghapuskan dosa hamba hambaNya didunia" - HR Bukhari.

Selain itu, ada satu hadith riwayat Bukhari dari Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan (keuntungan), maka diberinya ia penderitaan."


Jadi, jika kita perhatikan, Ayat 44 dari Surah Al-An'am tadi boleh diharmonikan dengan hadith-hadith yang disebut diatas tadi. Jika kesenangan saja yang kita dapat, dikhuatiri kita akan alpa dan terleka seterusnya ia akan membuatkan kita terus bergelumang dengan maksiat. Contohnya mengata orang, menfitnah, menyakiti hati orang dengan kata-kata sindiran dan macam macam lagi. Ingatlah, jika seorang muslim tidak redho dengan kita, dia akan tuntut pahala kita diakhirat kelak.

Hakikatnya, Tidak Salah untuk mencapai kesenangan hidup. Cuma kita harus sentiasa beringat, janganlah kerana kemewahan dan kesenangan itu mengalpakan kita, menjadikan kita sombong dan bongkak serta membuatkan kita lupa kepada Allah. Sekian dulu dari saya. Moga ada yang manfaat dari post kali ini. Wassalam. =)


" Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya, nescaya Dia mempercepat siksa (penderitaan) kepadanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki kebinasaan kepada hambaNya, nescaya Dia akan menahan pembalasan dosa daripadanya hingga akan dilakukan kelak pada hari kiamat. " [Dari Anas b Malik]


-anak.soleh-

Tuesday, January 18, 2011

Bersin dan Menguap..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Anda Pernah bersin kan? Pernah menguap kan?

Saya ingin berkongsi sedikit hadith yang berkaitan dengan bersin dan menguap. Sebelum tu, tahukah anda sesungguhnya Allah sukakan bersin? Dan Allah juga tidak sukakan menguap.

Diriwayatkan oleh Bukhari, Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda:


"Allah suka bersin dan tidak suka menguap, jadi jika seseorang bersin dan kemudian memuji Allah, maka wajib atas setiap Muslim yang mendengar dia dan berkata: Semoga Allah mengasihani Anda (Yar-hamuka-l-lah) . Tapi dalam hal menguap, itu dari setan, jadi kita harus mencoba salah satu terbaik untuk menghentikannya, jika seseorang mengatakan 'Ha' ketika menguap, Setan akan menertawakannya."


Didalam hadith riwayat Muslim, dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW juga pernh bersabda mengenai 6 hak orang muslim keatas orang muslim yang lain. Diantaranya ialah apabila seorang muslim bersin lalu memuji Allah maka doakanlah dia (dengan mengucap yarhamukallah).

Jika dilihat hadith yang pertama tadi, Nabi ckp bila kita sedang meguap dan mengatakan HAAAA, masa tu syaitan tertawakan kita. Dalam satu hadith lain, nabi juga mengatakan:

"Ketika salah satu dari kalian menguap, ia harus berusaha untuk menahannya dengan bantuan tangannya kerana setan yang masuk ke dalamnya" Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Said Al-Khudri.

Jadi asasnya, berhati-hatilah ketika menguap. Adakah anda mahu jadi bahan ketawa untuk si Syaitan?

Banyak lagi hadith yang membincangkan mengenai isu menguap dan bersin. Cukuplah saya petik hadith2 yang diatas dulu. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita. Ingat, ktika menguap, tutup mulut anda dan jangan buat bunyi HAAAA !! =)

Yang pasti, Allah sukakan bersin. kita pun bila bersin, kita akan rasa lega kan?best kan bersin? Tetapi, bersin pun ada etikanya. Janganlah anda bersin kuat2 depan muka orang. itu dah kurang ajaran dah namenya..haha. Sekian dulu. Moga bermanfaat. Bersabda Rasulullah SAW;

Sampaikan dariku Walau Satu Ayat. saya dah sampaikan, so tugas anda untuk sebar2kan kepada sahabat2 yang lain. Wassalam.


-anak.soleh-

Saturday, January 15, 2011

Allah is close to us!

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan nikmat masa untuk menulis. Petang tadi penulis baca satu buku ni, terjumpe satu ayat Quran. Tersentuh juga hati penulis membacanya. So, terlintas dihati nak menulis mengenai ayat Al-Quarn ini. then, after isyak tadi, seorang teman penulis mesej satu kata-kata yang indah dan semirip dengan ayat quran tadi. Subhanallah.

Ayat yang penulis maksudkan dipetik dari surah Al-Mujadalah, ayat ke 7. Begini bunyinya...

"Tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"

Dan mesej yang teman penulis hantar sebentar tadi:

"Allah did not promise that the way would be easy. But He promised that He would be with you in every single step of your life as you want Him too =)"

So, the question is, apakah persamaan antara keduanya? Ingin saya tekankan (emphasize) mengenai betapa dekatnya Allah dengan kita, hambaNya. dalam ayat ke 7 surah Al-Mujadalah, Allah telah berfirman, Dialah orang yang keempat selepas ketiga, Dia lah yang kelima selepas keempat.

Bagi saya, inilah jawapan untuk soalan dimana Allah. Sesunggunya, Allah itu Maha Dekat, Dekat sangat dengan kita. Selain itu, dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, Allah berfirman:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul"

Begitulah Allah...Tuhan yang Maha Penyayang. Sangat Dekat dan Sangat Perihatin akan perihal hamba-hambaNya. Dalam satu hadith Qudsi, Nabi bersabda, Allah mengatakan, jika hambaKu datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepada dia. Maksudnya, jika kita mendekatkan diri kita kepada Allah, Allah lebih-lebih lagi akan datang dekat dengan kita. percayalah.!!

In sum, always believe that Allah is always there..close to us. as close as our 2 fingers in fact more closer to that! =)


"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" - Al Baqarah, 152




-anak.soleh-

Thursday, January 13, 2011

Allah, kenapa aku disini?

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah dimasjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada dineraka Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan Qudratku untuk jalan dakwah?owh tuhan...Dengarlah rintihan aku ini....

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, 'Aku dahulu memasukkan duit kedalam tabung kerana kuinginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku"

Kakinya tiba-tiba bersuara, 'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku dihadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia lihat betapa aku ni hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni.kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu didalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey...nanti dulu..kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? ingat tak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? apa yang kau ingatkan mereka?sudah lupa?kau mengatakan La Takrabu Zina.. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, 'itulah kau manusia..sudah kerugian kau disini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih dilautan. segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai.
Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri. kau sombong! keihklasanmu lenyap sekelip mata. syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar?bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia...rugi sekali. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami, kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah.. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan surah yassin ayat 65-

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan"

Ya Allah, lindungilah kami dari melakuakn apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhoi....

Assalamualaikum WBT.


-anak.soleh-

Sunday, January 09, 2011

Hakikatnya, Allah Sayang kita !! =)

Assalamualaikum WBT. Pagi yang aman dan nyaman ini merupakan satu anugerah Allah yang sangat indah. ditemani dengan bunyi burung-burung, angin sepoi-sepoi bahasa, penulis tibe-tibe teringat satu kata-kata hikmah yang diberikan oleh teman penulis.

Sangat indah maksud kata-kata ini. agak ringkas tetapi sangat bermakna. cuba anda renungkan....

"manusia itu sering menyangka sesuatu yg diinginkan itu merupakan yg terbaik. sedangkan Allah itu memberi yang terbaik untuknya. ketetapan itu yang terbaik untuknya.yakinlah bahawa setiap sesuatu sudah pasti berlaku kerana indahnya janji Allah"

Jika anda perhatikan maksud ayat diatas, ia selari dengan firman Allah Taala,Surah Al-Baqarah, 2:216;

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu pula tidak mengetahui."

Ya, kadang-kadang Allah datangkan satu musibah kepada kita, atau boleh jadi banyak musibah, tak henti-henti datang kepada kita, dari satu ke satu musibah datang, dan kita sebagai manusia yang lemah pasti akan sedih dan down.kan?

Tak salah untuk kita bersedih akan kemalangan atau musibah yang datang, kerana Nabi Muhammad SAW juga sedih bila Isteri tercinta-Khadijah dan Ayah saudaranya-Abi Talib meninggalkannya. even, tahun itu juga dilebel sebagai Tahun Kesedihan.

Tapi, dalam rasa kesedihan itu, kita haruslah terimanya dengan Redho. itulah kekuatan seorang Muslim.kan? Ada satu hadith, Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Sungguh menakjubkan (luar biasa) urusan seorang mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya akan mendatangkan kebaikan, apabila dia mendapatkan nikmat, dia bersyukur, dan syukur itu adalah kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan musibah, dia bersabar dan sabar itu adalah kebaikan untuknya. Hal yang demikian itu tidaklah diberikan kecuali untuk orang yang beriman." (HR. Muslim)

See? How lucky we are right? Born as a Muslim and we are blessed because of it! =)
Hakikatnya, kita seorang muslim harus yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. even, itu adalah salah satu cabang dari iman. Yakinlah, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, Dia sangat sayang kepada hamba-hambaNya. masakan seorang tukang kayu yang membuat rumahnya tidak menyayangi rumahnya itu.kan? Begitulah Allah...Allah yang mencipta kita, pastilah Allah menyayangi kita. =)

Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan kepada teman saya yang berkongsi kata-kata hikmah itu. Allah Ma'i wa Ma'ak.

-anak.soleh-

Saturday, January 08, 2011

2 Tujuan Hidup kita !! =)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatu! =)

Izinkan Penulis berkongsi pendapat penulis mengenai Tujuan Hidup kita sebagai Manusia ciptaan Allah.

Bagi sata, hakikat Tujuan Hidup manusia ini ada 2. satu tujuan jangka masa pendek, the other one, tujuan jangka masa panjang.

Apakah tujuan jangka pendek? Bagi saya, segala apa impian kita didunia ini, samada ingin berjaya dalam pelajaran, naik pangkat, gaji besar, isteri dan anak-anak yang soleh, keluarga bahagia dan sebagainya adalah tujuan jangka masa pendek. Mungkin sesetengah orang berjaya mencapai impiannya didunia ini. dan, mungkin juga, ada sesetengah orang yang tidak berjaya mencapai impian hidupnya ini.

Jadi, kerana tidak berjaya itulah, ramai orang yang frust dan Tension. seterusnya hal itu effect pada prestasi dia dalam hal lain. sebagai contoh, seorang pelajar yang bercita cita untuk dapatkan straight A dalam subjek-subjek yang diambilnya pasti frust bila dia mendapat result yang sebaliknya.kan? jadi oleh kerana frustration itu dia mengabaikan tanggungjawab dia yang lain seperti membaca Al-Quran, Solat, dakwah, berbuat baik kepada sesama manusia dan macam macam lagi. Alangkah ruginya dia kan?

Sebelum itu, lupa saya nak bagitau apa dia Tujuan Hidup kita yang jangka panjang. Pastinya, berjaya dalam kehidupan Akhirat itulah tujuan jangka panjang kita. Why So? sebab... kalau kita gagal dalam menggapai impian didunia ini, still kita masih ada family, ayah mak, kawan-kawan untuk support kita, bagi semangat kepada kita untuk terus melangkah. tetapi bagaimana pula dikampung akhirat nanti?siapa yang akan membimbing kita bila kita fail disana nanti? masihkah ada sahabat baik, ibu bapa yang supportive disana? PERCUMA saja wahai teman-temanku. Pastinya tiada sesiapa kerana masing-masing akan busy dengan hal masing-masing.

Anda faham apa yang saya cuba sampaikan? =) Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke 14;

“dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita, anak, harta yang banyak dan jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan, sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik(syurga)".

Selain itu Allah turut berfirman dalam surah Al-Qiyamah ayat 20-21;

“sesekali janganlah demikian. Sesungguhnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan akhirat”

Begitulah hakikat kehidupan ini.. Setiap orang dibekalkan dengan 2 TUJUAN HIDUP. masing-masing perlu uruskannya dengan bijak dan teratur. Jangan kerana sibuk mencapai tujuan jangka pendek ini membuatkan kita alpa untuk bersiap sedia untuk melunaskan tujuan hidup kita yang lebih utama dan penting. Ingatlah firman Allah dalam surah Asy-Shams - Manusia itu diberikan 2 pilihan, jalan kejahatan dan ketaqwaan. Beruntungah mereka yang memilih untuk membersihkan dirinya itu...=)

Sekian dulu dari penulis.. Wassalam.


-anak.soleh-

Menggarap Perubahan Mengukuh Kesatuan !! =)

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah semalam saya diberikan kesempatan dari Allah-Rabbul Izzati untuk hadir dan menyertai Perhimpunan Karisma Nasional (PKN). Jazakallahukhairan kepada saudara saya - Marwan Abdullah (selaku Amir Karisma Gombak) yang mengajak saya hadir ke Perhimpunan tersebut. dan tahniah juga untuknya kerana dipilih sebagai Pembahas Terbaik semalam! =)

Terdetik dihati saya dikala melihat Mahasiswa dan Mahasiswi dari pelbagai Universiti dan Kolej yang turut hadir ke Perhimpunan tersebut - terasa betapa kecilnya diri ini ditengah tengah Ikhwah dan Akhawat yang aktif berdakwah. Rupa-rupanya saya bukan keseorangan. betapa ramai lagi ahli-ahli dan penggiat Karisma seluruh Malaysia ini. Alhamdulillah! Puji Pujian ku tujukan Khas buat Allah SWT - Tuhan Semesta Alam!

Bertemakan Menggarap Perubahan Mengukuh Kesatuan, saya rasa PKN kali ini (yang pertama kali saya join) berjaya mencapai misinya. saya berkesempatan berkenalan dengan Ikhwah-ikhwah dari pelbagai IPTA dan IPTS seperti dari UTP, UITM, UTEM, KUIS, UUM dan banyak lagi. Sekali lagi, Puji Pujian untuk Allah. =)

Allah Berfiman dalam Surah Muhammad - 31;

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.”

Selain itu dalam surah Ali-Imran - 103, Allah berfirman;

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara; dan kamu sudah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk."


Sama-sama kita renungkan 2 ayat Allah diatas ye...=)

p/s - Bagi penulis, nikmat berukhwah sesama manusia itu sangat Indah dan Manis! =)


-anak.soleh-

Thursday, January 06, 2011

Youth Outdoor Quest !! =)

Assalamualaikum WBT dan Salam Penghulu Hari, Yaumul Jumaah. hari yang menjanjikan kebaikan dan keistimewaan yang banyak kepada Umat Nabi Muhammad SAW. Sunat untuk kite, sebagai umat Muhammad untuk memperbanyakkan selawat keatas junjungan kita, Muhammad SAW-Penghulu Nabi dan Rasul, kekasih Allah, khatimul Anbia' !

Selawat dan Salam ku pohonkan keatas Nabi Muhammad, Ahlul Bait, Sahabat2nya, serta umat2nya yang tetap beristiqamah menjalankan sunahnya. Ameen.

Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman Ber - Mukhayyam di Ulu Yam baru-baru ini. Alhamdulillah - Puji Pujian untuk Allah kerna dengan izinnya, Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dipilih untuk menyertai Camp ini.


Outcomenya, Alhamdulillah- Sangat Bagus! Seolah-olah ada semangat baru untuk mempraktiskan Agama itu bila keluar dari mukhayyam ini. Bertemakan '"Merentas Sirah, Mengukuh Ukhuwah!", saya rasa para peserta berjaya mencapai objektif program ini. Alhamdulillah ukhwah sesama kita semakin rapat kesan daripada makan bersama dalam talam, mandi sungai bersama, kene hukuman bersama dan macam-macam lagilah.

Pengalaman yang paling best ialah bila saya berpeluang untuk solat berjemaah ditengah tengah padang, beratapkan sinar Mentari yang panas, bersejadahkan tanah dan pasir! Masyaallah, seolah olah kami sedang solat ditengah tengah padang pasir. terbayang bayang dalam fikiran, agaknya beginilah rasulullah dan para sahabatnya solat ketika mereka dalam perang dengan Musyrikin Mekah. Selain itu, saya turut berkesempatan untuk berqiamulail dalam kesejukan malam ditengah tengah padang serta solat didalam hutan. Puji Pujian untuk Allah atas pengalaman2 yang sangat berharga ini.

Overall, mukhayyam Youth Outdoor Quest sangat Menarik dan Istimewa.!! =)
-anak.soleh-

Tuesday, January 04, 2011

Kempen Mari Beristighfar! =)



Assalamualaikum WBT. Apa Kabar semua sahabat sekalian? Semoga Saya dan Anda semua sentiasa diberi kesempatan oleh Allah untuk sentiasa beristighfar dan memohon ampunan dari Allah-Tuhan yang Maha Memberi Ampunan.

Sekadar ingin berkongsi sedikit hadith mengenai Istighfar. Moga kita sama-sama boleh mengambil ibrah dari hadith ini insyaallah. =)

Ibn Abbas said, Rasulullah SAW said: "if anyone constantly seeks forgiveness from Allah SWT, Allah will appoint for him a way out of every distress, and a relief from every anxiety and will provide sustenance for him from where he expects not."
- Narrated from Ahmad.

This is Hadith Qudsi:

Allah said: "O son of Adam! So long as you call upon Me and hope in Me, I shall forgive you for what you have done and i shall not mind. O Son of Adam! were your sins to reach the clouds in the sky, and were you then to ask forgiveness of Me, I shall not mind. O Son of Adam! were you to come to me with an earthful of sins, and were you then to face Me without having associated anything with me, I shall grant you an earthful of pardon"

The last hadith i would like to share:

Zayd, the client of Prophet SAW, he heard Prophet SAW said: "if anyone says 'I ask Forgiveness of Allah than whom there is no deity, the Living, the Eternal and I turn to Him in repentance (Astarfirullahalazim, Allazi Lailahaillahu Wal Haiyu Qoyum Wa Atubuilai)three times, he will be pardoned even if he fled in the time of battle"
- Narrated by Abu Dawud

SO, hopefully these 3 hadiths could give us benefit and lets us try to implement it in our live! Insyaallah.

Hakikatnya, kemaafan Allah tu sangat mudah untuk kita capai dan gapai. tetapi malangnya, kita sentiasa memandang enteng akan perkara ini. sikap 'nantilah dulu', 'aku masih muda bro', 'aku buzy la bro' dan macam2 jenis alasan seakan satu parasit yang akan memakan diri kita sendiri. So, jom kita bermuhasabah! Insyaallah. =)

p/s- Sampaikan kepada sahabat2 anda! Mari kita berkempen dan mengajak rakan2 kita untuk beristighfar dan memohon ampunan dar Dia-Yang Maha Pengampun!



-anak.soleh-

Monday, January 03, 2011

Durjana Si Syaitan yang cuba menodai..

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera keatas sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah. Moga Rahmat Allah sentiasa menaungi kita dan semoga perasaan mahabbah kita sesama saudara kita terus meningkat, insyaallah. Syukur ku tinggikan kehadrat Allah SWT-Tuhan sekalian alam, Yang Maha Kasih,Yang Maha Memberi, senantiasa memberikan rezeki kepada setiap hambaNya. Maha Suci Allah, yang menjadikan flora dan fauna yang indah ini sebagai bukti ke-Esaan dan Kewujudan Allah- Rabbil Alamin.

Saya ingin memetik satu rangkap lirik lagu nyanyian Kumpulan Mestica-Destinasi Cinta. liriknya berbunyi:

Namun ranjaunya tidak akan sunyi,
Selagi denyut nadi belum berhenti,
Durjana syaitan kan cuba menodai,
Segumpal darah bernama hati.


Apa yang boleh kita faham dari rangkap lirik diatas ialah, bahawa Si Durjana Syaitan akan terus mencuba menghasut kita untuk terus melakukan maksiat dibumi Allah ni. Dalam kehidupan kita ni, banyak ranjau dan dugaan akan terus datang, terus menerus hadir tanpa dipinta bertujuan utk menguji sejauh mana keperkasaan iman kita, mampukah kita melepasi segala halangan2 ini? Andai kita berjaya melepasi dugaan si syaitan ini, maka bertambah hebat lah tingkat iman kita-Alhamdulillah. Tapi jika kita terkandas...Allah Maha Tahu akan apa hukuman yang kita akan dapat dari Nya diakhirat nanti.

Teringat saya akan firman Allah dalam surah Al-Hijr; 39 :

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah
memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka
memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti
aku akan menyesatkan mereka semuanya"

Betapa Si Durjana Iblis telah berjanji kepada Allah untuk merosakkan iman kita dan mengharapkan kita akan join mereka didalam neraka nanti. Na'uzubillah min Zalik. Moga Allah memberikan perlindunganNya kepada kita-Hamba2Nya yang sangat lemah ini, ameen.

Semoga penulisan kali ini dapat memberi sedikit input yang berguna untuk sahabat2 sekalian dan untuk saya juga. Berhati hatilah kalian semua dengan tipu daya si Syaitan. Kadang mereka menggunakan ibadah kita itu sebagai senjata mereka untuk menghancurkan kita!
Ya Muqallibal Qulub, Sabbit Qulubana A'ala Dinik!

p/s - mari kita sama-sama renungkan prinsip-prinsip yang diciptakan oleh Syaikh Hassan Al-Banna:

1) Allah tujuan kami.
2) Rasulullah SAW teladan kami.
3) Al-Quran pedoman hidup kami.
4) Jihad jalan juang kami.
5) Mati syahid cita-cita tertinggi kami. =)


-anak.soleh-