Assalamualaikum WBT. Apa kabar anda semua. Sihatkah Jasmani dan Rohani kalian? Adakah perut jasmani dan rohani kalian sama-sama kenyang atau hanya perut jasmani yang mendominasi dan lebih diutamakan? Hari ini, saya ingin membawa diri saya dan juga anda semua melayari erti kehidupan kita.... Marilah kita sama-sama berlayar dipulau fikiran kita...
Pernahkah anda termenung mengingatkan umur anda yang semakin meningkat tua? Jika kita perhati trend dunia zaman kini, ramai manusia yang berlumba-lumba melawan fitrah kehidupan duniawi. Mengapa saya berkata begitu? Lihat sajalah betapa banyak produk-produk kecantikan yang direka khusus untuk menampakkan kita kekal muda. Loreal, Simply Siti, De-Putih, Bio Oil, MAC, Shishedo, Maybeline dan macam-macam lagi jenama produk kecantikan yang terdapat dipasaran.
Hakikatnya, Manusia sanggup berhabis beribu ribu, atau mungkin mencecah berjuta juta ringgit hanya untuk menampak wajahnya kelihatan muda. Semua ini gara-gara untuk menidakkan hukum alam bahawa wajahnya akan pasti dimamah usia emas. Tetapi berapa banyakkah wang kita yang dilabur untuk memastikan Akhlak dan Ibadah kita sentiasa Tip Top?
Apa kata anda jika suatu hari anda pergi membeli belah bersama rakan anda, dan waktu itu anda dapati ada satu telefon Nokia model baru yang berharga RM 100. Murahkan bagi anda? Tetapi bagaimana pula reaksi anda bila anda dapati ada satu Buku atau Kitab yang baru ditoko buku yang bernilai RM 100. Pasti anda akan katakan, MAHALNYA!? Begitulah mentaliti kita. Sedangkan untuk menambahkan kualiti ibadah kita, kita perlu mencari ilmu dan salah satu caranya, kita kenalah rajin membaca.Betulkan?
Didalam kesibukkan kita melawan kehendak sunnatullah ini, pernahkah kita terfikir banyak manakah amalan yang telah kita lakukan untuk Allah? Sejauh manakah nilai-nilai dan prinsip agama islam yang telah kita sebatikan dalam kehidupan kita? Akhlak kita bagaimana? Pernahkah kita terfikir untuk membaik pulihnya? Jika kulit wajah kita disapu Toner tiap-tiap hari agar sentiasa segar dan lembap demi menampakkan seri wajah, adakah kita melakukan hal yang sama kepada Akhlak kita? Apakah toner untuk Akhlak kita itu? Itulah dia Al-Quran, Zikir, Puasa, Sedeqah jariah, dan pelbagai lagi amalan-amalan yang dituntut Islam.
Allah tidak menjadikan fenomena 'TUA' tu sebagai satu perkara yang sia-sia. Salah satu sebabnya ialah untuk meyedarkan kita bahawa usia kita makin meningkat. Jika usia makin meningkat, Ajal kita makin mendekat. Jika kita sedar akan hal ini, pastilah kita tidak akan mensia-siakan lebihan umur yang masih tinggal. Pastilah saki baki usia ini kita gunakan untuk beribadah kepada Allah yang Maha Satu.
Pasti kita semua pernah dengar hadith Nabi ini-
“Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba hingga ia ditanya tentang umurnya,dimana ia habiskan dan ilmunya, apa yang ia telah lakukan dengannya dan hartanya, dari mana ia dapatkan dan kemana ia habiskan serta badannya untuk apa ia gunakan. “(HR.Tirmidzi)
Jadi, satu soalan yang perlu ditanya kepada diri masing-masing, bagaimanakah kita mengunakan umur kita? Dalam 24 jam sehari berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan? Saya tinggalkan jawapannya kepada anda. Marilah kita sama-sama fikirkannya.
Sekian dahulu, semoga kita semua boleh mengambil manfaat dari entry ini walau sedikit. Taqabballah minna waminkum. =)
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment